Pages

Saturday, October 21, 2017

TRAGEDI TANAH RUNTUH DI PULAU PINANG... MASIHKAH GUAN ENG SALAHKAN SABOTAJ UMNO?!!!



Apabila ADUN Tanjung Bungah dari DAP sendiri menentang projek penggondolan puncak bukit di kawasannya pada Mei lepas, Lim Guan Eng dan Exco berkaitan, Chow Kon Yeow berpura-pura jadi pekak badak.

Penggondolan dan penarahan puncak bukit kali pertama diperkatakan oleh Penang Hill Watch yang disebut di dalam Forum NGO Pulau Pinang. Kes berkenaan dimaklumkan kepada pihak berkuasa Pulau Pinang. Dengan kata lain, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng memang mengetahui dan maklum tentang bahaya yang datang daripada projek penggondolan dan penarahan puncak bukit.

Hari ini, satu kejadian tanah runtuh telah menimbus sekurang-kurangnya 20 orang di Tanjung Bungah. Lebih tepat lagi di Lorong Lembah Permai 3.


Permukaan bukit yang ditarah berketinggian 10 meter telah runtuh ke atas tapak di mana kerja-kerja pembinaan sebuah projek mengandungi dua blok bangunan 34 tingkat yang terdiri daripada apartment, kedai dan blok 20 tingkat rumah mampu milik dan rumah pangsa kos sederhana.

Syarikat pemaju yang terlibat sebenarnya telah diberikan konsesi membabitkan tanah tambakan seluas 4,500 ekar di selatan pulau tersebut sebagai sebahagian daripada Penang Transport Masterplan.

Menurut pasukan penyelamat, kebanyakan mangsa tertanam hidup-hidup antara 10 sehingga 15 kaki di bawah permukaan lumpur dan tanah. Dua orang mangsa yang berjaya diselamatkan, telah ditemui di permukaan tanah runtuh. Manakala bakinya, bagaimanapun tertanam jauh ke dalam tanah dan lumpur.

Salah seorang daripada mangsa yang tertanam hidup-hidup adalah seorang penyelia tempatan merupakan bekas mahasiswa TAR College yang baru bekerja. Dia dilaporkan tertimbus bersama-sama 13 orang pekerja asing pembinaan.

Setakat ini, hanya tiga mayat telah ditemui.


Orang ramai terutama penduduk sekitar melahirkan kemarahan berhubung insiden tersebut. Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Bunga, Meenakshi Raman dilaporkan menuntut agar kerajaan negeri mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat punca tanah runtuh itu.

Menurut Meenakshi, insiden seperti hari ini yang telah meragut nyawa, sepatutnya tidak lagi berlaku pada masa hadapan.

"Mengapa orang yang tidak bersalah 'dibunuh' semata-mata kerana pembangunan," katanya di lokasi kejadian. (RUJUK SINI)

Menurutnya lagi, setiap kali kumpulan-kumpulan awam bebas menyuarakan kebimbangan atau pun pembangunan lereng bukit yang sangat digemari oleh pentadbiran negeri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang seringkali tidak menghiraukan rungutan dan kebimbangan tersebut, bahkan menggelarkan mereka sebagai 'tidak rasional'.

"Sekarang, tengok apa yang telah berlaku," katanya.


Ramai sebenarnya yang sedang menanti-nanti reaksi dan jawapan yang akan diberikan oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang. Siapa pula yang akan disalahkannya kali ini? Adakah dia akan kata, insiden ini sebenarnya tidaklah seburuk yang digambarkan? Atau barangkali dia mahu menyatakan bahawa berita ini adalah fitnah semata-mata dalam usaha untuk memburukkan pentadbirannya? Atau seperti biasa, dia akan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional?

Atau dia akan buat muka kesian, sambil melahirkan simpati dengan harapan, dia akan dipandang sebagai hero yang konon-kononnya sangat prihatin? Atau boleh jadi juga mengumumkan pemberian wang pampasan berjumlah tertentu sebagai usaha 'merasuah' perasaan dan simpati orang ramai terhadapnya?




2 comments:

  1. Tanah tu runtuh sbb kerana umno. Pekerja2 tu innalillah...pon sbb umno. Tun m jadi tua kutok pon kerana umno.rafiza jadi bapok pon kerana umno. Azmin kena sedut dlm bilik air pon kerana umno. Sepol kena liwat oleh pak nuar pon kerana umno. Tayar kreta aku pancit pon kerana umno. Ehemm parti jinx ke umno nih...Allah pembela yg terbaik.

    ReplyDelete