Yang digambarkan kepada kita ialah ialah 'ratusan ribu manusia datang dari seluruh pelosok ceruk Johor.
Dalam ucapannya, Mahathir kata, nak hapuskan GST dan digantikan dengan cukai lain kerana kononnya GST sangat mudarat.
Mahathir juga kata, PTPTN yang diwujudkannya akan dihapuskan sekaligus menghapuskan keseluruhan hutang pelajar sedia ada.
Mahathir juga kata, pendidikan percuma akan diberi walaupun yang memperkenalkan dan memperkukuhkan institusi pengajian sebagai sektor pengajian yang menguntungkan adalah Mahathir sendiri.
Mahathir juga kata, projek ECRL yang akan mengancam Singapura akan dibatalkan. Sebaliknya projek tersebut akan digantikan dengan lebuhraya enam lorong kiri dan kanan.
Mahathir kata lagi, banyak agensi kerajaan akan dibubarkan dan disatukan. Seperti ROS yang enggan berkompromi dengan PPBM melanggar undang-undang negara khususnya membabitkan undang-undang pertubuhan.
Tetapi yang paling best ialah, Mahathir kata, parti-parti yang berasaskan perkauman akan dibubarkan. Sebaliknya semua parti akan dibuka kepada kaum lain.
Memang benar ada himpunan di Batu Pahat. Jumlah yang datang pun, memanglah ramai kalau diikutkan kepada pandangan persepsi. Malangnya, gambar-gambar yang digunakan oleh jentera propaganda PPBM sebenarnya langsung tidak benar. Sebaliknya gambar-gambar yang digunakan adalah gambar-gambar himpunan melibatkan PAS pada tahun 2013 menjelang PRU-13.
Yang dikatakan beratus ribu dan dari segenap pelosok Johor itu berhimpun, sebenarnya berhimpun di HALAMAN RUMAH KHALID BIN SABTU yang beralamat di Batu 2 1/2, Jalan Seri Medan, Seri Medan, Batu Pahat dari jam 8:45 malam sehinggalah 11:35 malam. Jumlah kehadiran adalah lebih kurang 1000 orang sahaja, dan mereka terdiri dairpada ahli-ahli dan para penyokong Pakatan Harapan Daerah Batu Pahat serta Johor.
(a) Mohamad bin Sabu - Presiden PAN Pusat
(b) Khairudin bin Rahim - Setiausaha PAN Negeri Johor / Pengerusi PAN Parlimen Pt Sulong.
(c) Anis Afida binti Mohd Azri - Pengarah Pilihanraya AWAN Negeri Johor / Pengerusi Pusat Peduli Rakyat Parlimen Pt Sulong.
(d) Dato Zakaria bin Mohd. Salleh -Pengerusi PPBM Bah. Pt. Sulong
(e) Hj Kusni bin Hj Simoh - Ketua PKR Cabang PT. SULONG
(f) Mat Yashrudin bin Kusni - Naib Ketua PKR Cabang Pt. Sulong/ Bakal Calon DUN Semerah.
(g) Datuk Osman bin Sofian - Setiausaha PPBM Johor
(h) Gan Peck Cheng - ADUN Penggaram
(i) Mohd. Khuzzan bin Abu Bakar
(j) Syed Saddiq bin Abdul Rahman - Ketua ARMADA Pusat
(k) Abdul Syukor bin Tan Sri Mohamad - AJK PPBM Sri Gading
Kesemua borang berkenaan diserahkan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan wakil rasmi Dr. Mahathir.
Maklumat dan maklumbalas yang diterima, penyerahan borang tersebut melibatkan keahlian baru PPBM di kalangan 10% veteran ahli UMNO, 30% ahli PERKASA Air Hitam dan 60% pengundi muda atas pagar.
Mahathir sebenarnya tidak hadir ke majlis tersebut kerana masalah kesihatan, sebaliknya ucapannya dibuat secara langsung menerusi Facebook.
Kah kah kah!!! Matik la geng PH kalau diorg tau ko dedahkan citer ni admin oi kah kah kah!!!
ReplyDeleteTomahan yang dilemparkan oleh Mahathir sebenarnya adalah diatas keburukan dirinya sendiri
ReplyDeleteKalau bukan penipu bukan pakatan namanya..dah tak tau dosa penipu..
ReplyDeleteseburuk-buruk dan selemah-lemah PAS tak pernah guna gambar aktiviti parti politik lain untuk raih simpati serta menunjukkan kekuatan parti. apa punya bodoh guna gambar orang mengaku kehadiran dalam aktiviti politik sendiri. kan dah kantoi. sebesar mana halaman rumah orang ? kalau rumah kampung pun berapa ramai boleh menampung kehadiran orang ramai. Adakah halaman rumah orang tu sebesar mini stadium ? atau sebesar padang bola atau sebesar padang futsal ? kami orang kampung yang tak belajar tinggi pun boleh agak kalau untuk memuatkan kehadiran sehingga berpuluh ribu orang tu memerlukan sekurang-kurangnya mini stadium melainkan sekiranya orang ramai duduk bertingkat di atas bahu kawan masing-masing berlapis-lapis. Dah lah bodoh nak cuba membodohkan orang pulak maka terserlah lah kebodohan sendiri. tak cukup nak menipu orang lain ni nak menipu diri sendiri pulak.
ReplyDeleteGambar dah edit
ReplyDelete