Pages

Thursday, June 13, 2019

PENGAKUAN KEDUA HAZIQ DISUSULI DAKWAAN, AZMIN HANTAR ORANG UNTUK MENGUGUTNYA SUPAYA BERBOHONG DAN MENAFIKAN PENGAKUANNYA!!!



Sudah masuk hari ketiga, fokus dan seluruh tumpuan aliran politik arus perdana di negara ini, diberikan kepada kemelut yang sedang melanda bakal PM ke-8, Azmin Ali. Pelbagai dakyah, pelbagai teori, pelbagai hujah dan pelbagai kenyataan dikeluarkan, baik yang menyokong Azmin Ali mahupun yang menganggap Azmin Ali seharusnya meletakkan jawatan dan bercuti daripada apa-apa jawatan politik, sama ada untuk sementara mahupun selama-lamanya.

Dan segala kisah-kisah tentang rakyat mahupun tentang ekonomi dan kewangan negara, terhenti terus semata-mata untuk memberi laluan kepada cerita-cerita Azmin Ali, ranjang dan aksinya di atas katil bersama pasangannya, seorang lelaki muda yang telah pun membuat pengakuan bahawa dialah orang di dalam klip-klip video berkenaan. Sekaligus membuktikan, rakyat Malaysia dan netizen sebenarnya amat suka dengan kisah-kisah sensasi seperti ini berbanding kisah-kisah dan berita-berita realiti yang menyentuh kocek dan perut rakyat secara langsung.


Semalam, tidak sampai dua jam selepas penafian rasmi yang dibuat oleh Azmin Ali, beberapa jam sebelum Solat Hajat dan Bacaan Yassin diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, dua lagi klip video aksi menjijikkan ditularkan.

Menariknya, penular melakukannya secara sistematik apabila menarik ramai pemain dan penggiat media ke dalam Grup WhatsApp yang menjadi medium utama penularan klip-klip video tersebut.

Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan penularan klip-klip video tersebut amat terancang yang mempunyai agenda politik. Mahathir juga yakin, klip-klip video tersebut merupakan siri fitnah terancang. (RUJUK SINI)


Hari ini, Malaysiakini yang merupakan antara portal berita terawal yang menyiarkan klip video siri kedua di atas katil di sebuah hotel di Sandakan semalam, kembali menjadi antara yang paling awal menyiarkan pengakuan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengulangi dakwaannya bahawa dia memang terlibat dalam aksi seks bersama-sama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.

Malah, Malaysiakini melaporkan Haziq mengakui bahawa rakaman video yang disebarkan itu, bukanlah kali pertama mereka bersama.

"Pertama kali di Grand Continental Kuching, tiga tahun lalu, kemudian di Pullman Kuching semasa Pemilihan Parti (PKR) pada Oktober tahun lalu. Kami melakukannya sekali lagi di Hotel Grand Hyatt KL semasa tugasannya selaku Menteri Pengiring kepada Sultan Brunei pada tahun tahun ini dan bulan lalu di Fourpoint Sandakan," katanya. (RUJUK SINI)


Manakala MSTAR ONLINE pula melaporkan, Haziq menuduh Azmin yang membuat rakaman tersebut untuk koleksi peribadinya.

"Saya sedari kamu lelaki yang sakit kerana hanya kamu yang boleh merakamkan video-video itu sebagai koleksi peribadi selepas menjemput saya ke bilik hotel pada hari kejadian." (RUJUK SINI)

Sesuatu yang amat 'menarik' dalam dakwaan terbaharu Haziq ini ialah apabila dia menyatakan, dia telah dituduh mempunyai agenda politik oleh Perdana Menteri (Dr. Mahathir) selepas dia membuat pengakuan bersumpah.

Dakwanya lagi, Azmin telah menghantar Setiausaha Politiknya, Hilman Idham untuk berjumpa dengannya di sebuah restoran di Putrajaya bagi mententeramkan dirinya yang begitu takut.

“Dia paksa saya untuk menafikan bahawa diri saya dalam video yang tular itu dan meminta saya berbohong untuk dirinya.

“Saya mohon lebih masa untuk merujuk kepada ibu bapa saya dan ini menimbulkan kemarahannya.

“Selepas saya menolaknya, dia membuat ugutan dan berkata ‘ini’ akan berakhir dalam 48 jam dengan atau tanpa bantuan saya untuk berbohong,” katanya. (RUJUK SINI)

“Hanya kebenaran boleh membebaskan saya dan saya amat bimbang dengan keselamatan keluarga dan diri saya.,” katanya.


