Pages

Sunday, February 17, 2019

PAS TIDAK BOLEH JADI BODOH, MAHATHIR PERLU DIAJAR DENGAN MELAWANNYA BUKAN MEMATUHINYA!!!



Akhirnya petang tadi, PAS menerusi Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hasan terpaksa menjelaskan tentang permasalahan yang melanda parti tersebut kesan dari mulut Mahathir.

Mahathir sempat menggemparkan seluruh negara dan jentera propaganda PAS dan UMNO dengan membuat pendedahan kononnya dalam pertemuannya dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, PAS berjanji tidak akan membantu UMNO BN dalam PRK DUN Semenyih.

Untuk seketika, kecohlah seluruh negara. Kata-kata Dr. Mahathir nyata menjejaskan tumpuan dan perhatian UMNO-PAS dalam kempen di DUN Semenyih. Jentera PAS yang telah bertungkus lumus semenjak kematian penyandang kerusi tersebut dari PPBM, menunggu-nunggu keputusan rasmi dari Presiden atau kepimpinan tertinggi PAS.

Manakala UMNO pula kelihatan sedikit kendur apabila rakan kongsi baru mereka dikatakan akan memboikot dan enggan membantu mereka, tidak sepertimana di Cameron Highland yang menyaksikan UMNO-BN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti yang lebih besar berbanding semasa PRU-14.


Petang tadi, PAS menerusi Setiausaha Agung PAS telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang menafikan sama sekali tohmahan yang dibuat oleh Dr. Mahathir. Pada masa yang sama, terkeluar juga cerita tentang kekalutan Mahathir untuk mempertahankan jawatannya sebagai Perdana Menteri kerana sudah wujud ura-ura yang DAP dan PKR dari fraksi Anwar Ibrahim akan membuat Undi Tidak Percaya terhadapnya di Parlimen nanti.

Takiyuddin dalam kenyataan rasminya berkata, PAS tidak pernah berjanji akan memboikot UMNO dn Semenyih. Sebaliknya bersetuju untuk membantu Dr. Mahathir mengekalkan kuasa sehingga ke PRU-15 atas dasar Melayu dan Islam. Kehadiran dan bantuan PAS di Semenyih juga tidak seperti di Cameron Highland kerana PAS berpendapat, 'pertempuran' di Semenyih adalah antara Melayu dengan Melayu, berbeza dengan di Cameron Highland apabila calon Melayu-Bumiputera berhadapan dengan calon DAP. Kemenangan DAP di Cameron Highland bererti pengukuhan kuasa DAP di Parlimen. (RUJUK SINI)


Pertemuan antara Abdul Hadi Awang dengan Dr. Mahathir telah dimanipulasi sepenuhnya oleh Dr. Mahathir. Abdul Hadi Awang dan PAS cuba diperangkap oleh Dr. Mahathir yang semakin terdesak untuk mempertahankan kedudukan dan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sejarah politik Mahathir sebenarnya penuh dengan tipu muslihat. Royalti minyak seringkali menjadi senjata utama Mahathir untuk menipu dan memperdayakan PAS. Sama seperti bantuan untuk projek air pada zaman Almarhum Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan yang akhirnya memberikan kelebihan besar kepada Mahathir dalam proses tarik talinya.

Begitulah juga yang berlaku dalam kes Royalti Petroleum yang sepatutnya sudah pun selesai dan mula dinikmati oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu sekiranya Najib Abdul Razak tidak ditumbangkan dan Barisan Nasional tidak hilang kuasa.

PAS atau Kerajaan-Kerajaan Negeri seperti Terengganu dan Kelantan selain Sabah dan Sarawak sebenarnya tidak boleh berharap dan terus memujuk Dr. Mahathir agar memulangkan hak mereka. Satu-satunya cara untuk membuatkan Mahathir tunduk dan menghormati perjanjian adalah dengan mengalahkannya, bukan dengan menandatangani perjanjian dengannya.

Ini adalah kerana Mahathir terlalu cenderung untuk mungkir janji. Hanya dalam keadaan tersepit ketika dalam kes Al-Maunah, Palestin-Zionis dan serangannya ke atas UMNO, Mahathir akan berpaling mendapatkan bantuan PAS. Bemula dari tahun 1969 selepas dia dibuang dari UMNO, dia  berada di pentas ceramah PAS. Kemudian apabila diterima semula, dia merupakan tenaga penggerak utama untuk  menyingkirkan PAS dari Barisan Nasional pada 1974 dan seterusnya membawa UMNO bermusuh dengan PAS ke tahap paling teruk dalam sejarah peradaban bangsa dengan isu takfir dan kemuncaknya adalah Isu Tragedi Memali.

Dalam keadaan apa pun, untuk mencapai matlamatnya, Mahathir akan menjadikan PAS sebagai mangsa dan batu loncatannya!

PAS sepatutnya sudah masak dengan permainan Dr. Mahathir. PAS sepatutnya membalas balik permainan Dr. Mahathir itu dengan memalukannya kembali. PAS tidak boleh sama sekali berharap yang Mahathir akan mengotakan janjinya walaupun PAS mengotakan setiap janji mereka kepada Mahathir. Royalti minyak dan projek pembangunan di Pantai Timur adalah perkara yang paling dibenci oleh Mahathir kerana dendamnya kepada negeri-negeri Pantai Timur tidak pernah susut dan surut meskipun dia sudah pun berusia 94 tahun.

PRK DUN Semenyih boleh menjadi batu loncatan untuk mengajar ahli politik paling tua di dunia itu tentang politik zaman digital yang sebenar. Kalau royalti minyak dijadikan Mahathir sebagai senjata, justeru PAS dan UMNO sebenarnya boleh menjadikan USUL UNDI TIDAK PERCAYA yang akan dihadapi oleh Mahathir di Parlimen nanti sebagai galang gantinya!

Jentera UMNO dan PAS di Semenyih boleh menarik nafas lega buat masa ini tetapi serangan bawah pinggang akan terus dilakukan oleh Dr. Mahathir dalam usaha diktator tua itu untuk mendapatkan imuniti bagi menjarah dan melelong harta-harta serta rezab Melayu-Bumiputera yang ada.

3 comments:

  1. mudah saja
    perintahNYA
    bila
    muslim vs muslim
    pilih yg mukmin
    lagi baik...
    pilih yg mohsin
    takkesahlah kempen depa!

    ReplyDelete