Pages

Monday, May 27, 2019

KERANA KETERANGAN PERUNDING KANAN PATALOGI FORENSIK UNITED KINGDOM JADI PUNCA PEGUAM DIGUGURKAN OLEH KPKT ATAS DESAKAN PEGUAM NEGARA!!!



Isu pembunuhan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, seorang anggota bomba dalam rusuhan kuil haram yang mencetuskan desakan agar pemimpin HINDRAF Waythamoorthy dan Ahli Parlimen DAP Kulasegaran dikenakan tindakan termasuklah digugurkan kerakyatan mereka, sebenarnya melangkaui isu perkauman dan agama.

Jenayah pembunuhan yang cuba dilindungi oleh 'tangan-tangan ghaib yang berkuasa' dalam kerajaan itu, sengaja dijadikan sebagai isu perkauman dan agama. Hakikatnya, inkues yang diadakan sekarang ini tidak lebih daripada cubaan untuk membebaskan pembunuh dan para penjenayah terbabit. Bermula dengan pemaju yang tidak lagi bertahan dengan kedegilan puak yang membina kuil haram di tanah mereka dan enggan berpindah, sebaliknya membuat pelbagai tuntutan yang tidak masuk akal, termasuklah meminta agar disediakan tapak yang baru bersama-sama gantirugi, dengan menggunakan samseng-samseng upahan berbangsa Melayu.


Perkembangan terbaharu yang menyaksikan Peguam Shazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menarik diri dari prosiding inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib, benar-benar mencurigakan. (RUJUK SINI)

Ketika ditanya respons peguam tersebut berhubung alasan penarikan dirinya, yang dapat dijawabnya hanyalah, terdapat perkembangan baru 'new turn of events' namun enggan mengulas lanjut. (RUJUK SINI)

Penarikan diri ini menyaksikan tindakan memanggil semula saksi ke-29, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom yang menolak teori Allahyarham Muhammad Adib terbunuh akibat kemalangan, Prof. Dr. Shahrom Abdul Wahid, dibatalkan.

Untuk rekod, Prof Dr. Shahrom adalah saksi ke-29 yang dalam keterangan sebelum ini memaklumkan, terdapat individu menghentak mangsa (Adib) sekuat-kuat hati dengan daya lebih 3,000 Newton atau lebih daripada tiga orang sehingga menyebabkan tulang rusuknya patah yang menyebabkan kematiannya. (RUJUK SINI)


Keterangannya itu bercanggah sama sekali dengan keterangan saksi ke-24, Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi yang berkata, kecederaan pada Adib bukanlah disebabkan pukulan.

Untuk rekod, saksi ke-24 itu telah dipanggil memberi keterangan buat kali kedua untuk menyanggah keterangan saksi ke-29. Saksi ke-29 juga telah dipanggil kali ke-2 tetapi terbatal disebabkan penarikan diri peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. (RUJUK SINI)

Ternyata penarikan diri oleh Shazlin Mansor yang mewakili Kementerian dan Bomba dalam kes Adib ini adalah hasil pertemuannya dengan Menteri pada Sabtu lalu. Zuraidah Kamaruddin, Menteri KPKT pula menjawab, dia telah diarahkan untuk menggugurkan peguam tersebut kerana tidak ikut norma tanpa menamakan siapa yang arahkan apabila ditanya sama ada keputusan itu adalah keputusannya sendiri atau dari Peguam Negara.

Sepanjang prosiding inkues, Shazlin Mansor telah menunjukkan ketegasan dan iltizamnya untuk mengangkat kebenaran. Namun akhirnya dia telah 'diugut' oleh pihak tertentu yang kita tahu ianya adalah dari kerajaan yang cuba melindungi pembunuh/penjenayah dan penghasut kaum India yang kini bergelar Menteri. Skrip ini sudah diketahui dan bukan rahsia lagi.

Demi melindungi pembunuh dan pemaju serta kroni, isu ini telah dijadikan sebagai isu perkauman dan agama. 


Kita boleh melihat bagaimana skrip dan drama ini dipentaskan oleh Kerajaan.

