Pages

Tuesday, January 29, 2019

ECRL: SEPATUTNYA KERAJAAN MAHATHIR-LIM GUAN ENG BERTERUS-TERANG, PROJEK TERSEBUT HENDAK DISERAHKAN KEPADA KRONI, BUKAN ALIHKAN PERHATIAN KEPADA ISRAEL-ZIONIS!!!




Isu ECRL nampaknya kembali semula diperkatakan. Kluk-klek kepimpinan negara dengan keputusan yang bercempera, membuatkan seluruh perhatian kini tertumpu kepada tiga orang pemimpin utama negara iaitu Dr. Mahathir, Lim Guan Eng dan Azmin Ali.

Dan ketiga-tiganya, saling tuduh menuduh antara satu sama lain.

Atau lebih tepat lagi, saling cuba membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka lebih berkuasa berbanding pesaing-pesaing mereka.

Bila Azmin Ali menyatakan projek ECRL dibatalkan, Lim Guan Eng segera muncul dan menafikannya. Namun penularan surat yang ditandatangani sendiri oleh Lim Guan Eng membatalkan projek tersebut, menimbulkan tanda tanya sama ada Lim Guan Eng sedar atau tidak apa yang diucapkannya.



Umum mengetahui, pembatalan projek ECRL bermaksud Malaysia perlu membayar sejumlah pampasan yang sangat besar kepada syarikat China, China Communications Construction Sdn Bhd (CCC).

Lim Guan Eng dalam kenyataan awalnya selaku Menteri Kewangan berkata, kos sebenar projek ECRL sepanjang 688.3 kilometer (km) membabitkan perbelanjaan RM81 bilion dan ia perlu dikurangkan secara ketara supaya berdaya maju dari segi kewangan.

Manakala Najib Abdul Razak, malahan Exim Bank dan CCC pula tetap menegaskan kos ECRL kekal RM55 bilion seperti yang diuwar-uwarkan beberapa tahun sebelum itu.

Lim Guan Eng pada 22 Oktober 2018 ketika di Dewan Rakyat berkata, pembatalan projek ECRL yang sudah 20% siap akan membolehkan Kerajaan Malaysia memperolehi RM10.02 bilion.

Kenyataan bodoh Lim Guan Eng tersebut kemudiannya dibidas oleh Najib Abdul Razak menerusi Facebook peribadinya pada hari yang sama dan menegaskan bahawa EXIM Bank of China yang membiayai projek ECRL dengan soft loan selama 20 tahun, sudah pasti akan membatalkan pinjaman tersebut dan cuba mendapatkan semula RM19.66 bilion yang telah dibayar kepada kontraktor projek, CCC.


Kata Najib Abdul Razak lagi, kesemua projek tersebut dibiayai selama 20 tahun menerusi pinjaman mudah atau soft loan dari Exim Bank China dan semua pembayaran adalah kepada CCC. Sekaligus merupakan pembayaran langsung bank kepada syarikat kontraktor. Bukannya kepada Kerajaan Malaysia sepertimana yang cuba digambarkan oleh Lim Guan Eng.

"Sekiranya projek tersebut dibatalkan, bank (Exim Bank of China) akan membatalkan pinjaman tersebut dan berusaha mendapatkan balik wang yang telah mereka pinjamkan sebelum ini. Berbanding Malaysia akan memperolehi RM10 bilion memandangkan ia akan dipulangkan kepada Exim Bank, sebaliknya kita akan terpaksa membayar baki RM9.66 bilion yang telah Exim Bank bayarkan," kata Najib menerusi FBnya. (RUJUK SINI)

Justeru tidak menghairankan apabila Lim Guan Eng, Azmin Ali dan Dr. Mahathir saling mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah selepas mereka cuba menipu seluruh rakyat Malaysia berhubung projek ECRL.


Dan jangan pula lupa, proksi dan kroni utama Mahathir, Vincent Tan dari Berjaya Group turut memainkan peranan utama dalam pembatalan projek ECRL ini.

Jun 2018, selepas pendedahan dibuat berhubung pembelian saham-saham murah T7 Global Bhd selama tiga hari berturut-turut oleh Vincent Tan selepas Mahathir yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada bulan sebelumnya membayangkan penangguhan atau pembatalan projek ECRL, Mahathir cuba bermain kongkalikong dengan rakyat.

T7 Global Bhd merupakan syarikat kontraktor tempatan dengan ECRL.


Tindakan Vincent Tan untuk menjual pegangannya dalam T7 Global Bhd kemudiannya, dilihat sebagai sandiwara yang merangsang drama seterusnya daripada Mahathir, Lim Guan Eng dan Azmin Ali berhubung projek ECRL. (RUJUK SINI)

Dan ternyata, telahan tersebut betul apabila dalam tempoh beberapa hari ini, bermula dengan kenyataan Azmin Ali, disusuli dengan kenyataan Lim Guan Eng yang menafikan kenyataan Azmin dan kemudian arahan Mahathir supaya Lim Guan Eng tutup mulut.


Yang pasti, berdasarkan kepada sejarah projek-projek mega negara lampau, terutama sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri sebelum ini, rakyat bukan sahaja kerugian besar, sebaliknya terpaksa menanggung kos tersebut menerusi projek untuk kroni dan bail-out!

Mahathir, Lim Guan Eng dan Azmin sepatutnya berhenti berdrama. Cakap sajalah berterus-terang bahawa projek tersebut sebenarnya hendak dihadiahkan kepada kroni mereka dan rakyat tidak perlu dikaburkan dengan berita-berita HEROIC Mahathir terutama dalam hal membabitkan atlet-atlet Paralimpik Israel demi menutup cerita ECRL.




No comments:

Post a Comment