Pages

Wednesday, March 20, 2019

PRK DUN RANTAU ADALAH MEDAN TERAKHIR ANWAR UNTUK JAWATAN PERDANA MENTERI... SAMA ADA MASIH RELEVAN ATAU SUDAH DINOSAUR!!!



Bersungguh-sungguh Anwar Ibrahim untuk mendapatkan 'haknya' sebagai Perdana Menteri Malaysia biarpun dia terus menjadi penanti yang setia. Walau dengan apa cara sekalipun, Anwar tetap mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia meskipun semakin lama, Anwar semakin tidak relevan dalam politik tanahair.

PRK DUN Rantau merupakan medan terbaik untuk Anwar membuktikan bahawa mati hidup PKR adalah tentang batang tubuh dan jawatan Perdana Menteri yang perlu diserahkan kepadanya.

Disebabkan itulah, Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk berkhemah dan berkampung di Rantau, wilayah yang tidak pernah dijengahnya, malah mungkin dia tidak pernah tahu tentang kewujudan Rantau pun sebelum ini.

Anwar mempertaruhkan bekas calon PKR DUN Rantau sebelum ini, Dr. Streram untuk menentang penyandang, Mohamad Hasan yang juga merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selain Timbalan Presiden UMNO. Namun sama seperti Dr. Mahathir, Anwar juga terpaksa menggunakan projek-projek yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Mohamad Hasan sebagai kejayaan Pakatan Harapan sebagai modal untuk menculik hati pengundi seperti contoh PPRT Rantau yang sebenarnya telah dirasmikan dan diwujudkan oleh Mohamad Hasan selaku MB Negeri Sembilan pada 25 Januari 2017.



Biarpun sebelum ini beberapa pilihanraya kecil telah berlangsung dengan PKR berjaya memenangi dua PRK iaitu di Seri Setia dan Sungai Kandis dalam keadaan selesa, tetapi kedua-dua pilihanraya kecil itu berlangsung ketika Anwar masih belum menjadi Presiden PKR.

Persaingan sebenar bukanlah melibatkan Anwar Ibrahim dengan Mohamad Hasan sebaliknya melibatkan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang sekarang ini merupakan Menteri Hal-Ehwal Ekonomi.

Sambutan yang diberikan oleh Menteri Besar Kedah kepada Azmin Ali dalam lawatan sehari ke Kedah semalam, telah membuktikan bahawa Azmin Ali lebih mendapat tempat dan kepercayaan Dr. Mahathir untuk mewarisi jawatan Perdana Menteri. Pengumuman tentang lambakan peruntukan segera bertaraf mega kepada Kedah oleh Azmin Ali, juga membuktikan yang Mahathir mahu memastikan Kedah menjadi lubuk penyokong Azmin Ali ketika ura-ura kem Anwar yang diketuai oleh Johari Abdul semakin mendapat sokongan akar umbi untuk mengambilalih jawatan Menteri Besar Kedah dari tangan Mukhriz Mahathir.


Kekalahan calon PPBM dalam PRK DUN Semenyih baru-baru ini, memberikan nyawa baru kepada Anwar Ibrahim memandangkan Mahathir dan Azmin Ali telah menghantar jentera terkuat mereka untuk memenangi kerusi berkenaan. Biarpun Anwar turut sama berkempen di Semenyih, tetapi ramai yang mengatakan, Anwar sebenarnya sekadar ingin melihat dan meninjau kekuatan sebenar Mahathir dan Azmin Ali untuk persediaan peperangan yang lebih besar merebut jawatan Perdana Menteri.

Keputusan PRK DUN Semenyih mencipta ruang yang sangat besar kepada Anwar Ibrahim apabila penolakan pengundi, khususnya orang Melayu terhadap Mahathir dan Azmin Ali sangat besar serta sangat ketara. Biarpun Mahathir seperti biasa, mengarahkan semua kekuatan jentera kerajaan dan agensi-agensi kerajaan termasuklah PDRM untuk memenangkan calonnya, bahkan mempergunakan Suruhanjaya Pilihanraya menerusi Pengerusinya untuk memanipulasi keputusan PRK DUN Semenyih, keputusan akhirnya ialah calon PPBM memang ditolak oleh calon.


Anwar nampak peluang itu. Justeru, PRK DUN Rantau, Anwar cepat-cepat menamakan calon pilihannya walaupun diberitakan mendapat tentangan dari kem Azmin Ali. Walaupun Streram dicalonkan, tetapi yang bertanding sebenarnya adalah batang tubuh Anwar Ibrahim.

Justeru itulah, keputusan Anwar untuk berkhemah, berkampung atau pun bermastautin di Rantau, diumumkan segera.

Cuma agak menakjubkan, setelah dua dekad, Anwar Ibrahim masih lagi mengumpankan jawatan Perdana Menteri yang sepatutnya miliknya kepada para pengundi di Rantau walaupun Anwar juga sedar, dunia sudah berubah dan dia semakin tidak relevan dalam politik tanahair, khususnya dalam PKR.

No comments:

Post a Comment