Di antara isi kandungan ucapan Dr.Syed Husin Ali di dalam forum Malaysia & Statut Rom tengahari tadi,
“Tentang golongan Raja pula, saya menganggap walaupun perkara ini belum lagi jelas, saya menganggap bahawa semacam ada cabaran yang dirasakan oleh setengah-setengah Raja terhadap kedudukan mereka. Apa sebabnya? Dalam dunia ini tak sampai saya rasa ada 30 Raja, sepertiga daripadanya adalah di Malaysia (kedengaran suara hadirin ketawa), dan di antara negara-negara yang mempunyai Raja, hampir semuanya, Jepunkah, Swedenkah, Denmarkah, apa ni dan lain-lain, mereka accede dan ratify, cuma di Malaysia ini Raja-Raja takut untuk ratify. Mungkin mereka telah disalah nasihatkan oleh sesetengah pihak.”
“Tapi kedudukan mereka, mereka rasa terancam, kerana banyak sangat Raja di sini, banyak sangat belanja yang ditanggung oleh rakyat (kedengaran bunyi hadirin bertepuk), maka ada golongan rakyat yang sudah mula merasakan tak perlu lagi Raja, ada golongan rakyat, dan perasaan ini makin bertambah di kalangan muda. Ada pula yang merasakan mengapa sembilan Raja, kalau hendakkan simbol, mengapa sembilan, mengapa tak satu saja? Tapi ini akan menimbulkan masalah lain, of course, soal, soal apa ni, bukan sahaja soal apa ni kedudukan Federation, tetapi juga akan menimbulkan soal macam mana nak ketepikan Raja-Raja yang sudah sekarang ini makin kuat.”
"Mereka juga merasa lemah kerana sebenarnya kebanyakan Raja yang ada sekarang ini adalah keturunan daripada orang yang diletakkan sebagai Raja atau pembesar yang diletakkan sebagai Raja oleh British. Dari Johor ke Perlis semua dilantik oleh British. Belum ada lagi cabaran di kalangan rakyat tentang hal ini. Tapi sudah ada cabaran dalam mahkamah oleh golongan yang merasakan dirinya keturunan yang sebenar Raja yang asal. Sudah ada court case, kes mahkamah di Terengganu. Sudah ada kes mahkamah di Kelantan. Walaupun dianya kalah, tapi kalau misalannya berterusan perkara ini, dan rakyat makin mengetahui, akan menjadi masalah besar. Masa Jepun dulu, Jepun turunkan Raja-Raja yang keturunan bukan Raja tu dan meletakkan mereka yang dianggap sebagai keturunan Raja sebenarnya. Bila British balik, dia letak keturunan yang mereka angkat lebih awal. Jadi semua ini meletakkan kedudukan mereka dalam keadaan yang lemah."
"Perkara yang satu lagi ialah kedudukan Raja ini juga sekarang ini dicabar. Ada pihak menganggap misalnya orang seperti Mahathir dan kerajaan yang dipimpinnya dengan accede Statut Rome sebenarnya menggugat kedudukan Raja dan pandangan ini diperkuatkan oleh apa yang dikatakan sebagai orang-orang sekarang ini profesor kangkung dan sebagainya."
Boleh rujuk video untuk ucapan penuh beliau.
Sekian.
Kredit Transkrip:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2430139423696768&id=100001022016761
Kredit Video:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2114407288595859&id=100000798263477
Dahsyat merela ni...
ReplyDeleteMana akta hasutan..
Kerajaan skrg terlalu lemah..
Tak menjaga kedaulatan undang2 dan perlembagaan...
Inilah yg mereka mahu sgt supaya akta hasutan dihapus...
Semua panelist ni boleh ditahan dibwh akta hasutan...
Semasa penerangan tentang statut ROM, bukan hanya 4 professor ni ajer yg memberi penerangan tetapi AG, Prof Faruqi serta Menteri luar..
Knp ini tak diberitahu???
Dlm mahkamah Agung yg ada 7 hakim. Bila 4 sokong dan 3 menentang, maknanya kes tu menang kpd yg dpt sokongan majoriti...
Raja telah berlaku adil. Mendengar semua pendapat..
Maknanya, AG & Prof Faruqi serta menteri luar telah gagal meyakinkan raja2. Mereka bertiga ni yg sepatutnya mereka persalahkan kerana BODOH..
Kepada Raja2 atau rakyat sekalian, kalau ada apa2 masalah berkenaan perlembagaan, rujuklah 4 ahli perlembagaan yang sangat arif, ahli akademik, mereka sangat berpengatahuan luas. Hindarilah professors kankung UM, atau mana2 professors kucai, atau mana2 mamak yang mengaku arif berkenaannya, nanti anda boleh terpesong.
ReplyDeleteRaja2 kena banyak engagement dengan rakyat jelata terutama orang Melayu, takut2 nanti dihasut oleh panelist2 kankung seperti diatas...
ReplyDeleteAnak dara tua rupanya... he..he... satu specis dengan yang satu lagi! Eiii seram...
ReplyDeleteProf.kangkong nk jaga tembolok..berpolitik tk natural..berpihak..
ReplyDelete