Pages

Tuesday, October 10, 2017

SYED SADDIQ!!! NAK LARI MANA? SPRM MINTA BUKTI RM5 JUTA TU!!!



Sebelum ini, Syed Saddiq dalam usaha dan untuk membuktikan dia adalah aset penting, sehingga ada pihak dari UMNO dan Pejabat Perdana Menteri mahukannya, telah mendakwa, dia cuba disogok RM5 juta untuk keluar dari PBBM dan seterusnya mengeluarkan kecaman-kecaman terhadap Mahathir dan anak-anaknya.

Konon-kononnya, Syed Saddiq enggan untuk bersetuju dan dalam sidang media yang sepatutnya dibuat sebagaimana yang diarahkan, dia bertindak membongkar perbuatan keji itu. Sambil memaksa-maksa air matanya agar mengalir di pipi, Syed Saddiq mengungkapkan yang dia tidak mungkin akan durhaka dan mengkhianati parti yang sama-sama ditubuhkannya. 

Untuk seketika, para penyokong Parti Cap Bunga mempergunakan hujah dan tuduhan yang dibuat oleh Syed Saddiq. Tiba-tiba sahaja nama 'H' muncul dan popular. Tun Dr. Mahathir pun turut campurtangan sekali mempopularkan nama berkenaan.

Namun setakat itu sahajalah. Desakan demi desakan, bahkan laporan kepada SPRM telah dibuat terutama oleh bekas Naib Presiden PPBM, Hamidah Osman agar Syed Saddiq bertanggungjawab dengan kenyataannya sendiri. Malangnya, sehingga ke hari ini, Syed Saddiq atau mana-mana pemimpin PPBM buat-buat pekak dan tuli. 

Semalam, SPRM menggesa Syed Saddiq menghantar bukti-bukti yang konon dimilikinya tentang cubaan sogokan dan rasuah bernilai RM5 juta. 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata, Syed Saddiq perlu bertanggungjawab untuk menyerahkan sebarang maklumat tentang rasuah membabitkan pemimpin-pemimpin parti bagi membolehkan Suruhanjaya itu bertindak. 

Shamsun dilaporkan memberitahu media semalam bahawa SPRM bukannya tahu semua perkara sebaliknya memerlukan bantuan serta kerjasama dan maklumat daripada masyarakat awam untuk menyiasat sebarang kes rasuah.

"Kami tidak tahu semua perkara yang berlaku kerana kami mempunyai kakitangan yang terhad jumlahnya. Orang ramai selalu fikir, kami ni macam Superman, tahu semua perkara. Sebaliknya, kami memerlukan input daripada masyarakat bagi membolehkan sebarang tindakan diambil," katanya. (RUJUK SINI

Syed Saddiq seharusnya mula sedar bahawa gejala rasuah ini sebenarnya sudah lama diperkatakan dan ditentang oleh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, agama, bahasa mahupun fikrah politik. Perjuangan menentang rasuah bukan hanya didominasi oleh pakatan pembangkang sahaja. Apatah lagi, telah terbukti pada zaman Najiblah, jerung-jerung rasuah, mula diheret ke muka pengadilan tanpa berselindung di bawah karpet sebagaimana yang dilakukan pada zaman Mahathir.

Seharusnya dia mengambil kesempatan ini, kalau benarlah dia cukup anti dengan rasuah... KECUALILAH, kalau dia juga seorang pelakon anti-rasuah tetapi sebenarnya dia mencintai dan merupakan salah seorang pengamalnya sebagaimana idola-idolanya sendiri.

No comments:

Post a Comment