Pages

Wednesday, May 15, 2019

MALAYSIA MUFLIS DAN DOA DIMAKBULKAN... SATU DUNIA BENCIKAN MALAYSIA DAN PAKATAN HARAPAN!!!


Beberapa tahun sebelum PRU-14, DAP terutama sekali menerusi lidah dan mulut Lim Guan Eng serta bapanya giat ke luar negara terutama ke Hong Kong dan Taiwan untuk memburuk-burukkan Malaysia. Lim Guan Eng yang memprotretkan dirinya sebagai seorang bijak ekonomi dan hebat perakaunan menyatakan, Malaysia sudah bankrap dan para pelabur khususnya dari Taiwan tidak seharusnya melabur di Malaysia.

Klip videonya yang tersebar secara meluas, membungkam mulut Lim Guan Eng walaupun sebelum klip video berkenaan ditularkan, Lim Guan Eng menerusi barisan peguamnya mengancam untuk menyaman sesiapa sahaja yang kata dia cuba mensabotaj ekonomi Malaysia di luar negara.


Begitu juga dengan projek RAPID Pengerang. DAP merupakan pihak yang bertungkus lumus dan bergembira apabila pelaburan dari Taiwan untuk projek tersebut ditarik balik. Namun apabila Najib Abdul Razak dan Kerajaan Barisan Nasional membawa masuk pelaburan dari Arab Saudi untuk projek RAPID Pengerang, lain pula ceritanya.

Selain DAP, antara yang paling giat mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara gagal dan muflis dengan hanya berdasarkan persepsi bodoh, adalah Mahathir dan konco-konconya yang kemudian menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.


Dengan menggunakan jentera upahan seperti Clare Rewcastle-Brown yang mengendalikan Sarawak Report, Wall Street Journal, bahkan Loretta Lynch dan Hillary Clinton setelah membayar harga lobi berpuluh-puluh juta ringgit untuk kempen Presiden yang kemudian Loretta Lynch menggunakan DOJ untuk mengeluarkan kenyataan yang memberi kelebihan kepada Mahathir dan Pakatan Harapan, kempen memburuk-burukkan pentadbiran Najib dan Malaysia secara amnya dibuat secara berterusan dan penuh sistematik.

Gelaran Kerajaan Kleptokrasi kononnya gelaran yang diberikan dunia kepada pentadbiran Najib, digembar-gemburkan di segenap negeri. Kenyataan Loretta Lynch yang kemudian dipecat oleh Donald Trump kerana terkantoi dalam beberapa isu besar dan skandal pembohongan, telah digunakan oleh Lim Kit Siang dan Mahathir khususnya untuk mengatakan, Kerajaan Najib adalah Kerajaan Kleptokrat. Rakyat dimomok-momokkan, kononnya itulah gelaran dunia untuk Malaysia yang ditadbir oleh Najib Abdul Razak. Padahal itu cumalah gelaran Lim Kit Siang dan Mahathir yang cuba menjatuhkan Najib.


9 Mei 2018, mereka berjaya melakukan. Melekat perkataan KLEPTOKRAT kononnya diberikan oleh dunia kepada Najib walaupun sebenarnya itu adalah gelaran Mahathir dan Lim Kit Siang, dua makhluk kakistokrat yang tetap lapar kuasa biarpun usia mereka sudah di hujung senja.

Malaysia Muflis, Ringgit akan naik kalau Najib jatuh, Pelabur-pelabur lari kerana tidak percaya Kerajaan Kleptokrat dan rasuah, Najib nak tolong ekonomi Amerika Syarikat dengan duit KWSP menerusi pembelian beberapa buah pesawat untuk MAS, kononnya Pakatan naik jadi kerajaan, peluang pekerjaan akan ditambah sejuta, akan dibawa balik semua pekerja-pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura, konon-kononnya hutang negara sudah sampai 1 trilion dan Najib pula katanya terus menokok hutang negara menerusi projek-projek menjual negara kepada China.



China yang merupakan pelabur ketiga terbesar di Malaysia, telah diserang, dicerca. Forest City di Johor, menjadi sasaran Mahathir yang cuba membuktikan, dia adalah penyelamat negara. Mahathir sekali lagi menggunakan MCKIP di Kuantan untuk membuktikan, rakyat perlu memilihnya agar Malaysia tidak dijajah oleh China. Begitu juga dengan banyak projek-projek lain terutama sekali ECRL, HSR yang berimpak besar, turut diserang oleh Mahathir, DAP dan Pakatan.

Dan sebaik-baik sahaja Mahathir, DAP dan Pakatan menang pada 9 Mei 2018, maka bermulalah malapetaka besar kepada Malaysia. Bursa Saham Kuala Lumpur yang diiktiraf sebagai 'THE LONGEST BULL RUN mula bertukar menjadi ASIA'S ONLY LOSER IN 2019. Ringgit Malaysia terus menjunam berbanding matawang serantau.


Bloomberg, Nikkei, Morgan Stanley, Standard and Poor, Bank Dunia bahkan IMF sendiri menurunkan unjuran ekonomi Malaysia di bawah Pakatan Harapan. Semua agensi penarafan ekonomi dan kewangan tidak memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir Malaysia. Dan apabila genap setahun Pakatan memerintah Malaysia menerusi tipu daya, fitnah dan mensabotaj ekonomi negara sendiri, akhirnya Malaysia benar-benar berhadapan dengan kemelut ekonomi pada ketika Indonesia dan Thailand, malah Filipina dan Vietnam pula semakin makmur kesan kerosakan yang dibuat oleh Pakatan terhadap Malaysia. Apa yang diramalkan oleh agensi-agensi antarabangsa tersebut, benar-benar menjadi kenyataan.


