Pages

Friday, December 8, 2017

TAKKANLAH 'MAHARAJA' LIM KIT SIANG TAKUT DENGAN RAJA-RAJA MELAYU SAMPAI KENA BUAT LAPORAN POLIS?!!!



Gara-gara ucapannya yang menyentuh Lim Kit Siang dan menggelarkan diktator tersebut sebagai 'MAHARAJA', sebilangan pemimpin DAPSY membuat laporan polis ke atas Ketua Wanita UMNO Malaysia, Shahrizat Abdul Jalil atas alasan, 'menggalakkan ucapan kebencian dan mempromosikan ketaasuban'.

Shahrizat dalam ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO dua hari lepas berkata, rakyat Malaysia hanya mempunyai dua pilihan sama ada memilih Najib Abdul Razak yang sedang memimpin kerajaan ketika ini atau 'Maharaja Lim Kit Siang' yang memimpin pembangkang.

Akibatnya, semalam Wanita dan sayap pemuda DAP (DAPSY) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Timur Laut di Jalan Patani di Georgetown, Pulau Pinang pada jam 1:30 tengah hari dan menggesa polis segera menyiasat ucapan Shahrizat yang telah menyentuh sanubari Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang bermula sebagai Setiausaha Akhbar Lim Kuan Yew ketika Singapura masih di dalam Malaysia. Bagaimanapun, setelah Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1965, Devan Nair mewujudkan DAP bagi menggantikan PAP setelah pendaftaran DAP yang asalnya nama PAP tidak diluluskan oleh ROS. Tidak lama kemudian, Lim Kit Siang 'merampas kuasa' Devan Nair yang berpindah ke Singapura untuk menjadi Presiden republik tersebut dan kekallah Lim Kit Siang berkuasa sehingga ke hari ini.

Sepanjang Lim Kit Siang berkuasa dari tahun 1969 sehinggalah sekarang, ramai pemimpin-pemimpin DAP yang telah dicantas dan dimatikan kerjaya mereka. Semuanya kerana mereka menjadi ancaman atau pun mencabar kedudukannya. Antara yang paling terkenal adalah Lee Lam Thye (sekarang Tan Sri) yang pada ketika itu merupakan Timbalan Setiausaha Agung. Lee Lam Thye dikenakan agar laluan kepada Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP yang baru menggantikan Kit Siang, tidak terhalang.

Setiausaha Agung DAP merupakan jawatan yang paling berkuasa di dalam parti tersebut. Walaupun sekadar Setiausaha Agung tetapi hakikatnya, semua jawatan di dalam parti tersebut termasuklah Pengerusi perlu tunduk akur kepada Setiausaha Agung.

Apabila jawatan Pengerusi DAP sekarang ini disandang oleh Tan Kok Wai, manakala jawatan Setiausaha Agung DAP masih kekal disandang oleh Lim Guan Eng, Lim Kit Siang memainkan peranan yang lebih penting di belakang tabir. Kemasukan Tun Dr. Mahathir yang pernah menjadi seteru utama ke Pakatan Harapan dan kemudian dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan adalah dengan pengaruh Lim Kit Siang.


Tiada sesiapa pun yang berani menyanggah atau menentang Lim Kit Siang, baik dari PKR, DAP, apatah lagi PAN dan PPBM. Sekaligus menepati gelaran 'Maharaja' yang diberikan kepada Lim Kit Siang  yang berjaya menyatukan Pakatan Harapan sepertimana Shi Huang Ti menyatukan China pada 221 SM.

Tidakkah 'mulia' gelaran yang diberikan kepada Lim Kit Siang itu? Mengapa pula perlu dikatakan menggalakkan ucapan kebencian dan mempromosikan kebencian, sedangkan pada masa yang sama, seperti juga Shi Huang Ti yang berjaya menyatukan 4 wilayah China menjadi sebuah Negara China, Lim Kit Siang juga telah berjaya menyatukan 4 buah parti politik di Malaysia menjadi Pakatan Harapan.

Lagipun setakat gelaran 'Maharaja' yang diberikan kepadanya, apa sangatlah berbanding gelaran-gelaran yang diberikan oleh DAP kepada para pemimpin Melayu, khususnya dari UMNO dan PAS!


No comments:

Post a Comment