Pages

Monday, February 18, 2019

BILA DAP DAN PKR AKAN GERAKKAN FULL FORCE BANTU PPBM DI PRK DUN SEMENYIH?!!



'Kekalahan' Tok Mat Hassan di Rantau nampaknya tidak begitu menyemarakkan semangat Pakatan Harapan di Semenyih. Malahan, sudah timbul desas desus dan cakap-cakap tentang PPBM sedang berjuang bersendirian tanpa komponen Pakatan Harapan yang lain.

Sehingga artikel ini ditulis, DAP yang cukup agresif semasa PRK Cameron Highland, PRK Sungai Kandis dan PRK Balakong, masih tidak kelihatan di Semenyih. Ada tidak pun, hanyalah Lim Guan Eng menemankan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dua hari lepas semasa hari penamaan calon. Manakala pemimpin-pemimpin DAP yang lain, terutama Ronnie Liu yang mengeluarkan kenyataan keras terhadap Dr. Mahathir dan PPBM, masih tidak menunjukkan diri.

Begitu juga dengan PKR.

Walaupun Azmin Ali merupakan Timbalan Presiden PKR dan dilihat cukup aktif di Semenyih, Azmin Ali bersendirian seolah-olah dia tidak mewakili PKR sebaliknya sekadar bersungguh untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet yang akan datang.

Ada yang mengatakan, DAP sebenarnya membalas dendam apabila PPBM tidak bersungguh-sungguh membantu DAP di Cameron Highland. Kelekaan dan kelalaian PPBM itulah yang menyebabkan DAP gagal mengaut undi orang Melayu-Bumiputera. Malahan ceramah dan kempen yang dijalankan oleh Dr. Mahathir di hadapan sebuah masjid di sebuah Felda pula, lebih banyak membunuh diri sendiri berbanding memberikan kredit kepada DAP dan Pakatan.


PKR pula sudah tentulah sakit hati kerana Dr. Mahathir dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk mengotakan janjinya menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim walaupun sudah beberapa kali berjanji akan berbuat begitu.

Tindakan Dr. Mahathir memungut SAMPAH-SAMPAH UMNO untuk mengukuhkan PPBM dalam penguasaan di Parlimen dilihat sebagai langkah sumbang meminggirkan Anwar Ibrahim secara langsung.

Justeru, tindakan Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah, Rafizi Ramli mahupun dari kem Anwar Ibrahim meminggirkan kempen PRK DUN Semenyih merupakan manifestasi daripada kekecewaan dan kemarahan mereka terhadap Dr. Mahathir.


Cubaan untuk mengalihkan isu dan menutup isu sebenar perbalahan dalaman Pakatan Harapan kepada serangan terhadap PAS dan UMNO serta perlecehan terhadap Najib Abdul Razak, ternyata gagal apabila orang ramai dapat melihat kempen di Semenyih cukup sunyi dan tidak mendapat sambutan daripada parti komponen Pakatan yang lain.

PPBM benar-benar bersendirian.

Lebih malang, apabila program yang turut melibatkan Menteri Besar Selangor pula dibuat secara acuh tak acuh sehinggakan orang ramai lebih berminat untuk bergambar bersama-sama Najib di tapak yang terletak 100 meter dari lokasi program Menteri Besar Selangor pada masa yang sama, malam tadi.

No comments:

Post a Comment