Pengumuman pencalonan Dr. Mahathir di Padang Mat Sirat dua malam sudah, dibuat oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah Wan Ismail. Dr. Mahathir akan bertanding di Langkawi menggunakan simbol 'mata lebam' PKR dan akan menerima watikah daripada Wan Azizah memandangkan parti yang dipengerusikannya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah digantung pendaftaran oleh RoS kerana melanggar perlembagaan parti itu sendiri.
Turut diumumkan adalah calon-calon PPBM yang akan bertanding di bawah lambang PKR pada PRU-14 nanti di Parlimen dan DUN Kedah. Sesuatu yang menarik ialah Mukhriz Mahathir 'lari' dari DUN Ayer Hitam yang dimenanginya pada PRU lepas sebaliknya akan bertanding di DUN Jitra dan turut mencalonkan diri untuk bertanding di Parlimen Jerlun, Parlimen yang pernah diwakilinya pada PRU-12 selepas berlaku 'tolak-ansur' para pemimpin UMNO setempat pada ketika itu.
Calon lain DUN PH Kedah :
Air Hitam : A Aziz Muhamad
Bukit Kayu Hitam : Halimatus Saadiah
Jitra : Mukhriz Mahathir
Anak Bukit : IR Amirudin Hamzah
Bukit Lada : Mohd Aizat Roslan
Kuala Nerang : Syed Fadil
Sungai Tiang : Abdul Razak
Jeneri : Mohd Nazari
Bayu : Abdul Rahim Awang Kecil
Guar Cempedak : Mohd Safuan Safari
Tanjung Dawai : Mejar Anuat Abdul Hamid
Bandar Baharu : Azimi Daim
Kuah : Mohd Firdaus Mohd
Air Hangat : Johari Bulat
Calon Parlimen PH Kedah:
Jerlun : Mukhriz Mahathir
Kubang Pasu : IR Amiruddin
Pendang : Wan Saiful
Baling : Mohd Taufik Yaacob
Jerai : Akhramsyah Sanusi
Langkawi : Tun Dr Mahathir Mohamad
Mahathir pasti akan berkempen di Langkawi dengan bermodalkan, dialah yang menaikkan dan memakmurkan Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan terkenal dunia. Setidak-tidaknya itulah yang akan diperkatakan oleh para penyokongnya.
Namun pada masa yang sama, pihak lawan terutama penduduk Langkawi pula akan mengungkit tentang LADA yang ditubuhkan untuk membeli tanah-tanah penduduk Langkawi terutama di tepi pantai dengan harga murah dan dijual kepada syarikat-syarikat kroni Mahathir untuk dibangunkan hotel-hotel mewah yang penduduk Langkawi sekadar mampu pandang atau paling lebih pun, bekerja sebagai buruh bergaji rendah. Turut diperkatakan lagi adalah PREMIUM TANAH yang tidak dibayar oleh syarikat-syarikat kroni tersebut, sedangkan premium tanah tersebut adalah hak rakyat negeri Kedah.
Sesuatu yang amat menarik sedang menanti di Langkawi!
dah tu suh la peyem kesayangan ko tu lawan dia...kan sokongan dia kuat...xpun cai-cai dia saleh keduak ke jahit komedi ke taiko besar najri tu ke...ye la mana tau kot2 peyem tu takut dia menang besar sangat lawan tun kat langkawi kn..
ReplyDeleteLANGKAWI TU SUMPAH MAHSURI
ReplyDeleteMASA DAH SAMPAI MAMAK KUTY
SUMPAH MAHSURI SUMPAH LANGKAWI
MME DAH MASA TENGGELAM LEGENDA KUTY
KKIKIKIKI..
Baru diumumkan bertanding di DUN Ayer Hitam mlm ni terus nampak muka kat masjid Ayer Hitam.
ReplyDeleteSebelum ni...tak pernah nampak ke?
DeleteHehehehehe...
itu lah ore politik...pandai berlakon
Pengundi pula kena pandai memilih....pelihara lah agama dan bangsa
Sebelum ni...tak pernah nampak ke?
DeleteHehehehehe...
itu lah ore politik...pandai berlakon
Pengundi pula kena pandai memilih....pelihara lah agama dan bangsa