Pages

Tuesday, February 13, 2018

IBARAT KUMBANG TAHI, NURUL IZZAH BUAT-BUAT LUPA, DIA MENANG PRU-13 DULU PUN PASAL BUAT FITNAH!!!!



Nama Nurul Izzah Anwar Ibrahim mula terkenal pada penghujung 1998. Dia dijuluki dengan gelaran, PUTERI REFORMASI dan menjadi ikon kepada anak-anak muda yang menyokong Anwar Ibrahim. Wajahnya seringkali dijadikan umpan untuk menarik sokongan anak-anak muda.

Dan taktik tersebut amat berjaya kerana Nurul Izzah berjaya memainkan peranannya sebagai PUTERI REFORMASI yang menagih simpati serta sokongan daripada anak-anak muda pada zaman itu.

Kemudian, Nurul Izzah berjaya mengalahkan Shahrizat Abdul Jalil dalam PRU-12 pada tahun 2008 di Parlimen Lembah Pantai dengan majoriti yang sangat menggalakkan.

PRU-13, Nurul Izzah masih lagi bersandar kepada simpati bukannya kepada prestasi kerjanya selaku Wakil Rakyat. Popularitinya menurun apabila calon Barisan Nasional, Raja Nong Chik Zainal lebih kuat bekerja untuk rakyat di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun pada keputusan PRU-13 di Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berjaya mengekalkan kemenangannya biarpun majoritinya merosot teruk. Antara faktor utama yang membolehkan Nurul Izzah mengekalkan kemenangannya adalah FITNAH.

Nurul Izzah telah menfitnah Raja Nong Chik. Kes fitnah tersebut dibawa ke mahkamah. Nurul Izzah mengakui yang dia memang menfitnah Raja Nong Chik untuk menang. Permohonan maaf dibuat di luar mahkamah dan Raja Nong Chik memaafkan Nurul Izzah tanpa menuntut saman fitnah ke atasnya.

Kegagalan Pakatan untuk merampas Putrajaya pada PRU-13 lalu telah memunculkan pelbagai dalih dan tuduhan termasuklah tuduhan kononnya penggunaan pengundi hantu seramai 40 ribu orang, blackout, dakwat tidak kekal, dan sebagainya.

Bagaimanapun dalam proses mahkamah seterusnya, tiada satu bukti pun yang ditampilkan oleh Pakatan, khususnya dari PKR dan DAP untuk menyokong dakwaan mereka. Malah mereka tidak membawa pun kes-kes yang mereka bangkitkan ke mahkamah. Sebaliknya yang dipertikaikan hanyalah membabitkan isu-isu teknikal semata-mata.

Demonstrasi-demonstrasi dan kekacauan media yang dilakukan oleh Pakatan, menampilkan sisi-sisi buruk yang menjadikan kempen dan pesta pilihanraya di Malaysia sebagai yang terburuk. Nurul Izzah sendiri terlibat dalam permainan hodoh tersebut dengan melakukan fitnah, bukan sahaja tidak insaf sebaliknya terus-menerus menipu dengan lagak sucinya.

Katanya, PRU-14 akan menjadi PILIHANRAYA TERKOTOR dan TERBURUK dalam sejarah demokrasi Malaysia. Alasannya mudah, UMNO-BN dalam keadaan tenat dan UMNO-BN akan berbuat apa-apa sahaja untuk terus berkuasa termasuklah menipu!

Hakikatnya yang berada dalam keadaan yang sangat lemah adalah PKR. PKR bukan sahaja kehilangan sokongan akar umbi, sebaliknya yang lebih penting, kekuatan sebenar PKR iaitu PAS sudah tiada. PKR sekarang ibarat kumbang tahi yang berusaha menggolekkan ketulan tahi ke sana ke sini sambil menagih simpati.

Dan Nurul Izzah sendiri turut berbuat begitu apabila dia diuwar-uwarkan akan meninggalkan Lembah Pantai untuk bertanding di Permatang Pauh, kubu kuat bapanya yang dijangka akan menjamin kemenangannya. Ini adalah kerana Lembah Pantai sudah mula menunjukkan penolakan ke atas Nurul Izzah selepas dia bukan sahaja menipu beberapa orang penduduk rumah pangsa Kampung Kerinchi tetapi juga menyebabkan mereka kerugian untuk memiliki hartanah bernilai lebih RM400 ribu.

Sikap lepas tangan yang selalu dilakukan oleh Nurul Izzah menjahanamkan reputasnya selaku Puteri Reformasi dan tidak melayakkannya bercakap tentang kotor atau bersihnya pilihanraya di Malaysia memandangkan dia sendiri terbabit bermain kotor untuk menang!!

3 comments:

  1. Raja Nong Cik ni sah memang bodoh kerana memaafkan nurul izzah. Jadi raja ni layak kalah pun, padan muka hang raja oi, orang tak pandang pun kebaikan hang, kik3

    ReplyDelete
  2. Reputasi jahanam tak pa janji pussy dia masih elok

    ReplyDelete
  3. Sbl pru14 bermula diaorg dah start ckp pasal pilihanraya paling kotor kerana apabila bermula waktu kempen nanti pasti parti mereka akan buat kecoh segala bagai serta penipuan tanpa bukti spt isu bangla dulu dan rakyat akan percaya yg bn yg buat kecoh semua tu..jd kepala rakyat harus disogokkan dgn cerita2 mengarut awal2 supaya senang nanti..setiap kali pilihanraya mmg begini lah cara pembangang ni..fitnah ibarat makanan bg mereka..yg bercakap tu pun dulu menang sbb fitnah juga sama mcm bapak dia juga..pembangkang low class mereka ni..org yg ckp bapak dia xde maruah tuk jd pm sbb morak teruk skrg dipuja..secara tak langsung dia mengakui tuduhan ke atas bapak dia..moga kaah la minah xde kaki fitnah ni..

    ReplyDelete