Kalau Mahathir mengisbathkan negara kepada batang tubuhnya, Lim Guan Eng pula mengisbathkan Majlis Presiden Pakatan Harapan kepada DAP.
Dengan kata lain tindakan Mahathir dan PPBM telah melanggar kuasa dan kehormatan terhadap DAP yang dia adalah pemimpin tertinggi bersama-sama bapanya, Lim Kit Siang.
Dalam kenyataannya hari ini, Lim Guan Eng mengesahkan bahawa rombongan kerja polis ke Istanbul, Turki dibiayai oleh DA MA CAI, sebuah syarikat perjudian ramalan nombor dan diluluskan oleh Lembaga Totalisator Malaysia, sebuah badan yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. (RUJUK SINI)
Menurut Sarawak Report lagi, antara yang turut menemani Ketua Polis Negara itu adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Komisyener Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Komisioner Datuk Seri Mohamad Salleh dan beberapa orang pegawai tinggi yang lain.
Pendedahan 'jujur' yang dibuat oleh Lim Guan Eng itu seolah-olah ingin memberitahu kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu dan Islam bahawa PDRM pun sudah dikuasai oleh syarikat perjudian. Perjudian sekarang perlu dikompromi dan ditoleransi memandangkan syarikat perjudian yang menaja PDRM.
Satu perspektif dan persepsi yang sangat buruk untuk imej dan integriti PDRM sendiri!
Dan tidak menghairankan mengapa Lim Guan Eng membuat pendedahan tersebut.
Menurut Lim Guan Eng, perkara ini perlu dibincangkan semula dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Atau dalam maksud yang lain, DAP sebenarnya tidak suka PPBM menambah bilangan kerusi dan mempunyai kekuatan yang lebih baik termasuklah memperolehi sokongan apatah lagi masukan tambahan dari UMNO, PAS, Warisan mahupun GPS kerana sokongan atau masukan tersebut akan menyebabkan DAP terpinggir terus dari kemuncak kuasa.
Perlu diingat, kekuatan DAP sekarang sangat bergantung kepada undi Melayu walaupun DAP cuba berlagak sombong dengan orang Melayu. Tanpa sokongan Melayu dalam PPBM, PAN dan PKR, Lim Guan Eng yang lebih dikenali dengan nama jolokan di kalangan netizen sebagai NOBITA, tidak akan mampu menjawat jawatan Menteri Kewangan, apatah lagi setelah kelulusan akademiknya terdedah kepada umum.
Seorang penyokong kuat Lim Guan Eng yang juga merupakan pemimpin utama DAP Selangor, Ronnie Liu pula lebih keras mengecam Mahathir dan berkata, Mahathir telah melupakan janji-janjinya sendiri.
"Belum pun lama lagi, saya telah menulis surat berhubung PRU-14, Dr. Mahathir memberitahu kumpulan aktivis dan NGO yang dia tidak akan menerima katak-katak UMNO. Saya tahu kerana saya ada di situ.
"Saya mendengar dengan telinga saya sendiri... dan saya mempercayainya.
"Apabila Ahli-Ahli Parlimen UMNO lompat parti, sudah terdengar yang mereka akan diterima masuk ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)," katanya. (RUJUK SINI)
Namun sesuatu yang sangat ketara sedang berlaku ialah, yang beria-ia menentang dan marahkan tindakan PPBM menerima 'katak-katak' berkenaan semuanya adalah Cina dan DAP atau PKR yang pro-DAP seperti Chang Li Kang, Ahli Parlimen Tanjung Malim.
Oleh yang demikian segala makan minium pegawai polis yg membuat lawatan ke Turki sudah tidak Halal kerana guna duit judi. Di manakah integriti , keradibaliti dan maruah sesaorang Islam yg sanggup diperalatkan oleh DAP ? Semoga Allah SWT ampun dosa2 kalian.
ReplyDeleteUndi dap..umpama penghinaan kepada islam..
ReplyDeletepbbm..umno...pas..dan sebahagian mp melayu pkr.mca dan mic...bergabung lah..tubuh gabungan baharu yg lebih telus berciri2 kan islam..guling kan lah anuar dan nobita..
Tk berkat negara yg berpemimpinkan aljub...
Benar
DeleteCik azmi..apa kena mengena dgn dap jika damacai yg byr KP
ReplyDeleteTu kan LGE punya silat...sebelum orang marah kepada MOF/DAP baik dia tembak PPBM
DeleteSemakin jelas kpd orang Melayu, siapa dan apa peranan DAP dlm lanskap politik negara sekarang. Orang Melayu Islam perlu sedar dan muhasabah diri. Perlu bertindak sebelum segalanya menjadi TERLAMBAT
ReplyDeleteSemakin jelas siapa dan peranan DAP dalam lanskap politik PH dan negara. Orang Melayu Islam kena sedar dan muhasabah diri. Perlu bertindak sebelum semuanya terlambat
ReplyDeleteMp pan, amanah, barua hnya menikus.. Pg Merepot LG baik..
ReplyDelete