Pages

Thursday, July 4, 2019

BILA JENERAL PESARA TENTERA JADI TOLOL SEBAB TERLALU KUAT MENJILAT DAP!!!



Penulis: Khairul Ashraf Muhamad

Kelakar juga bila ada askar pencen sampai buat kenyataan akhbar bidas ucapan DS Najib Razak tentang "UMNO angkat senjata melawan komunis", menafikan penglibatan UMNO secara langsung menggalas senjata dalam hutan melawan PKM di Tanah Melayu.

Kononnya dia tak pernah nampak ahli UMNO masuk hutan bunuh komunis, atau terkorban kena jerangkap samar.

Perlu diperjelaskan di sini, UMNO memang secara rasminya, tidak pernah isytiharkan bahawa mereka angkat senjata melawan komunis. Nak lawan angkat senjata macam mana, UMNO memang tak pernah ada sayap bersenjata. Lagipun, tujuan asal UMNO ditubuhkan untuk melawan Malayan Union, dan mendapatkan kemerdekaan dari British.

Jadi jika mereka ada sayap bersenjata, terang-terang angkat senjata lawan komunis dalam hutan, bagaimana nak yakinkan British bahawa bila mentadbir Tanah Melayu merdeka, UMNO boleh diharap jaga keamanan dan keharmonian kaum, dan tidak mentadbir dengan ancaman senjata, dendam dan iri hati yang akan memusnahkan kemerdekaan tu nanti?

Tapi aku ada saudara mara, pangkat datuk saudara, empat lima orang juga yang pernah jadi Home Guard (HG) semasa Darurat tu.

Mereka ini sebahagian dari pasukan HG yang mengawal sekitar Bahau dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan macam di Kg. Batu Kikir, Kg. Padang Lebar dan Kg. Jambu Lapan masa zaman Darurat sekitar lewat 1940-an hingga 1950-an.

Ada mereka dan rakan-rakan yang pernah menetak mati komunis yang datang ceroboh kampung, menyerang dan menjarah untuk curi beras dari kepuk mereka, melawan komunis yang menyamun rumah-rumah untuk wang dan barang kemas serta ubat-ubatan, ada yang pernah menahan komunis yang menyamar dalam kampung serah pada pasukan keselamatan masa tu.

Bukan itu sahaja, rakan-rakan HG mereka sendiri ada yang diculik dan diseksa dalam hutan, dikelar dan dibiar mati komunis, ditembak kerana enggan beri kerjasama. Belum kira rumah kena bakar, kereta kena bakar. Balai dengan surau kena bakar.

Kalau di NS ni, tanyalah veteran HG yang masih hidup sihat tentang tragedi Ladang Geddes, tragedi Felda Bukit Jalor, serangan komunis dekat Bukit Tangga. Tanya mereka bagaimana HG membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan komunis di Bahau dan Jelebu misalnya.


HG ni kalau ada yang tak faham peranan dia masa tu, kalau dalam filem Bukit Kepong, di awal filem ada tahan pensimpati komunis naik basikal seludup beras dalam tin. Kemudian dalam filem tu, kumpulan orang Melayu bersongkok dan bersenjata dari arah kampung yang menyerang untuk membebaskan kepungan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong, tapi ditahan laluan mereka oleh komunis. Itulah dia anggota Home Guard.

Merekalah yang pertama respon, pukul kentong dan beduk supaya kampung-kampung sekitar Bukit Kepong waspada. Siang mereka bekerja biasa, bertani, berladang, jadi nelayan, jadi peruncit dan buat kerja-kerja rencam. Malam mereka pakai toha HG buat kerja kawal kampung, kawal estet, kawal lombong.

Mereka juga bertindak jadi mata dan telinga untuk pasukan keselamatan kerana mereka mahir selok belok geografi kawasan kampung masing-masing, dan cam penduduk di kawasan jagaan masing-masing. Senang kantoi siapa orang kampung, siapa 'acah-acah' orang kampung tapi sebenarnya buat risikan untuk komunis.

Mereka lengkap diberikan senjata, malah dilatih oleh pasukan keselamatan untuk menjaga kampung, mengagalkan sebarang usaha anasir komunis masuk atau pensimpati komunis seludup keluar apa-apa yang boleh membantu komrad mereka.

