Berita Dr. Mahathir dan isterinya, Dr. Siti Hasmah memulangkan darjah-darjah kebesaran Istana Selangor, menjadi hangat.
Sekurang-kurangnya DAP melihat peluang itu untuk menagih simpati daripada masyarakat pengundi Melayu khususnya.
Tindakan memulangkan darjah-darjah kebesaran dikatakan memberi impak buruk kepada sokongan masyarakat Melayu kepada Pakatan.
Hakikatnya bukan lagi satu rahsia bilamana DAP sendiri amat membenci institusi kesultanan Melayu di Malaysia. DAP sudah beberapa kali 'berterus terang' yang mereka memang tidak sebulu dan menyenangi kewujudan institusi raja-raja Melayu. Sama seperti mereka menentang Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Biarpun berkali-kali juga DAP menyatakan mereka mendokong semua perkara dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi praktikal yang ditunjukkan oleh mereka amat bertentangan dengan apa yang mereka ikrarkan.
Dr. Mahathir sendiri jikalau kita menelusuri sejarah dan biografinya sudah pasti akan ternampak sisi-sisi kebencian kepada kesultanan dan masyarakat istana. Surat Mahathir kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pada tahun 1969 yang menyebabkan dia akhirnya dipecat dari UMNO selain pindaan Perlembagaan membabitkan Raja-Raja sehingga mencetuskan dua kali krisis perlembagaan adalah bukti sahih tentang matlamatnya.
Secara nyata, pemulangan semula darjah-datjah kebesaran itu biarpun tidak dilucutkan oleh Istana Selangor, memberi isyarat bahawa peperangan menentang istana telah pun dilancarkan.
DAP melihat peluang ini untuk merealisasikan keinginan dan cita-cita mereka. Sama seperti keinginan dan cita-cita mereka untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan negara haram Zionis Israel seandainya mereka berkuasa, bertentangan dengan aspirasi dan bidang kuasa raja-raja Melayu ke atas hal ehwal agama Islam dan penganutnya di negara ini.
Gelombang kebencian ke atas institusi raja-raja Melayu sebenarnya bersifat seperti api dalam sekam. Bezanya golongan berkenaan tidak berani lagi menyatakannya secara jalan raya dan massa. Apa yang dilakukan oleh Mahathir dan Siti Hasmah dilihat DAP sebagai pemangkin dan pencetus untuk memulakan apa yang dicita-citakan semenjak awal kewujudan parti berkenaan.
Benarkah tindakan Dr. Mahathir itu akan memberi impak buruk atau reversed psychology, ia adalah pencetus kepada sesuatu yang dibimbangi oleh nasionalis Tanah Melayu yang tidak menyokong jus soli seperti Dr. Dzulkifli dari PAS suatu masa dahulu.
aduhhhh...mmg dasar UMngok tula la..ritu suh pulangkn darjah yg Tun dapat...bila da pulangkn kate mencemar lak....xde benda len nak takut2 melayu ngan racist card korang tu....UMNGOK parti paling racist di malaysia....lidah bercadang...
ReplyDelete