Sebelum ini pun, baik DAP, PKR, PAS apatah lagi di kalangan orang UMNO, nama Siti Hasmah langsung tidak disebut dan dikaitkan dengan apa-apa sahaja INDUSTRI KLEPTOKRASI, KRONI dan NEPOTISME yang diamalkan oleh Mahathir.
Namun keadaan mulai berubah apabila Mahathir dan anak lelakinya, Mukhriz melaksanakan operasi menggulingkan Najib Abdul Razak. Mengambil kesempatan daripada imej Siti Hasmah yang dilihat bersih, isteri Dr. Mahathir itu dipergunakan untuk menyerang Rosmah Mansor, isteri Najib Abdul Razak yang seringkali dianggap sebagai sisi lemah Najib Abdul Razak.
Sekali dua Siti Hasmah menyerang Rosmah Mansor yang kemudian disambut oleh suami dan anaknya untuk dijadikan bahan kempen di pentas-pentas ceramah, Siti Hasmah masih lagi tidak diusik. Tetapi apabila berkali-kali Siti Hasmah yang beranggapan dia adalah isteri dan ibu mithali, netizen mula mengeluarkan pelbagai pendedahan yang turut melibatkan gaya hidup anak-anak, cucu-cucu, adik beradik bahkan kaum keluarganya secara besar-besaran.
Daripada tidak disentuh, Siti Hasmah sendiri yang seolah-olah meminta agar dia diserang bagi mengalihkan tumpuan serangan ke atas Dr. Mahathir dan Mukhriz Mahathir.
Kenyataan terbaharu Siti Hasmah tentang rambut dan tudung, sebenarnya lebih terarah kepada serangan terhadap Rosmah Mansor. (RUJUK SINI)
Banyak pihak di Malaysia, amat memandang berat kepada penggunaan tudung dan menutup rambut yang disifatkan sebagai asas menutup aurat di kalangan wanita walaupun mereka tidak pernah menegur tentang pemakaian tudung tetapi baju dan seluar yang dikenakan pula, ketat dan sendat.
Bagaimanapun, dalam keterujaannya untuk mengenakan Rosmah Mansor, Siti Hasmah seperti meletakkan beban kesalahan kepada suaminya sendiri. Menurutnya, suaminya tidak suka dia bertudung dan memalingkan muka ke arah lain apabila dia mengenakan tudung.
Sebagai seorang wanita yang terpaksa mengenakan rambut palsu sepanjang masa, tudung dan menutup rambut bukannya satu kewajipan lagi memandangkan rambut palsu tidak termasuk dalam kategori aurat pun. Bahkan ada larangan bagi pemakai rambut palsu mahupun yang menyambung rambut menggunakan rambut palsu untuk tujuan memanjangkannya. (RUJUK SINI)
No comments:
Post a Comment