Sebenarnya, bukanlah penting mana, tapi pasal ada askar pencen persoalkan, saja nak beritahu, jika HG Melayu, mereka ini semua ahli UMNO.

Macam kalau HG di kampung baru Cina, memang MCA yang rekrut. Kinta Valley Home Guard yang terkenal tu misalnya, memang dianggotai oleh ahli MCA semata-mata. Mereka adalah orang Cina yang amat benci dengan komunis.

Cumanya, kisah-kisah HG ni memang tak berapa diceritakan sangat, kerana mereka tidaklah keluar masuk operasi ke hutan, macam pasukan keselamatan tetap masa tu. Tak angkat raifal, tak kena jerangkap samar, tak makan ransum dan angkat beg berat-berat, duduk berbulan-bulan operasi dalam hutan.

Mereka ini asalnya dianggotai oleh kaum-kaum bapa dan ibu dalam kampung. Kalau kampung Melayu zaman tu, kebanyakannya ahli UMNO. Melayu kiri bukannya tak ada jadi HG, tetapi kurang. Melayu kiri ni, mereka sendiri ada yang terpengaruh dengan ideologi komunis, menjadi tali barut komunis, tinggal dalam kampung-kampung ketika itu.

Pada mereka, HG membantu anggota keselamatan yang sebenarnya konon masih berkhidmat demi British semata-mata, sedangkan apa yang HG ini lakukan adalah untuk memastikan keselamatan kampung dan tempat tinggal masing-masing, mempercepatkan proses kemerdekaan ketika itu.

Cuma itulah, askar pencen tu tak nampak benda ni. Pasal bila cerita angkat senjata, dia ingat pasukan keselamatan sahaja yang angkat senjata bunuh komunis tu.

Dia mungkin tak nampak, pasal dia tak cuba lihat. Ataupun ada je depan mata, tapi dia buat-buat buta.

Heeee.

*Gambar adalah keratan dari The Singapore Free Press, bertarikh 12 Julai, 1950.

7 comments:

  1. Dah makan babi dgn DAP..begitulah otak nya sekarang..otak ikut komunis dah?


    Jgn marah mat sabu menteri askar yg cakap rela makan babi dgnn DAP

    ReplyDelete
  2. Ayah aku HG pangkat section comandan di Batu Pahat..karat biru UMNOnya. Kena tembak komunis di peha dan parut kekal hingga akhir hayat. Oleh itu jangan cepat lupa jasa orang dahulu. Gunakan pencen kamu tu sebaik-baiknya dan bersyukur.

    ReplyDelete
  3. org pencen dh nyanyok...maafkan lah dia...

    ReplyDelete
  4. Nak kata apa... sedih pun ada bila tahu patriot tolol...
    UMNOlah yg menyelamatkan maruah bangsa agar tidak beri muka kepada Komunis bahlol.

    ReplyDelete
  5. Yang melawan komunis dari 1948 hinggga 52 adalah British Dan askar2 komenwel. Pada tahun 1952, komunis dah lumpuh Dan saki baki hanya bertempur dgn angkatan tentera Malaysia dari masa ke semasa itu pun mrk berpengkalan disempadan Msia Thai. Penentangan komunis di Malaysi itu berkisar kpd pergelutan antara dunia barat dan Soviet Union, Dan komunis tidak menentang mana2 kaum di Malaysia krn mrk nak sokongan dari semua kaum utk melawan British. Pemimpin2 UMNO semuanya berpendidikan British Dan rapat dgn dunia Barat berbanding dgn Soviet Union. UMNO tidak mempertaruhkan ahli2 utk lawan komunis, mrk hanya memberi sokongan kpd British. Jadi UMNO tidak boleh mengatakan bahwa mrk kalahkan komunis kerana peperangan sebenar adalah diantara komunis Dan British.

    ReplyDelete
  6. Atok teman Tok Pie jugak org Umno kena tembak curi dikaki dgn komunis di Segari Perak juga seorang Homeguard yg sgt dikenali dan disegani oleh org cina di Beruas

    ReplyDelete
  7. HG tu seme edu backgrnd british ke?komunis ni duk rompak,curi harta rumah tok nek kita dulu x kira bangsa apa pun..konon serang british...yg dibunuhnya melayu kt jgk...mat saleh mana yg mati ditangan komunis?ckp pakai otak...jgn jd komunis bangsat..

    ReplyDelete