Pages

Monday, April 2, 2018

MUHYIDDIN LARI TINGGALKAN PAGOH UNTUK BERTANDING DI MUAR KERANA TIDAK BERMARUAH ATAU KERANA TAKUT DENGAN DAP?!!!



Muhyiddin Yassin pernah berkata, dia adalah totok UMNO  yang tidak akan berubah pendirian walau
apa pun yang berlaku kepada dirinya. Namun tidak lama selepas itu, dia terpengaruh dengan Dr. Mahathir untuk menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang merupakan organisasi untuk Mukhriz Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia!

Muhyiddin Yassin adalah penyandang kerusi Parlimen Pagoh dari tahun 1978 sehingga 1986 sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Johor. Pada PRU 1986, Muhyiddin bertanding di DUN Bukit Serampang dan berjaya memenangi kerusi berkenaan, sekaligus membuka laluan kepadanya untuk dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 13 Ogos 1986 menggantikan Osman Saat.

Banyak isu yang berlaku di Johor, khususnya membabitkan tanah-tanah rezab Melayu serta kehilangan hak air kepada Singapura ketika Johor di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin kemudiannya dipindahkan ke Pusat pada tahun 1995 setelah berjaya memenangi semula kerusi Parlimen Pagoh dalam PRU 1995. Dan bermulalah skandal demi skandal kewangan di bawah Muhyiddin Yassin termasuklah Bestari.Net yang melibatkan anak lelakinya selain projek solar elektrik di sekolah-sekolah di Sabah ketika dia menjadi Menteri Pendidikan melibatkan Pakar Strategik PPBM, Rais Hussin.

Tidak banyak kejayaan yang membanggakan sepanjang Muhyiddin mengetuai Kementerian Belia dan Sukan, KPDNKK, Pertanian, MITI apatah sebagai Pelajaran. Golongan guru paling tertekan ketika Muhyiddin menjadi Menteri Pelajaran kerana pelbagai sistem yang menjurus kepada keuntungan syarikat kroni yang dipaksa ke atas guru-guru dan yang lebih menarik, sistem yang diperkenalkan pula, tidak menyenangkan, bahkan semakin menyusahkan dan membebankan tugas guru-guru seluruh Malaysia.

Walaupun Pakatan tidak begitu meletakkan harapan besar kepada Muhyiddin Yassin untuk mengepalai Pakatan Harapan Johor, sebaliknya tetap memberikan harapan kepada Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang yang khabarnya akan bertukar untuk bertanding di Ayer Hitam bagi memalukan Wee Ka Siong yang telah melondehkan Lim Guan Eng sebagai pembalasan dendam, Muhyiddin Yassin diharapkan dapat menambah kerusi PPBM dan Pakatan Harapan khususnya.

Muhyiddin dikatakan sudah pasti akan memenangi kerusi Parlimen Pagoh kerana dia sudah 8 penggal di situ. Sukar untuk mengeluarkan imej Muhyiddin Yassin dengan Pagoh. Bagaimanapun, PPBM khususnya melihat kerusi Parlimen Muar sebagai piala kemenangan serta bukti yang PPBM cukup kuat dan telah diterima, khususnya di Johor sendiri. Dalam bahasa yang lebih mudah, PPBM perlu tunduk kepada kehendak DAP yang mahu mengawal dan menguasai kerusi Muar, walaupun menerusi proksi seperti Muhyiddin.

Ini adalah kerana Muhyiddin adalah Presiden PPBM walaupun ramai yang melihat Muhyiddin hanyalah sebagai TUNGGUL yang tunduk kepada Dr. Mahathir dan Mukhriz Mahathir serta perlu sentiasa akur dengan Lim Kit Siang bagi meneruskan hayat dan kerjaya politiknya.

Bagaimanapun, Muar mempunyai sejarah politik yang tersendiri dan Muhyiddin sebenarnya terkeluar dari 'sistem politik Muar' yang unik dan tersendiri.

