9 Mei 2019, Pakatan menjadi Kerajaan Persekutuan. Isu BR1M muncul lagi dan kebetulan pula, pembayaran kedua BR1M pada Julai tahun berkenaan turut kecoh. Mungkin sebab malu alah atau barangkali juga untuk mengurangkan atau meminimakan kerosakan imej Pakatan, BR1M tidak jadi dimansuhkan atau ditambahbaikkan seperti yang diikrarkan oleh Lim Guan Eng, sebaliknya jumlah penerima BR1M dikurangkan. Begitu juga nilai BR1M turut dikurangkan dengan alasan, negara banyak hutang. Tidak lama kemudian BR1M ditukar namanya menjadi Bantuan Sara Hidup (BSH atau lebih popular sebagai BASAH).
Namun BSH yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan sebagai penjenamaan semula BR1M, telah mengeluarkan golongan bujang daripada golongan yang menerima insentif tersebut. Kerajaan menganggap GOLONGAN BUJANG DAN MUDA bukanlah penjana ekonomi domestik. Malah tidak mempunyai sebarang signifikan dalam aliran kewangan domestik negara. Golongan muda bagi kerajaan hanyalah sebagai golongan yang hanya diperlukan pada musim mengundi dan sebagai pengundi.
Pastinya terkini, ramai yang sedang sibuk mengemaskinikan atau membantu mengemaskinikan Borang Bantuan Sara Hidup 2019.
Sedangkan hakikatnya, BSH 2019 tidak lebih daripada 'copy paste' BR1M sahaja.
Persoalan besar yang ditanyakan ialah, mengapa orang bujang sudah tidak layak menerima bantuan tersebut, sedangkan sebelum ini setiap tahun, nilai bantuan boleh dinaikkan oleh kerajaan yang dikatakan rasuah dan kleptokrasi untuk 7 juta orang penerima.
Adakah alasan yang paling utama ialah orang bujang tidak ada tanggungan? Sedangkan hakikatnya, orang bujang juga perlu menyara kehidupan.
Ramai juga yang kurang senang dengan cara kini untuk memohon dan mengemaskinikan permohonan BSH 2019. Paling ketara ialah mereka yang tinggal di kawasan pedalaman bilamana capaian dan liputan Internet merupakan 'perkhidmatan mewah' yang tidak pernah mereka gunakan selama ini. Sama ada mereka ke bandar yang mengambil masa perjalanan yang lama atau mereka perlu juga mengemaskinikan permohonan tersebut dengan 5 sijil sahih.
Daripada 7 juta penerima, hanya 2 juta penerima sahaja yang perlu dibantu. Daripada RM1,200, hanya RM900 sahaja, sepatutnya ia bukanlah satu masalah besar kepada kerajaan. Apatah lagi dengan penyingkiran golongan muda dan bujang sebagai penerima bantuan, membolehkan wujud lebihan besar dalam bajet tersebut.
Takkan untuk menteri walaupun menipu kelulusan akademik, boleh bergaji puluhan ribu sebulan dengan segala manfaat ditanggung sepenuhnya oleh rakyat, rakyat pula disusah-susahkan dengan pelbagai karenah birokrasi termasuklah semasa mengisi borang?
Sedangkan dana yang dijoli oleh Kerajaan sekarang, adalah wang rakyat!
memang nampak sengaja menyusahkan orang2 yang susah...supaya orang yang senang lagi senang...faham2 je lah..
ReplyDeleteingat jugalah kamulah yang membuka ruang dan peluang untuk sikafir ini sakau duit orang islam dalam TH yang sekarang dijaga oleh Bank Negara..
ReplyDeleteLain kali vote la PH.. lol.. suka sgt dgr fitnah.. kalau kita tak berada kat tempat tu, bukan dalam area pengetahuan kita, buka mata luas luas.. dulu tertindas sgt ke dok kat Malaysia.. lainla kalau kau malas.. semua benda kau nak complaint.. dapat BR1M pun complaint.. sekarang amek kau BSH.. habis basah kena kencing korang semua.. tak reti bersyukur.. kufur nikmat.. ni tuhan balas.. PH harap tak sampai sepenggal la.. menyusahkan orang
ReplyDeleteingatkan rakyat tak peduli pasal brim ni.. sbb zaman PH semua kan dah murah...
ReplyDeleteTolak PH PRU 15
ReplyDeleteSepatutnya bantuan BSH nie dipermudahkan lagi kerana yang mendapat bantuan ini yg kurang mampu.
ReplyDelete
ReplyDeleteCara
semakan status Bantuan Sara Hidup Fasa 1 2020