Sebanyak 478 laporan polis telah dibuat berhubung penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w dan isteri baginda oleh Fong Sing Wai.
Ketua Polis Negara turut memaklumkan yang PDRM sebenarnya telah membuka tiga kertas siasatan. Selain Fong Sing Wai, turut disiasat adalah Sarkar Tanesan, dan Sally Yen. 11 laporan polis melibatkan Sarkar Tanesanh dan lelaki berusia 21 tahun tersebut telah pun ditangkap dan ditahan pada 21 Februari lalu.
Kes membabitkan Sally Yen pula adalah kes pada tahun 2013. Pihak berkuasa bagaimanapun gagal mengesan pemilik akaun Facebook terbabit, malahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia juga gagal membuat pengesahan identiti Sally Yen.
Toleransi yang ditunjukkan selama ini, telah disalahanggap sebagai satu kelemahan dan satu keperluan bagi mana-mana pihak untuk berkuasa dan menang dalam Pilihanraya di Malaysia. Walaupun terdapat undang-undang, bahkan sudah ada yang telah dijatuhi hukuman kerana menghina dan cuba mencetuskan provokasi agama, namun kebanyakan berita tersebut dilihat sebagai remeh dan tidak penting.
Sudah dua malam berturut-turut terutama di Pulau Pinang dan Ipoh, beberapa demonstrasi dan himpunan dibuat menyatakan rasa kesal terhadap sikap dan tindakan pihak berkuasa Malaysia yang dilihat sambil lewa, cuai dan kurang bertanggungjawab terhadap golongan yang dengan sengaja cuba melanggar Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau pemusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan, pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain).
Penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w, isteri-isteri baginda, para Sahabat r.a, Islam bahkan lebih utama terhadap Allah SWT merupakan perkara besar dalam Islam dan dalam kalangan umat Islam. Sekiranya pihak berkuasa tidak membendung dan menangani masalah ini dengan bijak, pastinya sesuatu yang lebih besar akan menimpa negara ini.
Apatah lagi dengan gambaran yang diterima oleh rakyat sekarang bila mana pihak berkuasa dilihat lebih melindungi golongan yang suka menghina Islam berbanding mengambil tindakan tegas berdasarkan kepada peruntukan undang-undang sedia ada.
Tak perlu guna agama dan kaum nak raih sympathy rakyat untuk menang undi...zaman najib ...menang parlemien...senang...buat kawan baru..mengundi....cadangan..ambil Kawasankuantan yang ramai...pengundi masukan parlimen pekan....siap banyak banyak....siap...menang puluh-puluh ribu undi...
ReplyDeleteChini pekan pahang