Pada peringkat awal, Syed Saddiq telah dijadikan calon PPBM untuk menawan Muar dari tangan BN yang disandang oleh Razali Ibrahim. Bagaimanapun Syed Saddiq kurang menyerlah dan acapkali melakukan banyak kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan yang sekaligus menyebabkan dia menjadi calon yang paling tidak berkebolehan untuk menang.

Justeru, DAP melihat Muhyiddin sebagai batu loncatan untuk menawan Muar. DAP tahu, Muhyiddin tidak boleh bertanding dengan logo partinya sendiri kerana parti itu sedang mengalami masalah dengan Pendaftar Pertubuhan. Muhyiddin besar kemungkinan akan bertanding dengan menggunakan logo PKR bagi mengelakkan kerugian lebih besar sekiranya bertanding di bawah logo DAP.

Namun bertanding di bawah logo PKR sekalipun, Muhyiddin sebenarnya tetap berada dalam genggaman dan kawalan DAP. Segala gerak-geri Muhyiddin malahan tutur kata dan kenyataan yang akan dikeluarkan oleh Muhyiddin perlu mendapatkan keizinan daripada DAP terlebih dahulu.

Bayangkan Muhyiddin, seseorang yang pernah menjadi Menteri Besar Johor dan Timbalan Perdana Menteri, terpaksa mendapatkan keizinan daripada Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor yang sekarang ini hanyalah Ahli Parlimen Kluang dan tidak fasih berbahasa kebangsaan, bahkan buta kayu tentang budaya serta adat resam Bangsa Johor, semata-mata untuk bercakap.

Melainkan Muhyiddin kekal di kubu kuatnya, di Pagoh yang sudah pasti menjanjikan kemenangan kepadanya dan PPBM, perpindahan ke Muar, bolehlah diibaratkan sebagai mengetuk paku terakhir pada keranda politiknya. Kemenangannya di Parlimen Muar, kalau berlaku, bermakna kerjaya politik Muhyiddin sebagai ahli politik yang bermaruah dan ada harga diri, telah ditahlilkan dan dikafankan oleh DAP.

Umum mengetahui DAP sedang mengatur gerak kerja dan strategi untuk menawan Johor pada PRU-14 yang akan berlangsung dalam beberapa minggu sahaja lagi. Dengan nama-nama besar DAP seperti Gobind Singh Deo, Teo Nie Ching, Liew Chin Tong, Yeo Bee Yin dan sebagainya dihantar untuk bertanding dan menawan Johor, malahan sanggup kehilangan sokongan masyarakat India apabila menggugurkan penyandang kerusi DUN Paloh, Shanker a/l Rengganathan untuk digantikan dengan Sheikh Omar Ali yang dijangka akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor sekiranya DAP berjaya dalam perjuangan mereka menjajah Johor.

Adalah difahamkan, Muhyiddin sebenarnya keberatan dengan cadangan berpindah ke Parlimen Muar dan menyerahkan Parlimen Pagoh kepada isterinya, Puan Sri Noraini untuk bertanding. Liabiliti yang ditanggung oleh Muhyiddin Yassin akan menjadi satu pendedahan besar sekiranya dia berbuat begitu. Isterinya yang tidak berpengalaman dalam bidang politik, pastinya akan terdedah dengan banyak kisah-kisah gelap membabitkan Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, orang-orang di sekeliling Muhyiddin yang telah mendapat DEDAK dan umpan sedap daripada DAP, terus memujuk Muhyiddin untuk bertanding di Muar dalam apa yang dipanggil serampang dua mata. Kononnya dengan 38% pengundi Cina dan 2% pengundi India, Muhyiddin akan menang mudah di Parlimen Muar.

Muhyiddin sedar, Pagoh adalah kubu kuatnya. Pagoh juga adalah maruahnya. Melarikan diri dari Muar dan bertanding di Muar, membawa maksud yang maruahnya selaku Ahli Parlimen Pagoh selama 8 penggal telah dikawal dan dijarah oleh DAP.

Persoalannya kini, Muhyiddin yang lebih dikenali sebagai TUNGGUL itu lebih mementingkan maruahnya atau dia terlalu takut dengan DAP sehingga perlu meninggalkan Pagoh dan bertanding di Muar?


No comments:

Post a Comment