Pages

Friday, April 5, 2019

ROMPAKAN, KEJAHILAN MEMBUATKAN PAKATAN MENERUSI MUJAHID TERPAKSA MENJUSTIFIKASIKAN HIBAH RENDAH DENGAN CERITA KONONNYA SELAMATKAN TABUNG HAJI!!!



Bersusah payah sungguh Pakatan Harapan sehingga terpaksa mengupah dan menggaji golongan yang dilabelkan sebagai pakar untuk menghalalkan perbuatan mereka melambat-lambatkan pengumuman hibah dan dividen kepada pendeposit dan penyimpan di Tabung Haji.

Pakatan Harapan yang sudah melakukan kesilapan daripada awal apabila dengan bangganya mengumumkan bahawa Tabung Haji mengalami kerugian dan 'hilang' lebih RM4 bilion dari simpanannya, kini terpaksa mencari jalan lain untuk menutup kekantoian mereka menipu dan cubaan mendabik dada.

Umum mengetahui, sebaik-baik sahaja Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Malaysia pada 9 Mei 2018, pasaran saham, modal dan pelaburan di Malaysia terus menjunam sehinggakan dunia menggelarkannya sebagai MAHATHIR'S SLUMP. (RUJUK SINI)

Nilai ekuiti dan aset merosot teruk. Pemodal-pemodal menarik diri dan menjauhi Malaysia. Saham-saham bernilai tinggi yang menjadi tempat pelaburan entiti-entiti utama seperti Tabung Haji, PNB, Khazanah dan sebagainya merosot sehingga ada yang berada di bawah paras nilai sebenar.

Semuanya kerana ketidakpercayaan komuniti perdagangan dan pelaburan terhadap pentadbiran Malaysia yang diketuai oleh Mahathir dan Lim Guan Eng.


Dan semenjak 9 Mei 2018, pentadbiran Mahathir-Lim Guan Eng sedang bergelut untuk mendapatkan kembali kepercayaan para pelabur selain pada masa yang sama, cuba mengekalkan momentum kerancakan pertumbuhan ekonomi selama 9 tahun di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak.

Bagi menutup kelemahan dan kegagalan Pakatan Harapan, Najib Abdul Razak diperburuk-burukkan dengan harapan segala kelemahan Pakatan akan dihumban dan dipersalahkan Najib.

Agak malang kerana sekarang bukan lagi zaman 1998 di mana pelbagai maklumat boleh diakses dengan jelas dan mudah. Ketiadaan maklumat dalam negeri kerana kekangan daripada pihak pemerintah, tidak menghalang rakyat Malaysia daripada mendapatkan maklumat dari luar negara yang sentiasa mengakses perkembangan semasa Malaysia, terutama dari Seberang Tambak.


Dengan kerugian BSKL berjumlah RM270 bilion, hutang negara bertambah RM91 bilion, Khazanah Nasional pula rugi RM25 bilion dan akhirnya Tabung Haji dirompak menerusi SPV MOF berjumlah RM19.9 bilion.

Untuk mencantikkan rompakan terhadap Tabung Haji, pengumuman kononnya RM4.1 bilion telah hilang dari Tabung Haji digembar-gemburkan. Azeez Rahim, Asyraf Wajdi dan pengurusan Tabung Haji bersama-sama Najib Abdul Razak terus dipersalahkan serta dituduh sebagai perompak.

SPV MOF ditubuhkan dengan pengeluaran dan perpindahan aset bernilai RM19.9 bilion dari Tabung Haji kepada SPV.

Mujahid kata Hibah pada 2017 tidak sah kerana ada 'lubang' RM4 bilion. Kerana 'lubang' tersebut, maka aset bernilai RM19.9 bilion milik Tabung Haji dipindahkan ke SPV.

Tidak lama kemudian, 'lubang' itu sudah tidak ada. Dan tiba-tiba sekarang ini, aset Tabung Haji naik mencanak menjadi RM76.5 bilion.


Hebat betul creative accounting yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan dan sudah tentu kepalanya datang dari Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Lim Guan Eng bersama-sama Tony Pua Kiam Wee dan Lim Lip Eng.

Data-data Tabung Haji yang terbaru menunjukkan aset-aset Tabung Haji pada 2017 adalah pada nilai RM70.3 bilion tetapi jatuh kepada RM64.6 bilion pada penghujung 2018. Kejatuhan nilai tersebut jelas berlaku akibat pelabur asing yang cabut lari selepas PRU-14. Fenomena yang dikenali sebagai Mahathir's Slump.

Suruhanjaya Sekuriti pula mengakui bahawa RM200 bilion lesap dari pasaran Malaysia akibat pelaburan asing lari pada 2018, sekaligus menyebabkan banyak saham susut nilai, termasuklah saham-saham yang menjadi pelaburan menguntungkan Tabung Haji selama ini.

Itulah sebenarnya yang berlaku. 'Lubang' yang dituduh oleh Mujahid bukanlah kerana penyelewengan atau rasuah atau disonglap, tetapi aset-aset yang susut nilai pada ketika pasaran di bawah prestasi sebenar.

Cubaan Kerajaan Pakatan untuk menunjukkan mereka hebat dan bagus, amat menggelikan hati.


SPV berkompang kononnya dah berjaya pulihkan aset-aset Tabung Haji.

Januari semasa pemindahan aset, nilainya RM64.6 bilion.
Februari, Kerajaan Pakatan lantik Prokhas.
Mac, aset terus naik jadi RM76.5 bilion.

Pelaburan apakah yang dibuat oleh Prokas atau SPV dalam tempoh tak sampai sebulan sehingga membolehkan keuntungan dicatatkan RM12 bilion? Atau apa sebenarnya yang telah dijual, digadai, dilelong oleh SPV sehingga simpan kira mencatatkan keuntungan RM12 bilion?

Permainan silap mata 'rosot nilai' cuba dilakukan oleh Pakatan untuk menutup tembelang dan kejahatan mereka. Semasa didedahkan kononnya aset leasp bernilai RM4.1 bilion, kaedah itu mengambil kira susut nilai saham. Namun selepas tergesa-gesa memindahkan aset-aset Tabung Haji kepada SPV, Pakatan terus menukar guna kaedah tanpa mengira susut nilai saham, sebaliknya kira aset pada book value.

Dan kalaulah kaedah yang digunakan iaitu aset pada book value dan tidak buat impairment rosot nilai, maka sebenarnya pada zaman Azeea Rahim pun tidak ada defisit yang berlaku. Pakatan tidak menyelamatkan aset-aset dan pelaburan Tabung Haji sebagaimana yang didabik dadakan, bahkan mereka sebenarnya sedang merompak dan terpaksa menggunakan pelbagai justifikasi untuk menutup jejak-jejak rompakan dan jenayah melanun itu.


1 comment: