Pages

Monday, March 19, 2018

DENDAM KERANA DIPECAT DARIPADA JAWATAN MENTERI BESAR KEDAH, MUKHRIZ NAK PECAT PULA SEMUA PEGAWAI TINGGI KERAJAAN!!!



Mukhriz Mahathir, satu nama yang tidak ada apa-apa kelebihan melainkan disebabkan bapa semata-mata.

Pernah menjadi harapan untuk membangunkan Kedah dan mengembalikan Kedah sekurang-kurangnya pada zaman Osman Arop dan Mahdzir Khalid. Harapan besar yang disandarkan kepadanya turut disusuli dengan cerita-cerita hebat tentang Mukhriz Mahathir.

Malangnya, sebaik-baik sahaja dilantik menjadi Menteri Besar Kedah walaupun sebelum itu, tidak pernah membuktikan keupayaannya sebagai pemimpin, apa yang dilakukan oleh Mukhriz ialah BERJOLI!

Apabila hilang jawatan, Mukhriz meroyan sakan!

Dan sekarang, dendamnya begitu membara. Mukhriz berdendam dengan semua orang termasuklah penjawat-penjawat awam yang dituduhnya telah melindungi Najib Abdul Razak.

Mukhriz melihat para penjawat awam sebagai pelindung utama Najib. Disebabkan penjawat-penjawat awam yang enggan memberontak, memulau dan seterusnya melaksanakan gerakan menjatuhkan kerajaan dari dalam, Mukhriz berasakan mereka wajar ditakut-takutkan dan digertak-gertak.

Katanya, pakatan pembangkang akan memecat semua pegawai tinggi kerajaan jika menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).


"Kalau kami berjaya menubuhkan kerajaan dengan mandat (yang diberikan) tuan-tuan dan puan-puan, saya boleh memasukkan janji dalam 30 hari, kami akan pecat semua pegawai tinggi kerajaan.

"Ini melampau. Kalau nak berpihak kepada 'government of the day' itu tak apa. Tapi mereka melampaui batas (dengan) melindungi penjenayah.

"Bagi kami (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib Razak itu penjenayah. Ia satu yang tak boleh diterima," kata Mukhriz pada sesi dialog di Senawang, Negeri Sembilan.

Katanya lagi, hanya Dr. Mahathir, bapanya sahaja yang layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Ketika berkuasa, Dr. Mahathir bukan sahaja memecat atau melakukan sekatan ke atas pegawai-pegawai awam yang dilihat enggan menyokongnya, tetapi turut terlibat dalam pemecatan Mufti, bahkan dua kali mencetuskan Krisis Perlembagaan apabila melakukan serangan ke atas institusi istana.

2 comments:

  1. MACAM MANA PERANGAI BAPAKNYA ....BEGITULAH ANAKNYA....

    ReplyDelete
  2. MACAM MANA PERANGAI BAPAKNYA...BEGITU JUGAKLAH PERANGAI ANAKNYA...

    ReplyDelete