Namun, ternyata isu tersebut kembali hangat apabila musuh-musuh FELDA mengatakan, penyerahan tersebut hanyalah salah satu daripada usaha untuk menyelamatkan tengkuk pihak-pihak tertentu dalam kerajaan dan dalam FELDA sendiri.
Pendedahan tentang urusniaga meragukan membabitkan tanah FELDA tersebut dibuat oleh FELDA dan Pengerusi FELDA sendiri. Bagaimanapun, apabila sebuah akhbar arus perdana menerbitkan berita tentang isu berkenaan, pihak pembangkang terutama ANAK yang dipimpin oleh Mazlan Aliman mendabik dada kononnya, pendedahan merekalah yang menyebabkan FELDA terpaksa mengakui ada urusniaga meragukan membabitkan hartanah FELDA.
FELDA menjadi perhatian besar PKR, DAP, PAN dan PPBM. Ini kerana 54 kerusi Parlimen terletak di kawasan FELDA. Kejayaan menguasai kerusi-kerusi FELDA atau menafikan penguasaan besar UMNO-BN ke atas kerusi-kerusi FELDA, akan membolehkan mereka berkuasa besar di Parlimen.
Beberapa isu ketidakpuasan hati Generasi Kedua dan Ketiga Felda seringkali dijadikan seolah-olah kepentingan golongan tersebut adalah kepentingan FELDA. Ironinya, kerajaan dan pengurusan FELDA akhirnya terpaksa akur apabila membuat banyak perubahan dan penambahan untuk generasi kedua dan ketiga FELDA termasuklah menyediakan rumah-rumah mampu milik, keistimewaan yang tidak diperolehi oleh generasi kedua dan ketiga kelompok besar masyarakat lain.
Pelbagai hasutan termasuklah fitnah dan propaganda kononnya berlaku rasuah dan penyalahgunaan besar dana peneroka FELDA, telah menimbulkan keributan dan rasa tidak senang hati. Masalah pengurusan dan pentadbiran FELDA diangkat seolah-olah akan mengancam tanah-tanah dan kepentingan para peneroka dan peserta FELDA. kapitalis
Anehnya, isu rasuah dan salahguna kuasa serta ketakutan tentang kehilangan tanah hanya membabitkan FELDA, tetapi kaum pembangkang langsung tidak berani bersuara berhubung kehilangan tanah terutama sekali di Selangor dan Pulau Pinang kepada kapitalis serta pemaju perumahan.
Isu-isu tanah di Pulau Pinang sebagai contoh, hanya menarik perhatian apabila SPRM mula campurtangan. Golongan yang beria-ia mahu menyelamatkan 'tanah' rakyat, langsung tidak berani bersuara walaupun bukit ditarah dan digondol serta diratakan, manakala tanah-tanah diserahkan secara buta-buta kepada pemaju untuk kantung Kerajaan Negeri yang kemudian tidak diisytiharkan. Begitu juga dengan skandal-skandal tanah di seluruh Selangor, termasuklah yang membabitkan tanah-tanah peneroka di Mukim Ijok selain Wetland.
Barangkali perhatian yang diberikan kepada Dr. Mahathir yang kononnya mempunyai pengaruh besar dan mampu menarik sokongan daripada masyarakat Felda untuk Pakatan Harapan, terlalu mengelabui pemikiran walaupun sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun, Mahathir idak berbuat banyak kebajikan untuk masyarakat Felda, malah pernah mencadangkan agar para peneroka dan peserta FELDA untuk menjadi pekerja upahan kepada syarikat kapitalis apabila Felda disarankan untuk diswastakan.
Hanya kerana penentangan dalaman UMNO dan ancaman kepada kedudukannya sahaja, yang membuatkan akhirnya Mahathir membatalkan niat untuk menswastakan keseluruhan tanah rancangan Persekutuan (FELDA) pada awal tahun 1990-an.
Dan kini di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak, peneroka serta masyarakat FELDA menerima terlalu banyak manfaat yang mereka sendiri tidak pernah mimpi dan harapkan!
Sepatutnya masyarakat FELDA tahu dan dapat membezakan yang mana intan dan yang mana hasutan...
No comments:
Post a Comment