Pages

Thursday, January 31, 2019

NAMPAK GAYANYA, OSMAN SAPIAN SUDAH TIDAK BERTAHAN LAMA SEBAGAI MENTERI BESAR JOHOR KALAU ORANG KUAT MAHATHIR SENDIRI MEMPERSOALKANNYA!!!



Kalau sumber lain, mungkin kurang menarik dan kurang dipercayailah. Tapi kalau yang membangkitkan isu ini adalah Kadir Jasin yang merupakan orang yang mengetuai sektor media Perdana Menteri, dan merupakan antara orang kuat PPBM, sudah pasti ianya sesuatu yang serius membabitkan Menteri Besar Johor, Osman Sapian.

Rujuk:
https://www.facebook.com/1114194475/posts/10217135193187986/

Melihat kepada komen-komen yang terdapat dalam status yang dimuatnaik pada 29 Januari jam 8:44 pagi itu, reaksi terbesar datangnya daripada penyokong PPBM sendiri. Lebih ramai yang mendesak agar tindakan diambil terhadap Osman Sapian yang dianggap sebagai Menteri Besar Johor paling lemah dan memalukan kepimpinan Mahathir berbanding membelanya.

Apabila Kadir Jasin sudah membangkitkan isu Osman Sapian, bermakna benarlah cakap-cakap selama ini bahawa PPBM Johor sebenarnya sedang bergolak kerana perebutan antara fraksi Mahathir dan Muhyiddin.

Difahamkan gambar tersebut dirakamkan di Dubai dan Cyprus pada penghujung tahun lepas iaitu ketika integriti Osman Sapian dipertikaikan ekoran mencetuskan rasa permusuhan oleh Singapura terhadap Malaysia dan Johor khususnya.

Benarkah Osman Sapian sedang mencari nyawa kedua menerusi 'pertemuan sulit' dengan pemimpin UMNO di luar negara? Kalau tidak, masakan maklumat berkenaan disalurkan oleh seorang Exco Johor kepada Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Kadir Jasin yang kemudian mempersoalkan perkara tersebut?

Perlu diingat, Pakatan Harapan pada 9 Mei 2018 gagal menubuhkan Kerajaan Negeri Johor biarpun memenangi 36 kerusi DUN dengan sebahagian besarnya dimenangi oleh DAP daripada keseluruhan 56 kerusi DUN. Hanya setelah tiga orang ADUN UMNO 'melompat' menyokong Pakatan, barulah Kerajaan Negeri Johor boleh ditubuhkan oleh Pakatan pada 12 Mei 2018.

Tiga orang ADUN UMNO tersebut adalah ADUN Sedili, Rasman Ithnain, ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari dan ADUN Endau, Alwiyah Talib. Pengumuman keluar parti dan menyokong Pakatan oleh ketiga-tiga ADUN tersebut dibuat pada tarikh yang sama, sebelah pagi sebelum Osman Sapian mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Johor pada sebelah petang.

Justeru, di kalangan ahli dan kepimpinan PPBM Johor sendiri pun melihat Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor yang terlalu bergantung kepada 'katak-katak' dari UMNO yang dihubungkan oleh 'katak' dari Kota Tinggi dalam Pakatan Harapan Johor.

Selain daripada kebergantungan Osman Sapian kepada 'katak-katak' dari UMNO, turut menimbulkan rasa tidak senang di kalangan kepimpinan dan ahli-ahli PPBM adalah gelagat isteri-isteri serta anak-anak Osman Sapian sendiri.

Difahamkan, salah seorang isteri Osman Sapian turut serta dalam trip ke Dubai dan Cyprus tersebut berdasarkan cakap-cakap pada ruang komen dalam status Kadir Jasin.

Berapa lamakah lagi agaknya, Osman Sapian mampu bertahan sebagai Menteri Besar Johor kalau dalam teamnya sendiri, dia dijolok-jolok supaya segera jatuh?


2 comments:

  1. Biarlh dia dgn gaya trsendirinya,rakyat yg menilai cara kepimpinan beliau (MB)

    ReplyDelete