Pages

Friday, April 6, 2018

GUNA LAMBANG PKR, MUDAHKAN DAP TAWAN KERUSI-KERUSI PAS TERUTAMA DI SELANGOR!!!



Semakin sah, DAP akan 'merehatkan' logo popular mereka, ROKET, dalam PRU-14 di Semenanjung tetapi akan kekal menggunakan logo tersebut di Sabah dan Sarawak. Semakin jelas jugalah bahawa DAP amat memerlukan undi kaum Melayu untuk menguasai portfolio utama Kerajaan dan GLC walaupun dilihat mengorbankan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

DAP telah melaung-laungkan cerita tentang TSUNAMI MELAYU yang akan mengalahkan UMNO-BN pada PRU kali ini. Untuk menjayakan TSUNAMI MELAYU seperti yang dikehendaki oleh DAP, maka Melayu perlu dipengaruhi. Kalau gagal mempengaruhi mengikut kaedah konvensional, maka pengeliruan perlu dilakukan.

Pemilihan parti dalam pilihanraya adalah lambang dan logo. Kepelbagaian logo dan lambang pada kertas undi akan memberikan masa untuk para pengundi menilai dan membuat pilihan berdasarkan prestasi mahupun persepsi. Apabila hanya satu lambang sahaja digunakan, pengeliruan boleh dilakukan secara pukal. Prestasi calon tidak lagi diambil kira sebaliknya tumpuan boleh diberikan kepada aura parti berkenaan.

Maka tidak hairanlah apabila Lim Guan Eng dan DAP mengisytiharkan dan mengumumkan kebaikan hati mereka untuk tidak menggunakan logo terkenal mereka iaitu ROKET di Semenanjung sebaliknya bersetuju untuk menggunakan logo lain iaitu mata lebam PKR. (RUJUK SINI)

Semuanya kerana matlamat dan cita-cita besar DAP yang memerlukan undi Melayu dalam PRU kali ini. Semenanjung menyaksikan dominasi dan majoriti pengundi-pengundi Melayu berbanding di Sabah dan Sarawak. Penggunaan ROKET sebagai simbol tunggal pilihanraya hanya akan merencatkan cita-cita dan matlamat besar DAP.

Pecahan terbesar Melayu selain UMNO adalah PAS dan PKR. PAN dan PPBM pula hanyalah malukut tepian gantang dan tidak begitu bernilai walaupun sering bercakap besar dan mendabik dada tentang kekuatan mereka.

Memandangkan PAS sudah terkeluar dari Pakatan dan PPBM pula telah digantung pendaftarannya oleh ROS, DAP perlu berharap kepada PKR untuk tugas tersebut. PKR sendiri mempunyai dasar yang lebih jelas dan lebih diminati oleh golongan juda Melayu terutama sekali di kawasan bandar dan pinggir bandar berdasarkan rekod mereka dari tahun 1999 sehingga 2013. Dan berbanding PAN dan PPBM, lambang mata lebam PKR lebih dikenali dan diterima.

Masalah dalaman PKR yang membabitkan fraksi Azmin Ali dan Wan Azizah, lebih memudahkan DAP untuk mempergunakan PKR. Apatah lagi setelah Mahathir dan PPBM menjadikan PKR sebagai organisasi mereka menerusi Azmin Ali dengan alasan mereka parti mereka telah digantung pendaftarannya.

Sebelum ini, PAS ketika menjelaskan mengapa mereka memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP termasuklah parti-parti yang mempunyai kerjasama dengan DAP, PAN dan PPBM mendapat kecaman. Kenyataan PAS bahawa sebarang undi dan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) bererti mengundi dan menyokong DAP, dikecam hebat oleh PKR, DAP sendiri, PAN dan PPBM.

Pengumuman DAP bahawa mereka akan bertanding di kerusi-kerusi yang sebelum ini dimenangi oleh PAS terutama di Selangor, membuktikan kebenaran kenyataan PAS sebelum ini. Sekaligus pengumuman tersebut menjelaskan mengapa DAP terlalu baik hati untuk menggunakan lambang PKR berbanding logo ROKET di Semenanjung. (RUJUK SINI)


DAP Selangor dalam satu kenyataan ysng disiarkan oleh FMT berkata, mereka akan bertanding sekurang-kurangnya di tiga kerusi DUN yang kini disandang oleh PAS. Kerusi-kerusi DUN yang dimaksudkan adalah Taman Templar, Lembah Jaya dan Dusun Tua.

Ketiga-tiga kerusi itu dijangka menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan PAS-BN-PH. PH akan menggunakan lambang PKR.

Kerusi Taman Templar kini disandang oleh wakil PAS, Zaidy Abdul Talib yang berjaya mengalahkan calon BN, Subahan Kamal pada tahun 2013 dengan majoriti 7,467 undi. Daripada 49,428 pengundi di Taman Templar, Melayu 51.5%, Cina 34.6%, India 12.96% dan lain-lain kaum 0.92%.

Dusun Tua yang dimenangi wakil PAS, Razali Hassan dengan mengalahkan calon BN, Ismail Sani dengan majoriti undi 4,071 pula mengandungi pengundi seramai 46,087 orang pengundi dengan Melayu seramai 53.28%, Cina 37.42%, India 6.88% dan lain-lain kaum 2.42%.

Lembah Jaya dimenangi oleh wakil PAS, Khasim Abdul Aziz yang mengekalkan penguasaan kerusi tersebut dari tahun 2008 dengan majoriti 8,713 undi majoriti mengalahkan calon BN. DUN Lembah Jaya mengandungi 48,730 pengundi dengan Melayu adalah 54.26%, Cina 31.86%, India 12.66% dan lain-lain kaum 1.22%.

Jumlah pengundi baru dijangka telah meningkat.

PRU 2013 adalah PRU terakhir PAS bersama-sama Pakatan yang menyaksikan PAS membantu Pakatan menguasai Kerajaan Negeri Selangor dengan 44 kerusi DUN daripada keseluruhan 56 kerusi DUN Selangor.

PKR menang 14 kerusi, DAP dan PAS pula setiap satu 15 kerusi. Perkembangan politik semasa di Selangor akhirnya menyaksikan DAP hanya mengekalkan penguasaan 14 kerusi dan BN 12 kerusi. PAS berjaya mengekalkan 13 kerusi. Begitu juga dengan PKR. 2 kerusi DUN PAS telah dilarikan oleh PAN. DAP kehilangan satu kerusi menerusi kerusi DUN Teluk Datuk apabila wakil mereka, Loh Chee Heng memilih untuk menjadi wakil Bebas. Manakala PKR kehilangan kerusi Pelabuhan Kelang apabila wakil mereka yang juga merupakan bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim memilih untuk menjadi wakil Bebas.

Penggunaan lambang PKR oleh calon-calon DAP sudah pasti akan memudahkan DAP menjayakan rancangan mereka untuk merampas kerusi-kerusi yang dahulunya dimenangi oleh PAS. DAP juga sudah pasti akan menampilkan calon-calon Melayu mereka yang diasuh dan dididik menerusi Sekolah Demokrasi untuk diletakkan di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS. Kebanyakan pengundi akan beranggapan bahawa mereka dalah calon PKR, bukannya DAP.

Maka  enarlah seperti yang dikatakan oleh para pemimpin PAS. Undi Pakatan Harapan (PH) yang akan menggunakan simbol PKR bererti mengundi DAP.

Lebih daripada itu, mengundi PH yang menggunakan simbol PKR bererti akan menyingkirkan perjuangan mutlak Anwar Ibrahim dan keluarganya termasuklah Gerakan Reformasi sebaliknya mengangkat Mahathir dan Mukhriz Mahathir menerusi TROJAN HORSE mereka, Azmin Ali.

4 comments:

  1. Apepun logo yg PH pakai.. waima lambang selipar jopun pun.. den totap undi BN

    ReplyDelete
  2. kenapa guna logo PKR??
    PKR ni ibu tumpang ke??
    Parti masing2 yg lain tu dah mandul ke??

    Inilah tanda2 mereka (PH) akan bungkus selepas PRU 14 nanti...

    ReplyDelete
  3. Org tetap pilih pas berbanding pkr dn dap

    ReplyDelete
  4. Kalau nak tukar kopiyah pun tukarlah kepada kopiyah cop bulan, bukannya cop mata satu.

    ReplyDelete