Pages

Wednesday, February 20, 2019

DAH MAKIN TAK SELAMAT KEDUDUKAN DR. MAHATHIR SEBAGAI PERDANA MENTERI... MAKIN MALAP MASA DEPAN MUKHRIZ MAHATHIR!!!



DAP telah berterus-terang mahu Dr. Mahathir meletak jawatan atas alasan gagal menunaikan janji dan manifesto. Dengan kata lain, DAP mahu memindahkan kegagalan Pakatan Harapan sepenuhnya ke pundak Dr. Mahathir. DAP mahu Dr. Mahathir menanggung seluruh rasa malu dan terhina.

Biarpun yang mendesak Dr. Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri hanyalah Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau, hakikatnya suara Boo Cheng Hau adalah suara keseluruhan DAP.

Dan sememangnya itulah modus operandi DAP selama ini. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pemimpin-pemimpin utama DAP, tidak akan berani ke hadapan untuk menyuarakan sesuatu yang dilihat boleh merugikan parti secara besar-besaran, sebaliknya akan menggerakkan tentera-tentera kecil seperti Boo Cheng Hau untuk berbuat begitu. Jadi, kalau diserang pun, bukan DAP yang akan diserang dan dibenci sebaliknya hanya Boo Cheng Hau.

Watak Boo Cheng Hau samalah seperti Teoh Beng Hock yang akhirnya menjadi modal utama DAP untuk mendapatkan undi masyarakat Cina secara total.

Dan DAP tidak akan teragak-agak untuk mematikan atau mengorbankan mana-mana watak dalam parti itu demi keuntungan dan survival jangka panjang parti itu.


Ini drama terbaharu dalam Kerajaan Pakatan Harapan. Semuanya bermula apabila Mahathir menyatakan kononnya PAS telah menandatangani surat persetujuan kononnya PAS menarik balik sokongan terhadap UMNO-BN di DUN Semenyih.

Sebelum Mahathir berbohong tentang PAS, sudah ada cerita tentang 'berita besar bulan Mac'. Apabila Mahathir berbohong dan mencuit PAS supaya melatah dan bercakap perkara sebenarnya, cakap-cakap tersebut ternyata benar.

Memang wujud gerakan untuk menggulingkan dan menjatuhkan Mahathir daripada jawatan Perdana Menteri. Dan seperti biasa, apabila terdesak, Mahathir akan mula menggunakan isu Melayu, Bumiputera dan Islam. Mahathir akan mewujudkan persepsi perlunya dia dipertahankan supaya kedudukan Melayu, Islam dan Bumiputera di negara ini terjaga dan terjamin walaupun hakikatnya, hampir kesemua jawatan utama dalam kerajaan sekarang dikuasai oleh DAP, termasuklah Tabung Haji dan PNB yang hal ehwal entiti-entiti berkaitan Melayu-Bumiputera dan Islam itu diserahkan kepada Lim Guan Eng.

PAS terpaksa berterus terang dan memberitahu, PAS secara prinsipnya akan mempertahankan Mahathir daripada sebarang undi tidak percaya yang akan dibuat nanti. UMNO juga, walaupun tidak melatah seperti PAS, menyuarakan perkara yang sama.


Mahathir ke Sabah dan mendapat jaminan daripada Warisan dan Shafie Apdal. Kemudian, menggunakan bajet Pendidikan Najib pada tahun 2018, Mahathir berusaha pula menjamin sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen GPS sekaligus membolehkan Mahathir mengumpulkan sokongan seramai 126 orang Ahli Parlimen.

Mungkin sedar yang tembelang mereka sudah pecah, DAP dan penyokong Anwar tidak lagi berselindung-selindung. Mereka telah mula melancarkan gerakan dan seruan agar Mahathir meletakkan jawatan.

Dan pada masa yang sama, jaminan yang Mahathir perolehi sebelum ini daripada PAS dan UMNO pula nampaknya mulai menyusut apabila rakyat mulai mempersoalkan motif Mahathir berbohong semata-mata untuk menyelamatkan kedudukannya dan projek-projek besarnya menggunakan wang negara!

Sinetron ini baru sahaja berlangsung. Masih panjang lagi jalan ceritanya... kita tunggu sama-sama!


5 comments:

  1. Habis la Mahathir kena main dengan DAP, suatu penghinaan dari DAP, inilah balasan kepada orang yang mempercayai kaum kafir sebagai sekutu politinya lebih dari orang Islam itu sendiri...

    ReplyDelete
  2. Habis la Mahathir dihina oleh DAP. Mungkin peguam2 DAP sedang sibuk menyiapkan pertuduhan2 kepada Mahathir. Itulah akibatnya berkawan dan bersekutu dengan kaum kafir, mereka hanga menunggu peluang....

    ReplyDelete
  3. Jangan harap la dia nak letak jawatan, M is Masterpiece, tun M tahu apa nak buat. Beliau Pernah digelar "Masterplanner: Kerana Kebijaksanaannya dalam membaca gerakan lawan.

    ReplyDelete
  4. Lu melayu lagi gaduh2 laa..sama2 lu punya bangsa...ini negala kasi kita DAP jaga maa... haa...haa..haaa...mengong punya olang...lu kata sama dia, dia kata sama lu...kuta suka tepuk kita punya tangan maaa...Anwar pun kita sutak ikat sama dia...ha .haa..hhaa

    ReplyDelete
  5. Puak2.dlm PH semua berebut kuasa.Hwndak kekal berkuasa dengan fitnahvsesamacsendiri. .
    PAS dan Umno harap sentiasa beristiqomah utk berdepan dgn puak2.ini.

    ReplyDelete