Sehingga ke hari ini, sebahagian besar proksi-proksi Mahathir yang bermodalkan harta dan tunai UMNO, hidup mewah tetapi berlagak seolah-olah mereka memang lahir di atas talam emas, seperti Zaid Ibrahim dan anak-anak Mahathir sendiri!
Kemudian apabila Anwar Ibrahim mula mengisytiharkan perang terhadap Mahathir apabila menyatakan DANAHARTA dan KHAZANAH ditubuhkan semata-mata untuk bail-out syarikat-syarikat kroni dan anak-anaknya terutama Mirzan, akal dan helah Mahathir akhirnya menyaksikan tilam sebuah bilik di Tivolli Villa diangkut ke mahkamah untuk pembuktian wujudnya air mani Anwar Ibrahim bersama-sama air mani individu lain di atas tilam tersebut.
Kemarahan orang ramai terhadapnya, berjaya dikalahkan oleh akal dan helah Mahathir apabila dia membuat perjanjian gelap dengan Shuqui dan Dong Zhong sehingga menyebabkan sesiapa sahaja yang mempertikaikan kewujudan sekolah-sekolah aliran Cina, akan dikenakan hukuman di bawah Akta Hasutan.
Mahathir cuba menggunakan helah dan akal yang sama terhadap Najib Abdul Razak setelah kehendaknya tidak dipatuhi dan dipenuhi. Lebih-lebih lagi selepas anaknya yang langsung tidak berbakat dan tidak mempunyai sebarang kebolehan - Mukhriz Mahathir - gagal dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO mahupun sebagai Naib Presiden UMNO. Kemarahannya semakin bertambah apabila Ketua-Ketua Bahagian UMNO di Kedah bersama-sama ADUN UMNO-BN Kedah sepakat untuk mengundi keluar Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah yang digunakan sebagai kenderaan mudah bagi percutian di luar negara bersama-sama kaum keluarganya.
Bagaimanapun, akal dan helah Mahathir itu tidak begitu memberangsangkan apabila DAP dan Pakatan sendiri sedang bergelut untuk menentukan siapakah yang paling dominan apatah lagi masih wujud kebencian besar terhadap Mahathir di kalangan para penyokong DAP dan Pakatan, khususnya PKR sendiri. Malah akal dan helah Mahathir untuk menggunakan pihak asing, termasuklah DOJ dan Sarawak Report yang suatu ketika dahulu merupakan 'musuh utamanya' ketika dia masih menjadi Perdana Menteri, turut tidak menjadi.
Ironinya, ramai yang terpengaruh dengan tohmanan-tohmahan tersebut biarpun pada masa yang sama, pelbagai penjelasan dan penerangan diberikan oleh pihak terbabit. Golongan artis yang ketika zaman Mahathir tidak dapat menikmati 'kebebasan' sebagaimana yang dinikmati pada era Najib Abdul Razak, telah digunakan oleh Mahathir untuk menjadi mesin propaganda bagi pihaknya. Manakala penjawat-penjawat awam yang sekarang ini menikmati faedah dan manfaat yang lebih besar termasuklah kadar upah dan gaji yang lebih tinggi berbanding zaman Mahathir, juga digunakan untuk mewujudkan persepsi bahawa pentadbiran dan pengurusan negara di bawah Najib Abdul Razak sangat teruk.
Kita tengok sahajalah sejauh mana Plan C Mahathir berlangsung. Apakah akan berjaya atau nasib seperti yang pernah dihadapi oleh M.Nasir kerana bertanyakan dua patah perkataan, 'SIAPA MAHATHIR' akan dialami oleh golongan terbabit atas nama kebebasan bersuara dan 'mereka pun rakyat Malaysia juga'.
Si tua yg pelahap kuasa masih tak sedar diri.
ReplyDeleteKejahatan mahazalim yang tiada tolok bandingnya hingga kepenghujung usia. Jawablah di akhirat nanti
ReplyDelete