Mengunjungi dan menziarahi alim ulama bukan sahaja merupakan perbuatan yang baik, bahkan sangat dianjurkan oleh Islam. Selain daripada menunjukkan penghargaan terhadap golongan alim ulama bahkan ada nasihat yang pasti akan diberikan oleh golongan terbabit seandainya kita sudi mendengar.
Budaya mengunjungi dan menziarahi alim ulama sebenarnya sudah berakar umbi di kalangan masyarakat Melayu termasuklah di kalangan pemimpin atasan. Bagaimanapun pada satu era, alim ulama terutama guru-guru pondok dianggap sebagai tempat melatih militan dan golongan penentang kerajaan. Atau lebih tepat lagi penyubur serta pelatih kader-kader yang akan bertugas untuk PAS.
Kedah sudah lama menjadi pusat pengajian agama semenjak dari zaman Sultan Muzaffar Syah 1 lagi. Bahkan tempat seperti Langgar yang bermaksud madrasah atau tempat pengajian selain Sik, telah menjadi tumpuan pengajian agama dan penyebaran agama Islam semenjak zaman Kedah Tua lagi.
Bahkan pada zaman moden, pada zaman pentadbiran Mahdzir Khalid sebagai Menteri Besar Kedah, aliran pendidikan pondok dinaiktarafkan dengan kewujudan KUIN. Peralihan pentadbiran kepada PAS turut menyaksikan pertumbuhan yang lebih besar yang dirancangkan untuk KUIN. Bagaimanapun, apabila Mukhriz Mahathir mengambilalih tampuk pentadbiran negeri, pertumbuhan itu terencat sekalipun Mukhriz cuba mempamerkan yang dia menyebelahi golongan pondok.
Namun apabila ANAK WATAN KEDAH naik sebagai Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah Hanipa kembali menjalinkan hubungan yang sebenar-benarnya dengan golongan pondok. Mereka bukan sahaja dibantu dengan pelbagai peruntukan tetapi juga diziarahi tanpa perlu Ahmad Bashah berkepiah putih, atau menyangkutkan kain serban di atas bahu dan berjubah putih. Keperluan dan kebajikan masyarakat pondok menjadi salah satu keutamaan Ahmad Bashah dan pentadbirannya.
Pada 13 Januari 2018 lalu, Ahmad Bashah melakukan lawatan dan ziarah ke atas guru agama yang sangat berpengaruh di Kedah. Lawatannya ke Pondok Ahmadiah disambut sendiri oleh Dato' Ahmad bin Noor, yang merupakan pengasas Pondok Ahmadiah.
Turut hadir bersama-sama Ahmad Bashah adalah ahli rombongan seramai 60 orang yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin UMNO Kedah. Antara mereka termasuklah Mahdzir Khalid yang merupakan Ahli Parlimen Padang Terap, Badrol Hisham Hashim yang merupakan ADUN Kuala Nerang, Kama Noriah Ibrahim yang merupakan ADUN Pedu, Mohd Nizam Wahab yang merupakan Pemangku Ketua Pemuda UMNO Padang Terap dan Che Arfah Ariffin yang merupakan Ketua Wanita Padang Terap.
Turut hadir adalah Ketua Polis Daerah Padang Terap Noh bin Idris dan Pegawai Daerah Padang Terap Fatullah bin Suhaimi.
Dato Ahmad Noor sebelum ini dikhabarkan sedang uzur akibat sakit tua. Ziarah oleh rombongan Menteri Besar adalah bertujuan untuk bertanya khabar dan mahu melihat sendiri keadaan guru agama yang sangat berpengaruh itu serta merupakan salah seorang golongan ulama tertua yang masih berada di negeri Kedah.
Tiada sidang media diadakan atau ucapan dalam lawatan tersebut.
Berdasarkan kepada ziarah tersebut, keadaan Dato' Ahmad bin Noor bertambah baik. Bahkan dia boleh beramah mesra dan ketawa bersama-sama hadirin yang menziarahinya.
Alhamdulillah ziarah adalah amalan mulia, tak perlu bungga mangga ataupun kompang cukup sekadar keikhlasan dan rendah diri, jgn lupa hormat kepada yg lebih berumur bukan sahaja amalan bangsa Melayu tapi juga ajaran dlm Islam.
ReplyDeleteKeep it up
Semoga kedah terbela dlm dakapan UMNO
Nk dekat pilihanraya dah tu haha
ReplyDelete