Mungkin beranggapan dia sebagai juara debat, maka dia adalah seorang yang hebat. Maka dia pun melampirkan beberapa persoalan yang dirasakan sebagai pukulan mati kepada Najib Abdul Razak.
Ternyata, soalan-soalannya itu menunjukkan Syed Saddiq yang mengisytiharkan,
"Lawan saya dengan hujah. Tidak perlu nak gunakan “boogeyman” DAP sebagai perisai kepada rasuah kamu! Saya anak muda Malaysia. Saya orang Melayu. Saya benci pemimpin Melayu yang makan duit rakyat dan gunakan perkauman untuk melindungi kesalahan diri sendiri."
... sebenarnya tidak lebih daripada seorang burung tiung yang hanya meniru cakap tuannya tanpa dia sendiri boleh berfikir. Maka tidak hairanlah mengapa dia cukup terkenal dengan jolokan, MENTERI SENTAP dan MENTERI TISU KOYAK.
Menyahut cabaran Syed Saddiq adalah Najib Razak sendiri.
******************
Saya nak jawab Menteri yang sendiri mengaku "trauma" selepas kehormatannya "diaibkan".
SOALAN 1) Kalau betul Kerajaan HARAPAN anti-melayu, mengapa peruntukkan Bumiputra naik lagi ke RM8Billion?!
JAWAPAN SAYA:
Peruntukkan RM8 bilion bagi Bajet 2020 untuk Bumiputra itu merupakan kenaikan RM400 juta berbanding apa yang korang agung-agungkan dalam Bajet 2019.
Tapi takde siapa pun tahu atau dapat merasa impak RM7.6 bilion yang kononnya telah diberi dalam tahun ini.
SOALAN 2) Kalau betul Kerajaan HARAPAN anti-islam, mengapa peruntukkan islam naik lagi ke RM1.2Bilion?!
JAWAPAN SAYA:
Dulu BN dikecam oleh korang apabila kita beri peruntukkan RM810 juta untuk JAKIM sahaja. Belum masuk peruntukkan lain untuk masjid, sekolah agama, tahfiz dan sebagainya.
Itu sudah lebih dari peruntukkan RM1.2 bilion yang korang claim adalah untuk peruntukkan Islam.
Lagipun, matlamat Tabung Haji di kerajaan BN dahulu adalah untuk memperkasakan ekonomi umat Islam.
Sebab itu kita bagi Hibah tinggi 6.25% dengan bayaran RM2.88 bilion.
Tabung Haji di bawah PH pula memansuhkan matlamat untuk memperkasakan ekonomi umat Islam dengan senyap.
Korang mengaku atau tidak?
Lagipun, angka-angka yang korang beri bukan boleh percaya sangat seperti hutang negara kononnya RM1 trilion atau RM19.4 bilion wang GST kononnya dirompak oleh BN
SOALAN 3) Kalau betul calon BN perjuangankan isu rakyat, mengapa Wee Jeck Seng banyak membisu dalam parlimen (2013-2018)?
JAWAPAN SAYA:
Mana korang tahu dia sering membisu?
Korang bukan dalam dewan pun.
Kan PM ke-7 sudah memberi dua kali amaran Menteri-menteri PH jangan ponteng parlimen lagi.
Saya juga nak tanya. Jelutong itu jauh dari membisu dalam parlimen.
Tapi apa sumbangan dia kepada Parlimen?
SOALAN 4) Kalau betul BN sudah berubah & tolak rasuah. Mengapa masih dipimpin Najib & Zahid yang bersama ada ~70 kes di Mahkamah?!
JAWAPAN SAYA:
Kalau PH benar-benar mahu lawan rasuah, kenapa korang lantik seorang yang kes rasuah masih dalam perbicaraan masa itu menjadi Menteri Kewangan?
Dan jika benar-benar PH nak lawan rasuah, kenapa korang langsung tak peduli apabila badan pencegah rasuah SPRM mengadu mereka terkejut apabila kes rasuah Guan Eng ditarik balik oleh kerajaan?
SOALAN 5) Kalau betul BN komited untuk bantu rakyat, mengapa gagal bentangkan Belanjawan Alternatif seperti yang kami lakukan dahulu? Pandai kritik, solusi?
JAWAPAN SAYA:
Yang ini saya sudah jawab. Tahun lepas kita buat bajet alternatif panggil korang jangan guna unjuran harga minyak dunia terlalu tinggi, jangan potong bantuan dan jangan mansuhkan GST, korang bukan mahu dengar pun.
Oleh itu, kita pun tak mahu buang masa kerana korang degil.
Lagipun, BN dan PAS dah berpuluh tahun terbukti mampu buat bajet.
Usah nak tuduh kami tak ada solusi.
Tak apa, saya jenamakan semula Bajet Alternatif PH tahun 2018 menjadi Bajet Alternatif BN tahun 2020.
Saya lampirkan di sini.
Yang dalam bajet alternatif PH itu korang sudah buat ke?
-Najib Razak
Link Syed Saddiq: https://www.facebook.com/1130669147012110/posts/2509625452449799?sfns=mo
Link DSN: https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10156484595395952/
Orang yang pandai berdebat seperti orang ph tak semistinya betul... lihat sahaja apa yang mereka rumuskan sebelum pru14....
ReplyDeletePetrol rm 15.0
Hutang ptptn di hapusksn
Tol di hapuskan
Hutang peneroka dihapuskan
Narang turun hsrga...
Habuk pun tarak
Zaman ko di bangku sekolah dulu. Lge berjanji hendak memberi rm 5000 kepada setiap kakitangan kerajaan negeri PP kalau DAP menang pru tahun 2008. Lagi sekali Habuk pun tarak...
Rakyat tidak akan jadi mangsa kencing lagi
ReplyDelete