Pada 29 Disember 2018, Timbalan Menteri bercakap gah tentang laporan bedah siasat yang akan diumum sebulan selepas kematian Adib. (RUJUK SINI) Bagaimanapun selepas cukup sebulan, tiba-tiba Peguam Negara suruh buat inkues, konon-kononnya untuk menentukan punca kematian Adib.

Berpusing-pusing dan berbelit-belit, akhirnya dikatakan pula, hasil bedah siasat hanya boleh didedahkan di mahkamah selepas inkues. (RUJUK SINI) Padahal sebelum itu, kes Adib sudah pun diklasifikasikan oleh polis sebagai kes membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. (RUJUK SINI)

Dari situ sahaja sudah timbul persoalan, adakah inkues yang dimahukan oleh Peguam Negara Tommy Thomas itu sebenarnya hanyalah untuk mengatakan Adib tidak dipukul sehingga mati seperti yang diklasifikasikan oleh polis sebelum ini? Adakah Tommy Thomas sedang berusaha sedaya mungkin untuk melindungi pembunuh-pembunuh berkenaan yang telah ditahan oleh polis sebelum itu dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis?


Maka berbulan-bulanlah semenjak Februari, inkues dijalankan. Tunggu-tunggu punya tunggu sampai April, ketika inkues belum pun habis lagi, Pejabat Peguam Negara telah awal-awal menfailkan afidavit menyatakan Adib tidak dipukul. Pejabat Peguam Negara membuat keputusan mendahului inkues yang masih berlangsung. (RUJUK SINI)

Bagaimanapun tindakan Pejabat Peguam Negara dikantoikan sendiri oleh Jawatankuasa Kuil Mariaman Seafield yang mendedahkan,mereka tarik balik rayuan penangguhan inkues di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Koroner menolak permohonan mereka untuk menjadi pemerhati dalam inkues. (RUJUK SINI)

Pusing punya pusing, belit punya belit, akhirnya pada penghujung April, laporan bedah siasat Adib yang kononnya hendak didedahkan selepas sebulan kematiannya, amat mengelirukan dan dilihat sengaja mengelirukan masyarakat awam memandangkan ribuan orang yang tahu hakikat sebenar kejadian di tempat kejadian, tidak seorang pun dipanggil memberikan keterangan. (RUJUK SINI)

Saksi ke-29 adalah penting kerana dalam keterangannya sebelum ini memaklumkan bahawa terdapat individu-individu yang memukul Adib dengan sekuat-kuat hati sehingga menyebabkan tulang rusuknya patah. Malangnya, keterangannya itu bercanggah dengan saksi ke-24 yang menyatakan Adib tidak dipukul.

Dalam keterangan kali keduanya, saksi ke-24 mengadu kepada mahkamah yang dia telah dimalukan oleh peguam Shazlin Mansor dan hari ini, Shazlin dipaksa menarik diri daripada mewakili KPKT dan Jabatan Bomba.


1 comment:

  1. Untuk menyatakan pembinaan kuil yg berusia lebih 100 tahun di tanah haram bermakna penulis di atas tidak dapt mengupas isu ni secara ilmiah. Sebenar semua tanah di mana didirikan kuil adalah estet British Dan syarikat British lah yg membina kuil2 ni. Oleh kerana pengambilan estet Oleh PNB yg tidak mengendahkan sejarah maka semua institusi lama ini telah ditinggalkan begitu saja termaksuk kuarters pekerja2 yg telah berkerja disitu buat beberapa dekad. Nak tahu pendapat penulis sekiranya kampung Melayu terpaksa dikosongkan utk Pembangunan tanpa sebarang bayaran gantirugi sanggupkah penulis menerima hakikat sebegitu. Harap setiap Manusia dapat mengukur badannya sendiri sebelum mengeluarkan meludah ke arah org lain. Harap guna otak secara betul kerna nampak sangat Melayu hari ni dirasuk oleh Syaitan perkauman sampai org ramai pun tahu sangat mengenai binatang Semananjung ni yg berasal dari Indonesia.

    ReplyDelete