Pages

Wednesday, December 6, 2017

SURAT TERBUKA RIZAL MANSOR KEPADA SHEILA MAJID!!!



Buat Datuk Sheila Majid, anda mungkin terlupa kenapa tiket konsert Sheila Majid: The Concert KL 2017 pada bulan Ogos yang lalu laris bak pisang goreng panas.

Ya, betul anda adalah ratu jazz negara dan dianggap lagenda yang punya ramai peminat tetapi mampukah mereka untuk membeli tiket konsert yang berharga sehingga RM888 itu terjual jika ekonomi negara begitu terjejas.

Mampukah para peminat anda yang mungkin kebanyakannya golongan umur pertengahan mampu membayar tiket konsert semahal itu jika benar hidup mereka terhimpit dan berada dalam kesusahan sejak beberapa bulan yang lalu.

Sebagai artis veteran yang banyak pengalaman dan pengaruh, anda sepatutnya faham bahawa banyak hal dalam ekonomi yang bukan dalam kawalan kerajaan kerana faktor luaran sehingga nilai ringgit menyusut dan peluang pekerjaan makin mencabar.


Mana ada kerajaan yang mahu melihat rakyatnya susah dan kerajaan BN di bawah PM Datuk Seri Najib Razak bukan duduk diam, sebaliknya berusaha setiap hari membawa masuk pelaburan agar peluang pekerjaan bertambah, kukuhkan nilai ringgit dan membantu meringankan beban kos sara hidup menerusi pelbagai inisiatif seperti BR1M.

Datuk Sheila mungkin hidup senang lenang dan mewah selama ini kerana banyak mendapat tawaran menyanyi di majlis makan malam korporat dan ketahui dan sedarilah, semua ini tidak mungkin dapat dinikmati selama ini jika bukan hasil kerja keras kerajaan BN.

Kalaupun tidak terluah kata-kata terima kasih atau menghargai limpahan rezeki selama ini, jangan pula memesongkan pemikiran masyarakat dengan fakta yang tidak benar, apatah lagi menjadi alat propaganda untuk pembangkang.

rizalmansor


6 comments:

  1. Apa yg "kuda tua" ni merepek ha? Tak baca/ikuti nilai harian RM berbanding dgn USD. Asyik "melalak" jer di atas pentas dok menyanyi, mana dia tahu kedudukan RM berbanding US. Sekarang +/- RM4.06 kpf Us. Kalau

    ReplyDelete
  2. Sheila ni bukan tahu pasal ekonomi pun,kedudukan ringgit yg mengukuh dgn prestasi terbaik di rantau ni berbanding mata wang lain dia bukan tahu pun.Kedudukan RM/US sekarang 4.06 berbanding sekitar 4.30 beberapa bulan lalu.Ada dia nampak ke?.Dia mungkin bagus utk melalak hasil anugrah Allah dgn suara yg agak baik,tapi ekonomi dia ziro kot?.

    ReplyDelete
  3. mugkin sudah dirasuk oleh iblis2 pembangkang..

    ReplyDelete
  4. Artis lupa daratan....

    ReplyDelete
  5. Tipah tertipu bang

    ReplyDelete
  6. Tak apalah di pengakhiran kerjaya kubur kata mari banglo kata pergi.

    ReplyDelete