Oktober 2016, Tony Pua mengulangi kenyataan awalnya bahawa 1.4 juta orang kakitangan awam adalah membebankan kerajaan. (RUJUK SINI)
Dan sekali lagi juga Tony Pua menegaskan jumlah kakitangan awam yang ramai itu yang disifatkannya sebagai 'berat mati' perlu diselesaikan menerusi beberapa kaedah termasuklah pemberhentian kerja secara beramai-ramai.
Teruk juga Tony Pua dan DAP diselar. Seperti biasa, apabila timbul isu-isu sebegitu, ditambah pula dengan keperluan DAP kepada undi dan sokongan daripada kakitangan awam, apabila diselar dan dikecam, mereka akan mendiamkan diri dan berpura-pura tuli.
Kini muncul pula Dr. Mahathir. Mahathir juga memperkatakan perkara yang sama. Seolah-olah Mahathir sedang menyuarakan keinginan dan cita-cita DAP untuk membuang kerja kakitangan awam secara beramai-ramai kerana beranggapan kakitangan awam adalah peti undi selamat UMNO-BN walaupun hakikatnya, ramai kakitangan awam yang bersifat 'duit dan manfaat aku nak, engkau aku tentang'.
Kata Mahathir, cukai GST boleh dihapuskan tanpa mengurangkan sedikit pun pendapatan kerajaan dan tanpa memberikan masalah kepada rakyat. Katanya menerusi blognya, Najib terpaksa menguatkuasakan GST kerana kerajaan telah menyelewengkan dana rakyat untuk mendapatkan populariti untuk dirinya.
Menurutnya lagi, kerajaan hari ini sepatutnya berjaya membuat kutipan perolehan yang jauh lebih banyak berbanding kutipan pada tahun-tahun 1980-an dan 1990-an. Seandainya kerajaan lebih cekap mengendalikan dana dan peruntukan, ketirisan tidak akan berlaku dan cukai-cukai baru boleh dielakkan. BR1M katanya, perlu ditukarkan supaya memberikan lebih banyak manfaat kepada golongan miskin.
Mahathir juga tidak bersetuju dengan kewujudan sektor pekerjaan baru dalam perkhidmatan awam yang menurutnya suatu pembaziran kerana terpaksa menyediakan skala gaji kepada pegawai dan kakitangan berkenaan dengan jumlahnya tidak diketahui.
Kerajaan katanya telah berbelanja sebanyak RM7 bilioin atau lebih dalam bentuk BR1M dan telah memberikan RM300 sebulan kepada nelayan, RM800 kepada Pengerusi JKKK, ribuan ringgit kepada jemaah Haji, kenaikan pencen kepada pesara-pesara dan pencen kepada pesara yang tidak sepatutnya mendapat pencen, dan sebagainya. (RUJUK SINI)
Mahathir turut tidak bersetuju dengan kenaikan gaji kakitangan awam di bawah pentadbiran Najib kerana menurutnya, semua itu perlu dihentikan dan ditamatkan. Menurutnya semua insentif yang diberikan oleh Najib dalam usaha menstimuluskan kecairan domestik, merupakan satu pembaziran besar kerana rakyat masih boleh bekerja dan tanpa dibantu pun, mereka tetap perlu bekerja.
Yg banyak hentam kerajaan pun org kerajaan sendiri..masa bekerja sibuk wassapp daj facebook...rehat entah berapa kali sehari..gaji nak banyak2 bonus pun..tapi kerja..bukan semua lah tapi mmg ramai...
ReplyDeleteBapak klepekbasi
ReplyDeleteMasa Zaman Mahathir, kaki tangan awam kecuali PTD susahnya naik pangkat...gaji dan elaun selalu kena potong.
ReplyDelete