Pages

Tuesday, February 19, 2019

RASUAH RM100 DIUMUM UNTUK ANAK MUDA MENJELANG PRK SEMENYIH DAN RANTAU, TAPI 6 MINIT KEMUDIAN LIM GUAN ENG BUAT U-TURN!!!



Sekali lagi nampaknya Menteri Kewangan Malaysia buat lawak.

Bantuan Sara Hidup Bujang 2019 diumumkan pada jam 4:10 petang. Jumlahnya adalah RM100 berbanding RM450 yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional menerusi BR1M untuk golongan bujang dan dijanjikan RM600 selepas Mei 2019. Bagaimanapun, kekalahan Barisan Nasional pada 9 Mei 2019, menyaksikan Kerajaan Pakatan memansuhkan bayaran insentif untuk golongan bujang.

Gelombang penolakan oleh golongan muda terhadap Pakatan Harapan semakin lama semakin besar di seluruh negara. Media-media sosial yang sebelum PRU-14 sangat memihak kepada Pakatan, kini tidak ubah seperti kubur besar Pakatan Harapan. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Pakatan Harapan, termasuklah sokongan yang diberikan oleh artis-artis negara kepada Pakatan, akan menjadi tempat berkerumun anak-anak muda, mengeji dan mencerca Pakatan terutama sekali Lim Guan Eng dan DAP.


Anak-anak muda sudah mula bercakap tentang penjualan harta-harta negara. Anak-anak muda sudah mula bercakap tentang ekonomi dan kewangan negara yang merudum. Anak-anak muda sudah mula membandingkan harga barangan SST dan GST. Malah lebih daripada itu, anak-anak muda sudah bercakap tentang gaji yang tidak setimpal diberikan kepada menteri-menteri dan jemaah kabinet yang hanya pandai beretorik, berpolitik tetapi langsung tidak tahu buat kerja.

Dan lebih malang lagi ialah, anak-anak muda yang suatu masa dahulu cukup membenci Najib Abdul Razak, dilihat kini menjadi tonggak kekuatan dan kemunculan kembali bekas Perdana Menteri itu.

Dua pilihanraya kecil sedang menanti Pakatan iaitu PRK DUN Semenyih dan PRK DUN Rantau.



Mungkin menyedari hal itulah Lim Guan Eng yang diketahui kuat berlakon dan menyamar sebagai orang bijak, mengumumkan pemberian semula BR1M atau nama barunya Bantuan Sara Hidup kepada golongan bujang.

Namun nilai yang diberikan pula, bukanlah RM450 sebaliknya RM100 yang dilihat ramai sebagai satu penghinaan besar kepada golongan muda oleh Menteri Kewangan dan Kerajaan Pakatan.


Barangkali sedar tentang perkara itu, tidak sampai 6 minit iaitu pada 4:16 petang, selepas pengumuman pemberian BSH kepada golongan muda itu, satu lagi pengumuman dibuat iaitu, Kerajaan akan mengkaji semula pemberian BSH kepada golongan muda dan akan dimuktamadkan nilainya oleh jemaah menteri.

Cepat betul u-turn!

Umum dulu, kaji kemudian sudah jadi penyakit berat Kerajaan Pakatan.

No comments:

Post a Comment