Pages

Wednesday, March 13, 2019

PENCEMARAN SUNGAI KIM KIM PASIR GUDANG: WALAUPUN RATUSAN NYAWA ORANG AWAM TERJEJAS, DISEBABKAN KAWASAN SENDIRI, PARA PEMIMPIN PAKATAN SENYAP SUNYI!!!



Biarpun nyawa lebih 200 orang terancam dengan 6 orang daripada mereka berada di ICU dalam keadaan kritikal, berita tentang cubaan membunuh penduduk tempatan, hampir tidak ada di dada-dada media utama. Malahan, pemimpin-pemimpin politik khususnya DAP yang sebelum ini cukup lantang menyuarakan tentang ancaman terhadap keselamatan rakyat dan penduduk dari mana-mana projek, juga senyap sunyi.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim yang juga merupakan Pengerusi PKR Johor, juga seperti sudah mati, bisu dan barangkali turut berada di ICU kesan daripada pencemaran gas methana dan pencemaran Sungai Kim Kim oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.


Yeo Bee Yin, Menteri Sains dan Alam Sekitar yang sebelum PRU-14, cukup peka dengan PERMATA, barangkali terlalu sibuk dengan majlis perkahwinan dan bulan madunya, sehinggakan masalah yang sepatutnya melibatkan Kementeriannya, langsung tidak diambil peduli.

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin DAP yang cukup kuat berkempen menentang Lynas dan Rapid Pengerang sebelum mereka jadi kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, juga telah menghilangkan diri dan langsung tidak bersuara lagi.



Utusan Online semalam melaporkan, jumlah mangsa pencemaran ekoran pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim, Khamis lepas telah meningkat mendadak kepada 207 orang sehingga jam 11 malam tadi tadi susulan berlaku insiden gelombang kedu.

Gelombang kedua itu membabitkan majoriti kes pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih.

29 orang telah dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan manakala 77 orang mangsa pula telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dengan 35 orang daripada mereka ditahan di wad untuk rawatan lanjut.


Daripada jumlah 35 orang yang ditahan itu, empat daripada mereka dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Selepas 16 orang pesakit daripada gelombang pertama dibenarkan pulang, jumlah kini yang masih berada di HSI adalh 44 orang (enam di ICU dan 38 orang di wad HSI).

Daripada jumlah 44 orang itu, 11 orang dewasa dan 33 adalah murid sekolah.

Mangsa pencemaran dilaporkan mengalami pedih mata, loya, muntah, pening, sakit dada dan sesak nafas.

SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Pasir Putih kini telah ditutup sementara.

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dilaporkan murka dan kesal terhadap pihak yang terbabit dalam kes pembuangan bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang sehingga memberi kesan buruk kepada murid dan orang awam.

Dalam entri terbaharu baginda di Facebook rasminya, baginda bertitah agar pihak berkuasa segera melakukan siasatan secara menyeluruh dan pada masa yang sama, baginda turut melahirkan penghargaan kepada pasukan perubatan yang bertungkus-lumus memberikan rawatan kepada mangsa.

"Disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab ini, ratusan orang termasuk murid serta pelajar sekolah terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Malahan ada yang bertarung nyawa dalam IC. Ini adalah rakyat saya dan saya tidak akan membenarkan perkara ini melarat. Saya menggesa semua pihak berkuasa kerajaan untuk segera menangkap dan menghukum pelakunya.


"Saya berasa amat sedih apabila melihat ramai yang merana akibat tindakan mereka yang tidak berperi kemanusiaan. Bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa yang hanya melakukan tugas seperti pemandu ambulans dan pekerja kantin sekolah," titah Sultan Ibrahim.

Jabatan Alam Sekitar JAS Negeri Johor mengesahkan penahanan dua pemilik syarikat dan seorang pekerja disyaki melakukan pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor, Khamis lepas. Kesemua suspek berusia antara 40 hingga 50 tahun. Penahan dilakukan di dua lokasi berasingan di sekitar Kulai dan Pasir Gudang.

6 comments:

  1. Pemilik kilang tu bangsa D4P ke?

    ReplyDelete
  2. Asal boleh hentam, hentam jek la. Ape isu pn kasi hentam

    ReplyDelete
  3. War armegeddon da bermula

    ReplyDelete
  4. Isunya ialah pihak berwajib, ringkas cerita ,,kerajaan tidak berfungsi. Dari peringkat pusat, negeri sehinggalah kod wakil rakyat. Sblm jadi kerajaan,,bukan main sensetif dgn kebajikan rakyat,,bila dah jadi kerajaan,,jadi macam haramjadah. Standard la,,ini perangai cina2 kapir dap,,sebagai contoh, guru cina, jika bertugas di smk,,fuh...bukan main rajin. Menonjol,,jika tak dapat anugerah,,komplain kpd pengurusan sek. Tapi,,guru2 melayu yg bertugas di sjk,,ceritanya berbeza sekali,,guru2 cina ni paling culaih...

    ReplyDelete
  5. Cuba kalu kena kat sekolah jenis kebangsaan...agak2 diorang akan duduk bodoh ke ?...

    ReplyDelete
  6. Sah kalo kilang tu owner dia cina, habihla dicanang serata negara, tapi kalo bangsa bangsa melayu yg punya, xkn ade isu kaum kan?

    Dasar rasist tahap dewa,..

    Pastu ko ingat menteri PH patut buat ape? Ramai2 buat muka tanjat?!

    ReplyDelete