Dahulu, Mahathir dan Pakatan menggunakan portal-portal hiburan untuk mempengaruhi orang ramai kononnya Malaysia dah muflis. Sekarang, laman-laman ekonomi dan kewangan berpengaruh dunia pula mengatakan ekonomi Malaysia terus mengecut dan jatuh, dan barah deflasi semakin membengkak.

Menariknya, Mahathir masih mahu menggunakan portal-portal hiburan untuk menafikan laporan-laporan pelbagai agensi serta laman-laman ekonomi serta kewangan berpengaruh dunia itu dan pada masa yang sama, menjilat serta menukar segala tuduhannya lalu yang semua kerja Najib akan membankrapkan Malaysia kepada EKONOMI MALAYSIA BAIK dan semua berita tentang kejatuhan ekonomi Malaysia adalah palsu...

Barangkali Mahathir fikir, pembohongan dan penafian seperti tahun 80-an tu masih lagi terpakai pada zaman ini? Zaman di mana segala maklumat boleh diakses dengan mudah dengan hujung jari saja...




6 comments:

  1. The Edge tidak hirau amaran Tun jangan sebar berita palsu dan jangan jadi Batu Api...!!
    The Edge ( kroni Anwar Aljubori Tan Kong Ooi bekas CEO Phelio Allied Bank ) tak hirau amaran PM ke-7 semalam untuk berhenti menyebar berita palsu (fake news) tentang ekonomi Malaysia yang PM ke-7 sifatkan sebagai “prestasi sangat bagus” di bawah kerajaan PH.

    Pagi ini, The Edge bersama Bloomberg mengeluarkan berita bahawa Ringgit semakin lemah kerana kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia semakin merosot.

    Kerajaan PH patut mengambil tindakan undang-undang keras terhadap The Edge and Bloomberg yang terang-terang melanggar amaran PM ke-7.

    Tapi kita tak perlu bimbang kerana PM ke-7 pernah jelaskan pada bulan Februari lalu bahawa bukan Ringgit yang semakin lemah tetapi Dolar Amerika Syarikat yang semakin kuat...kikiki..(bodo punya atok kau makan la karma fitnah kau balik.. macai sklian tepukkkk sambil kibar panji yeeer..!!)

    ReplyDelete
  2. Jangan lupa malaikat maut sentiasa menjengok. Mufarakahlah daripada DAP, Mudah mudahan Allah cucuri RahmatNya kpd orang tua seperti kita. Bertaubatlah sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  3. Takut dengan keadaan ekonomi skerang ni...

    Macam sekarang ni Malaysia telah disisih oleh pelabur asing

    Pelabut tak nak dtg melabur sebab:

    1. GST dihapuskan....dah tak ada lagi sumber kewangan jika harga minyak jatuh atau ekonomi dunia merudum. Ekonomi Malaysia sekarang unstable.

    2. Polisi kerajaan yg tak jelas.

    3. Kerajaan sekarang yg boleh senang2 batalkan dan tangguhkan projek mega. Ini meneyebabkan pelabur takut nak melabur. Rasa tak selamat.

    4. Penyebaran berita oleh menteri kewangan yg bodoh tentang keadaan eknomi malaysia yg kononnya teruk just selepas ambil alih kerajaan...ini sebab mulut longkang..


    5. Keadaan politik yg tak stabil...Tun M hanya 2 thn. Lepas tu apa akan terjadi tak tahu. Anwar pun not a good person to become PM.
    Antara parti dlm PH pun sedang mensabotaj antara satu sama lain. Parti PBBM pun lemah dan tak mampu bersaing ..ditambah dengan perangai atok yg suka cari gaduh dengan negara besar dan dengan raja2/sultan...Pengerusi dalam PBBM lagi berkuasa dari Presiden...


    6. Kroni2 dan lantikan politik yang terlalu ramai dalam kemneterian. Menyebabkan penjawat awam di sisihkan. pegawai latikan politik ni pun bukannya pnadai sgt. Bododh. Itu sebab byk polisi dan tindakan kerajaan yang tak efektif...


    7. Pelabur lari sebab dah byk fitnah terbongkar dan didapati palsu. Manifesto tak dilaksanakan. Menipu rakyat.

    8. Kalau Anwar dibebaskan/diampun sebab kononnya dulu pendakwaan politik yg berlaku semasa Zaman Tun M oleh Tun M, adakah sekarang ini Dato Najib juga sedang melalui pendakwaan politik oleh Tun M dizaman Tun M sekali lagi?

    Ekonomi Malaysia teruk.
    Sekarang mengalami Deflasi
    Bank Negara terpaksa turunkan kadar OPR....


    Kerajaan dah tak ada cukup duit.
    Kena buat hutang atau menjual aset2 negara.

    Sebab tu sekarang hutang telah bertambah sehingga hampir 800 billion. (semasa BN dulu hanya 688 Billion)



    ReplyDelete
  4. Ekonomi semakin merundum dibawah DAP/PH, jom semua kita boikot kedai2 cina DAP dan produk2 mereka dipasaran. Beralihlah kepada kedai2 dan produk2 Muslim yang kini berlambak dipasaran.

    ReplyDelete
  5. madey mana percaya pada tuhan, dia merasa diri dia lebih berkuasa dari segalanya di alam ni., buktinya cuba buka balik dan tengok balik statement-statement laknat ni berhubung dengan hukum-hukum islam yang telah Allah tentukan. pasti semakin jelas kekufuran manusia keturunan kerala ni. Dan semakin hari anak-anak dan cucu-cucu dia semakin menunjukkan sikap kekufuran keturunan dia.

    ReplyDelete
  6. Sedap mulut laknatullah hancur .lenyap amin ya allah

    ReplyDelete