Haziq juga berharap orang ramai dapat menilai diri sebenar Azmin yang didakwanya sering memanipulasi dan dikelilingi oleh konco-konconya, terutama Hilman; (Exco Pulau Pinang, Dr) Afif (Baharddin); (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Zuraida (Kamaruddin). (RUJUK SINI)

Menariknya, pengakuan susulan Haziq ini dibuat serentak ketika Setiausaha Politik Azmin Ali, Hilman Idham membuat laporan qazf di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

5 comments:

  1. KU SANGKA PANJI HITAM RUPANYA PANJI KUNYIT PEKAT
    KUNING MERECIK HAWAW MASAM TENGIK SEMERBAK GILA
    DAH BELI POP CORN TAK SELERA NAK MAKAN HANATT..!!!
    TONTON JER LA PANJI MANA LINGKUP DULU TEPUK SAJA
    KU SANGKA SATU RUPANYA DUA LEBIH TIGA.. INI BALA..!!


    muahahahahhhahh muahahiiiewwuuu
    atok tadah macai hidu

    aaawwuuuww..!!


    miajalipahJR

    ReplyDelete
  2. Tuduhan qazaf adalah oleh seorang wanita yg dituduh berzina ngok!

    ReplyDelete
  3. Kepada pihak yg hendak ambil tindakan qazaf: Ini bukan kes wanita dituduh berzina sebaliknya "pelaku" membuat pengakuan.Mengenai kenyataan Tim Menteri: Wahai orang beriman, bila dtg orang fasik bawa berita, siasat dahulu:Dlm kes ini bukan orang bawa berita tetapi sipelaku membuat pendedahan buka membawa berita.

    ReplyDelete
  4. SEJAK BILA HUKUM KAZAF DIGUNA UNTUK KES LIWAT..??

    (Menteri Agama Mujahid bersungguh bercakap mengenai Qazaf tetapi tidak langsung menyentuh kemurkaan Allah mengenai seks luar tabie ini)

    Sekarang Mujahit kes liwat terkini amat memalukan dan mencemar kesucian Islam sebagai agama rasmi negara.

    Yang pelik selama ini Mujahit buat apa bila kesucian Islam dilecehkan puak PH pengamal pluralist murtaf,COMANGO, G25 liberal dan Syiah... apa yang KAU buat pertahankan Islam wahsi Mujahit...?? Bila KAU dan ketajaan pH dan kalut terkial kial pandai pulak KAU cakap pasal kesucian Islam...
    Kes liwat ni onn atau tak onn wahai Mujahit...??

    1. Adakah Azmin ini termasuk kategori perempuan baik-baik sebab dia watak pasif dalam video tersebut? ��

    2. Sejak bila meliwat ini termasuk dalam kategori zina?

    Sumber-Sumber Hukum Mengenai Qazf

    Melemparkan tuduhan zina yang tidak berasas adalah diharamkan oleh syarak berasaskan pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Di antaranya :

    1. Firman Allah Ta’ala :

    Maksudnya : Dan mereka yang melemparkan tuduhan palsu (berzina) ke atas perempuan-perempuan yang suci bersih kemudian tidak membawa empat orang saksi maka deralah mereka (yang menuduh) dengan 80 kali dera dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya dan merekalah orang-orang fasiq.

    2. Firman Allah Ta’ala :

    Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (berzina) kepada wanita-wanita yang baik dan yang lupa (melakukan perbuatan keji) lagi beriman, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi mereka azab yang pedih.

    3. Sabda Rasulullah s.a.w. :

    Maksudnya : Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan, mereka bertanya ya Rasulullah apakah dia itu ? Rasulullah menjawab : “Menyengutui Allah, sihir, membunuh orang yang diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari daripada peperangan di jalan Allah dan menuduh perempuan yang baik lagi beriman berbuat zina.

    Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan, iaitu badan tertinggi dalam kehakiman syariah, telah membuat keputusan kes menuduh liwat tidak termasuk dalam jenayah Qazaf.

    Jadi Jabatan Agama Wilayah Persekutuan jangan buang masa menyiasat laporan setiausaha politik terbabit.

    p/s: Masa hendak buat Hudud kamu bantah, masa tersepit cari hukum Islam.

    ReplyDelete
  5. Bersama-sama kita nantikan kesudahannya. Memang panas!

    ReplyDelete