Pages

Thursday, January 31, 2019

LIM GUAN ENG BERAMBUS DARI JADI MENTERI KEWANGAN, NILAI RINGGIT PASTI AKAN NAIK!!!




Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa nilai mata wang ringgit kini mencatat nilai paling rendah dalam sejarah berbanding baht Thailand.

Menurut ahli Parlimen Pekan itu, nilai ringgit merosot selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sehingga kini mencecah 100 baht bersamaan RM13.15.

Sambil berkongsi graf perbandingan kedua-dua mata wang itu sejak 2017, Najib menyindir pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang suatu masa dahulu mengkritik kerajaan pimpinannya kerana kejatuhan nilai ringgit,

“Laungan PH pada suatu masa dahulu ialah ‘Najib turun, Ringgit naik’.

“Saya dah turun dan (Lim) Guan Eng sudah naik, tapi ringgit turun dengan lebih dahsyat lagi. Apa alasan Guan Eng?” soalnya menerusi kenyataan dalam akaun Facebook miliknya hari ini.


Kata Najib, tiga tahun dahulu, isu nilai ringgit merosot berbanding mata wang Thailand dimainkan oleh PH walaupun ia berikutan kejatuhan harga minyak dunia sehingga 80 peratus.

Najib malah menyelar PH yang pada ketika itu memainkan propaganda kononnya peniaga Thailand tidak mahu menerima mata wang Malaysia.

“Seperti ditunjuk di graf ini, nilai ringgit semakin memulih berbanding mata wang Thailand sebelum PRU-14.

“Namun, nilai ringgit berbanding baht jelas bertukar hala dan terus merosot selepas PRU-14 sehingga mencecah penanda 100 baht bersamaan RM13.00 buat kali pertama. Ini pada masa harga minyak dunia sudah memulih dan kini dua setengah kali ganda berbanding tiga tahun dahulu,” katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment