Sebaliknya, media-media yang dikawal oleh kerajaan itu cuba mengalihkan perhatian dan kemarahan rakyat kepada pelbagai isu remeh. Dari isu kasut dan stokin hitam, sehinggalah ke isu Menteri KBS Syed Saddiq dibabikan oleh seorang anak muda usahawan Melayu. Pada masa yang sama, Menteri-Menteri DAP yang menguasai kementerian-kementerian penting seperti kewangan pula, berlumba-lumba cuba mengambil hati kaum mereka dengan penyaluran wang negara meskipun bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Berlumba-lumba para pemimpin PAN khususnya cuba melindungi perkara sebenar membabitkan saman tersebut. Mereka cuba mengalihkan cerita sebenar menjadi cerita versi mereka yang memperlihatkan betapa takutnya PAS dan Presidennya terhadap Clare Rewcastle-Brown dan Sarawak Report.
Ambiga adalah antara beberapa nama yang disebut oleh Clare dalam pembelaannya. 75% hujah pembelaannya termasuklah bukti suara Nik Abduh telah ditolak oleh mahkamah di London pada April tahun lalu.
Setelah lima kali kalah, Clare cuba mengheret kes tersebut dalam usaha mengeringkan dana PAS bagi mewujudkan persepsi PAS tidak berani melawannya di mahkamah kerana takut kebenaran terdedah.
Setakat hari ini, tumpuan rakyat lebih terarah kepada SYED SADDIQ DIMAKIKAN dan PAS diserang menggunakan SPRM.
Sebenarnya isu yang lebih besar adalah isu perut dan kocek rakyat.
Ekonomi orang Melayu dan Bumiputera cuba dilumpuhkan secara senyap-senyap dan sesegera mungkin. Masyarakat Melayu dan Bumiputera yang kebanyakannya masih lagi bergantung kepada komoditi sedang berhadapan dengan kejatuhan harga komoditi yang paling teruk dalam sejarah. Ditambah pula dengan kejatuhan dalam nilai matawang, hampir semua keluh-kesah masyarakat Melayu-Bumiputera di luar bandar adalah tentang 'APA NAK MAKAN?'
Perangai Kerajaan yang suka mencari gaduh dengan negara-negara yang menjadi pelabur-pelabur utama di Malaysia termasuklah Singapura dan China menambahkan lagi parah itu.
Pada masa yang sama, gaji, elaun dan manfaat menteri-menteri kabinet serta pegawai-pegawai khas mereka pula terus meningkat. Anak isteri dilantik ke jawatan-jawatan utama dalam GLC.
9 bulan... apa kejayaan yang telah dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan setelah menjanjikan bulan bintang?
Hampir tidak ada, atau barangkali kejayaan terbesar mereka adalah menjarah hasil negara untuk tembolok sendiri dan kroni?
Rakyat bukannya bodoh dan tolol. Perut dan kocek yang diancam oleh Kerajaan, tidak mungkin dapat ditutup dengan hanya memenjarakan Najib sahaja. Cerita tentang Najib dan 'jenayah-jenayah' serta kes-kesnya di mahkamah sebenarnya tidak lain dan tidak bukan hanya helah Kerajaan untuk menutup kelemahan pentadbiran dan pemerintah mereka semata-mata.
Bayangkanlah tanpa kes Najib... rasa-rasanya, penyokong dan pemilih Pakatan sekarang ini masih lagi tersenyum dan membela kerajaan atau bertukar menjadi penentang?
No comments:
Post a Comment