Pages

Saturday, January 27, 2018

SELEPAS SPRM TANGKAP ORANG KELIMA, LIM GUAN ENG SEKARANG SALAHKAN BN SEBAB 'SABOTAJ' PROJEK TEROWONG DASAR LAUT SAMPAI TEROWONG TAK BOLEH BUAT!!!



Sudah lima orang ditangkap dan ditahan reman SPRM berhubung skandal terowong dasar laut Pulau Pinang.Untunglah kerana yang buat perangai itu adalah Lim Guan Eng dan DAP. Kalaulah Lim Guan Eng itu salah seorang pemimpin parti dari Barisan Nasional, sudah pasti para pembangkang sekarang tidak menang mulut dan tak menang jari membalun serta membelasah semahu-mahunya. 

Silap-silap seluar dalam dan coli  Betty Chew pun akan disabitkan dengan skandal RM305 juta yang sedang dihadapi oleh Lim Guan Eng. Malahan Lim Kit Siang pun akan dikatakan terpaksa menyorok sebab terlalu malu skandal rasuah dan penyelewengan anaknya itu boleh meruntuhkan empayar keluarganya. 

Namun semua itu tidak berlaku dan tidak akan berlaku kerana, pertama; Lim Guan Eng dan kedua; Lim Guan Eng dan DAP. 

Lim Guan Eng dan DAP boleh berbuat apa-apa sahaja di negara ini tanpa sebarang masalah tetapi apabila ada pihak yang akan mengecam atau membongkarkan kejahatan Lim Guan Eng akan dicop sebagai pensabotaj.

Lim Guan Eng sendiri bukan sahaja tidak malu dan takut sebaliknya, menyalahkan orang yang mendedahkan kejahatannya.

Selepas hampir 5 tahun juga, terowong dasar laut Pulau Pinang yang gah dan seringkali didabik dada oleh Lim Guan Eng kononnya akan menjadi petunjuk kehebatannya mentadbir Pulau Pinang, masih belum dibina. Malahan, bukan sahaja terowong tersebut, jalan yang berkaitan juga langsung tidak dibina walaupun pada masa yang sama, tanah yang telah diserahkan kepada pihak pemaju, sekarang ini sedang giat menjalani pembinaan hartanah yang dijual dengan harga mahal. 

Terowong dan jalan berkaitan tidak dibina tetapi tanah telah pun selesai diserahkan. Pun begitu, Lim Guan Eng tetap mengatakan tiada sebarang bayaran dibuat kepada syarikat tersebut.

Sekarang ini, ketika soalan cepu emas ditanyakan mengapa terowong dan jalan itu belum dibina, Lim Guan Eng sudah pun memberikan jawapannya. 

Jawapannya ialah, projek terowong dasar laut itu tidak boleh bermula dan sukar untuk dimulakan kerana adanya pensabotaj yang kerap menyukarkan keadaan untuk negeri itu. (RUJUK SINI)

Katanya lagi, bagaimana projek tersebut dapat dimulakan kerana campurtangan dan sabotaj tersebut. 

"Pertama, kamu mahu kami mengikut prosedur kerajaan, kamu mahu kami mendapatkan laporan EIA (Penilaian Kesan Alam Sekitar)  yang diperolehi tahun lepas. Tetapi sebelum kami memulakan pembinaan, tangkapan dibuat oleh SPRM. Saya harus jujur. Orang mahukan kontrak untuk membina jalanraya. Tiada sesiapa jangka selepas mebina jalan raya, mereka akan berakhir di penjara. Saya tidak pasti sama ada projek itu akan diteruskan atau tidak. Jelas terdapat sabotaj oleh BN," katanya..

Cerita terowong dasar laut ini mula menjadi viral dan memeningkan Lim Guan Eng apabila Abdul Rahman Dahlan membuat pendedahan dan kemudian Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof meminta kertas laporan kebolehlaksanaan yang berharga RM305 juta.

Lim Guan Eng bagaimanapun, gagal menyerahkan laporan tersebut. Sebaliknya berdalih dan meminta waktu ditokok untuk pihaknya menyiapkan kertas laporan berkenaan. Pada masa yang sama, tanah-tanah yang diserahkan kepada pihak konsesi telah pun 'selamat' difaraidkan.

Hanya apabila SPRM mula bertindak, barulah terkeluar cerita tentang pembinaan terowong dasar laut itu. Sedangkan sebelum penangkapan pertama yang melibatkan pengarah syarikat konsesi tersebut dibuat oleh SPRM, dengan megah dan bongkak, mereka berkata, pembinaan terowong tersebut hanya akan bermula pada 2023. Jadi tidak perlu laporan berharga RM305 juta itu disiapkan cepat. 

Ianya jelas bertentangan dengan sembang besar Lim Guan Eng sendiri!

Terowong dasar laut sepanjang 7.2km itu akan menghubungkan Jalan Pangkor di George Town dan Bagan Ajam di Butterworth. Pembinaannya dijadualkan bermula 2023.

Projek 3 jalan utama itu melibatkan lebuhraya dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (5.7km), dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang (10.53km) dan dari simpang Jalan Pangkor-Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (4.1km).

Semalam, SPMR dilaporkan menahan seorang pengerusi sebuah syarikat perunding kejuruteraan berpangkat Datuk Seri, bagi membantu siasatan ke atas dakwaan rasuah dalam projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang itu.

Dua hari lepas, SPRM juga menahan seorang perunding kejuruteraan di syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur bagi membantu siasatan tersebut dan beliau direman selama 5 hari bermula hari ini.

Pada 19 Januari lalu, 2 individu berpangkat “Datuk” yang direman 6 hari bagi membantu siasatan kes sama, dibebaskan dengan ikat jaminjaminan.

No comments:

Post a Comment