Pages

Monday, February 19, 2018

GOYANG GERUDI UNTUK PPBM CAWANGAN MASAI UTAMA, BAKAL MENANGKAN PARTI MAHATHIR-MUKHRIZ!!!



Ada pelbagai cara untuk menarik perhatian orang ramai. Setidak-tidaknya untuk membuka mata dan menyedarkan tentang kewujudan sesebuah entiti, maka usaha-usaha publisiti perlu dilakukan.

Dalam bahasa politik, sebarang publisiti, tak kiralah sama ada publisiti positif atau negatif akan tetap menjadi sebuah publisiti. Dan publisiti amat diperlukan sama ada untuk meraih sokongan atau pun memperlekeh-lekehkan lawan.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mensasarkan Johor dan Kedah sebagai sarang utama mereka. Johor kerana di sanalah Presiden mereka berasal dan masih menjadi Ahli Parlimen, manakala Kedah pula asal Pengerusi dan Timbalan Presiden. Dan dikatakan juga, Johor serta Kedah merupakan dua buah negeri yang mempunyai ramai penyokong PPBM.

Semalam, antara jam 2:30 petang sehingga 10:00 malam, bertempat di bawah Blok B, Jalan Masai Utama 2, Taman Masai Utama 2, Masai, Johor, satu program untuk meraikan para penyokong telah diadakan sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Program Jom Karaoke Suka-Suka telah dihadiri seramai lebih kurang 40 orang pemimpin dan ahli-ahli PPBM Bahagian Pasir Gudang serta penduduk setempat.

Antara yang hadir termasuklah Zamrin Hamzah yang merupakan Setiausaha PPBM Bahagian Pasir Gudang merangkap Ketua PPBM Cawangan Seri Alam dan Norzri Mokhtar yang merupakan Setiausaha Kerja PPBM Bahagian Pasir Gudang.


Program yang dianjurkan mendapat sambutan baik biarpun jumlah penyertaan agak sederhana. Tiada ucapan, tiada ceramah mahupun kempen yang dilakukan oleh pihak penganjur. Sebaliknya pelbagai acara untuk penduduk setempat terutama untuk kanak-kanak telah diadakan seperti acara meniup belon, Muzik Chair dan tali skipping pada sebelah pagi. Manakala pada sebelah malam pula, penganjuran lebih tertumpu untuk golongan dewasa seperti karaoke dan penyampaian hadiah.

Dengan kata lain, program berjalan secara santai dan lebih kepada keraian berbanding kempen.

Difahamkan, program tersebut diadakan bagi merapatkan hubungan antara PPBM dengan penduduk setempat, sekaligus dapat meraih sokongan dan memberi peluang kepada PPBM untuk berkomunikasi secara terus dengan penduduk setempat.

Biarpun diadakan pada cuti Perayaan Tahun Baru Cina, penyertaan adalah dari kaum Melayu sahaja.

Keputusan PRU-13 membabitkan Parlimen Pasir Gudang dan dua DUNnya iaitu Johor Jaya dan Permas.

P159 PASIR GUDANG Jumlah Pengundi: 91,041
Normala Binti Abdul Samad (BN) -43,834
Dr. Ahmad Faidhi Bin Saidi (PKR) -42,899
MAJORITI: 935
Jumlah undi: 86,845 | Peratus mengundi: 85.95% | Undi rosak: 112

N42 JOHOR JAYA
Jumlah Pengundi: 51,648
Tan Cher Puk (BN) -21,419
Liow Cai Tung (DAP) -22,879
Hong Eng Wah (Bebas) - 177 (HD)
MAJORITI: 1,460
Jumlah undi: 45,562 | Peratus mengundi: 88.22% | Undi rosak: 1,087

N43 PERMAS Jumlah Pengundi: 49,393
Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin (BN) -23,952
Syed Othman Bin Abdullah (PAS) -18,200
MAJORITI: 5,752
Jumlah undi: 42,881 | Peratus mengundi: 86.82% | Undi rosak: 729

No comments:

Post a Comment