Pages

Tuesday, February 12, 2019

DEMI SELAMATKAN AIR MUKANYA DARI DITERTAWAKAN DUNIA, MAHATHIR TERPAKSA LANGGAR PANTANG 'COOLING PERIOD' DENGAN MENYERAP 7 BEKAS AHLI PARLIMEN UMNO KE PPBM!!!


7 orang bekas pemimpin UMNO dengan beberapa orang daripada mereka pernah menjawat kedudukan dalam Kabinet Najib Abdul Razak, akhirnya diterima masuk ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Walaupun pada masa yang sama kenyataan Dr. Mahathir selaku Pengerusi PPBM kononnya mereka hanya akan menjadi ahli biasa dan tidak diberikan sebarang jawatan, kedudukan Kabinetnya yang sangat kritikal serta menjadi bahan lawak di kalangan media-media antarabangsa, pastinya menjadi pemangkin dan penyebab sebenar Dr. Mahathir melanggar pantang yang telah ditetapkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Pada 28 Disember 2018, Muhyiddin Yasin yang merupakan Presiden PPBM menafikan, PPBM telah bermesyuarat untuk menerima kemasukan ketujuh-tujuh orang berkenaan ke dalam parti itu. Sebaliknya berkata, kemasukan mereka tidak boleh dibuat kerana peraturan 'cooling period'.

Kononnya juga ketujuh-tujuh orang tersebut akan melalui saringan SPRM, PDRM dan akan melihat sejauh manakah kebagusan mereka selain sumbangan mereka kepada parti. (RUJUK SINI)

Tidak sampai sebulan, keputusan nampaknya telah dibuat. Keputusan berkenaan kelihatan terlalu sinonim dengan pendedahan demi pendedahan penipuan kelulusan di kalangan menteri-menteri kabinet, termasuklah dua orang Menteri Besar PPBM.


Lebih daripada itu, keputusan menerima ketujuh-tujuh orang Ahli Parlimen bekas UMNO itu ke dalam PPBM dilihat sebagai cubaan untuk mengalihkan isu tentang kejayaan 1MDB apabila Lim Guan Eng secara tidak malunya selepas menjadikan 1MDB sebagai penjahat, merasmikan TRX dan bercakap tentang kejayaan projek 1MDB itu.

Mahathir perlu menggandingkan Majlis Tindakan Ekonomi yang baru ditubuhkannya dengan barisan kabinet yang lebih mantap. Setakat ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang disandang oleh Azmin Ali, Menteri Kewangan yang disandang oleh Lim Guan Eng, Bank Negara dan tokoh-tokoh yang dilantik mengetuai beberapa GLC, misalnya PNB dan Khazanah Nasional seperti tidak berfungsi.

Azmin Ali misalnya, lebih banyak berjalan dan makan angin di luar negara berbanding memacu ekonomi negara. Lim Guan Eng pula, lebih banyak berpolitik dan beretorik sambil mencuri kredit daripada hasil kerja yang telah ditinggalkan oleh Najib Abdul Razak dan Kementerian Kewangan dahulu. Manakala mereka yang mengetuai Bank Negara dan GLC pula kelihatan seperti tidak tentu arah dan hanya mahu mengambil hati Dr. Mahathir sahaja.

Pengalaman Mahathir yang selama 22 tahun mentadbir negara, ternyata gagal mengenalpasti kelemahan dan kekangan ekonomi yang dihadapi negara sekarang.

Dan kehadiran 7 orang Ahli Parlimen bekas UMNO itu sangat tepat pada masanya, walaupun pada masa yang sama, memberi ancaman kepada DAP dan PAN serta kem Anwar Ibrahim di dalam PKR.

.

No comments:

Post a Comment