Pages

Monday, May 20, 2019

MASZLEE BERSENDIRIAN TANPA SOKONGAN PPBM, TAPI SEDIKIT BERUNTUNG KERANA UMNO-PAS SEDANG MEMBELANYA ATAS NAMA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN!!!




Hampir tidak ada langsung Cybertrooper PPBM yang kelihatan berani membela atau mempertahankan Maszlee Malik, Menteri Pendidikan yang sekarang ini menerima tekanan yang cukup kuat daripada DAP dan rakan seperarakan parti tersebut pada tahun 1969, GERAKAN. Maszlee dikecam oleh DAP dan GERAKAN kerana pendapatnya berhubung dengan kuota pelajar matrikulasi universiti awam amat tidak disenangi oleh DAP dan GERAKAN, walaupun pada masa yang sama, semakin banyak wang rakyat ditaburkan untuk sekolah-sekolah Cina persendirian.


Kita dapat melihat bagaimana ahli CCC DAP merangkap Ahli Exco Kerajaan Selangor, Teng Chang Kim melabelkan Dr. Maszlee sebagai bodoh ('foolish' dan 'idiot') hanya sebab Maszlee berpegang kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.


Kita juga dapat membaca kenyataan Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy yang mengatakan Dr. Maszlee tidak berbeza dengan pemimpin UMNO walaupun Ramasamy yang pernah mengajar di universiti awam amat tahu tentang peruntukan dalam Perlembagaan untuk apa yang diperkatakan oleh Maszlee.

Semuanya bermula apabila Dr. Maszlee memaklumkan di Parlimen bahawa tiada sebarang peruntukan bagi Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak termasuk dalam sistem pendidikan nasional.


Dia terus diserang oleh Ketua DAPSY yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh dan ADUN Bercham, Ong Boon Piow kerana kenyataannya itu.

Malahan pada 26 Julai 2018, Ong Boon Piow dalam kenyataannya mendesak Dr. Mahathir agar meneliti semula kesesuaian Dr. Maszlee sebagai Menteri Pendidikan walaupun apa yang diperkatakan oleh Maszlee itu adalah benar manakala cubaan DAP untuk 'menghalalkan' SMPC adalah bersalahan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kali kedua Maszlee diserang ialah apabila di Parlimen, dia menasihati guru-guru agama dari Semenanjung yang bertugas di Sarawak agar menjadikan negeri itu sebagai 'medan dakwah'.


Yang paling kuat melompat menyerangnya adalah ADUN Bukit Assek, Irene Mary Chang dan Setiausaha Publisiti DAPSY Sarawak merangkap Pembantu Khas Chong Chien Jen, Abdul Aziz Isa.

Aziz dalam kenyataannya pada 21 Disember 2018, mendesak Maszlee yang baginya 'incompetent' dan 'insensitive' supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Kesemua cercaan dan kenyataan ini dilaporkan oleh media massa, termasuklah oleh media antarabangsa berpengaruh seperti Channel News Asia pada 17 Mei lalu.


Satu petisyen untuk mendesak Dr. Mahathir memecat Maszlee telah dimulakan oleh 'Stephen Ng' tiga minggu lalu yang berjaya mengumpulkan tanda tandangan sebanyak 48,000. Manakala dua hari lepas, 'No Hope Malaysia' pula telah berjaya mengumpulkan tandatangan sebanyak 12,000 untuk mendesak Maszlee meletak jawatan.

Agak menarik apabila 223,210 tandatangan berjaya dikumpulkan dalam petisyen 'Support Dr. Maszlee as an Education Minister' yang menyokong Maszlee terus mengekalkan jawatannya.


Adakah Dr. Mahathir akan mendengar dan akur dengan desakan daripada DAP dan GERAKAN serta media-media berbahasa Cina yang kuat mendesak agar Maszlee dipecat kerana mempertahankan Perlembagaan Persekutuan? Sedangkan ketika seluruh umat Islam mendesak agar Waythamoorthy, Menteri Perpaduan dan Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia dipecat kerana mencetuskan permusuhan kaum antara Melayu dan India, Mahathir memekakkan telinga dan sehingga kini kedua-duanya masih lagi menjadi menteri.

Ironinya, walaupun Maszlee kelihatan diabaikan oleh jentera propaganda dan kempen PPBM, partinya sendiri sebaliknya mendapat sokongan yang agak besar dari kalangan UMNO dan PAS atas dasar Perlembagaan Persekutuan, Menteri Pendidikan tersebut sebenarnya wajar bermuhasabah apabila sebelum ini, dengan bangganya dia berkata, dia masuk politik untuk menjatuhkan Najib, selain dia mentertawakan golongan penerima BR1M yang disifatkannya sebagai golongan hina, sedangkan majoriti penerima BR1M adalah orang Melayu dan Bumiputera.

Namun di sebalik semua ini, wujud pula teori yang menyatakan, PPBM sebenarnya sengaja menjadikan Maszlee sebagai 'kambing hitam' dan umpan pancing bagi mendapatkan sokongan Melayu-Bumiputera memandangkan parti yang pengerusinya adalah Dr. Mahathir itu sedang berhadapan dengan hakisan kepercayaan dari kalangan Melayu, Bumiputera dan Pribumi.



2 comments:

  1. Nampak sangat bodoh kalau lantik teo ken cing, apasal nak lantik cina lagi jadi Menteri, dah banyak jawatan menteri diaorang ambil, saya melihat berlaku ketidak seimbangan dalam kedudukan jawatan ini.
    Kalau nak lantik boleh. Tapi mesti orang Melayu Juga, bangsa pendatang ni, dah naik lemak. bagi betis nak paha, bagi paha nak dot dot dot.

    Walaupun tak support Maslee malik, tapi penggantinya Mesti Orang Melayu, bukan bangsa pendatang.

    ReplyDelete
  2. Orang politik ni banyak liciknya.Kawan jadi musuh Musuh jadi kawan. Mana satu mahu Caya .daaa....

    ReplyDelete