Pages

Saturday, February 9, 2019

SELEPAS MARZUKI YAHYA, KINI ZURAIDAH KAMARUDDIN PULA DIDESAK BERCAKAP BENAR TENTANG LATAR BELAKANG AKADEMIKNYA!!!



Demam 'Marzuki Yahya' semakin menular. Kini selain Menteri Besar Johor, Osman Sapian yang langsung tidak berani memberikan sebarang komen, Lim Guan Eng yang segera memberitahu dia hendak ke Jepun menarik pelaburan untuk Malaysia, Mukhriz Mahathir yang cepat-cepat meuwar-uwarkan kononnya ijazah tidak penting, asalkan tidak merompak dan mencuri, pemimpin seterusnya yang dipertikaikan integriti atau dalam bahasa yang lebih mudah, menipu kelulusan akademik adalah ZURAIDAH KAMARUDDIN, Ahli Parlimen Ampang merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.



Marzuki Yahya telah pun mempopularkan nama negara apabila beberapa agensi berita luar negara turut memberikan promosi percuma kepada kelulusan dan institusi pengajian tingginya. Hasil daripada pendedahan tersebut menyebabkan laman sesawang CIU yang beralamat di Hudson, Texas, terpaksa dihilangkan dengan alasan telah digodam.

Netizen nampaknya bekerja keras mengorek latar belakang akademik para pemimpin Kerajaan yang sebelum ini cukup gah kononnya mereka telus, akauntabiliti dan jujur.

Dan 'mangsa' netizen yang terbaru jatuh kepada Zuraidah Kamaruddin.


Rujukan utama tentang Zuraidah Kamaruddin adalah Wikipedia memandangkan di Wikipedia sahajalah segala butiran dan kehebatan Zuraidah Kamaruddin didokumentasikan. Walaupun Wikipedia merupakan rujukan bebas yang sebenarnya tidak boleh dijadikan rujukan memandangkan maklumat-maklumat di laman tersebut boleh disunting, ditambah dan dibuang sesuka hati, namun netizen juga tahu, 'view history' yang terdapat pada laman sesawang Wikipedia membolehkan semua orang tahu, apa yang ditulis lebih awal.

Tertera pada laman propaganda tentang Zuraidah Kamaruddin ialah latar belakang akademiknya yang dikatakan, Sains Sosial dari University of Singapore. Namun carian oleh netizen tidak menemukan nama Zuraidah sebagai alumni Sains Sosial di university yang suatu masa dahulu, namanya adalah Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Singapura.


Semalam, agensi berita antarabangsa AFB melaporkan tentang pemalsuan 'sijil' Timbalan Menteri Luar, Marzuki Yahya. Dalam laporan tersebut, Marzuki didakwa 'menipu' kelayakan akademiknya dan kini didesak meletakkan jawatan.

Latar belakang pendidikan Marzuki mendapat perhatian apabila netizen mempertikaikan ijazah jarak jauh dalam bidang pentadbiran perniagaan yang diterimanya dari institusi pendidikan Britain yang sebelum itu disenaraikan di laman Wikipedia miliknya, sebelum disunting dan ditukarkan menjadi Cambridge International University, Texas, Amerika Syarikat.

Kontroversi-kontroversi ini sebenarnya memberi kesan kepada pentadbiran Dr. Mahathir yang sebelum ini dengan tegas berikrar akan menentang korupsi dan meningkatkan integriti kerajaannya.


Netizen juga berpendapat, tidak timbul sama ada Marzuki atau mana-mana pemimpin Kerajaan memiliki ijazah atau sebaliknya, tetapi yang dipertikaikan sekarang adalah pembohongan dan penipuan yang dilakukan terhadap rakyat.

Dalam kabinet Mahathir, bukan Marzuki sahaja yang status akademiknya rendah, beberapa orang Menteri seperti Mat Sabu dan Mahfuz Omar juga tidak mempunyai kelayakan akademik tinggi. Bagaimanapun, berbeza daripada Marzuki, mereka tidak pula bersungguh-sungguh menipu tentang latar belakang akademik masing-masing sebagaimana yang dilakukan oleh Marzuki yang juga merupakan Setiausaha Agung PPBM.


No comments:

Post a Comment