Pages

Wednesday, November 13, 2019

SPR DAN PENGERUSINYA DILIHAT PANIK APABILA TREND SOKONGAN KEPADA PAKATAN HARAPAN SEMAKIN MERUDUM SEHINGGA TERPAKSA PERKENALKAN UNDANG-UNDANG BARU MENJELANG 3 HARI PEMBUANGAN UNDI!!!



Kenyataan yang keluar dari mulut Pengerusi SPR berhubung kempen di PRK Tanjung Piai bukan sahaja mengejutkan banyak pihak terutama sekali pembangkang, tetapi juga menimbulkan tanda tanya tentang keupayaan sebenar Kerajaan Pakatan Harapan dalam mengharungi baki penggal pentadbiran mereka yang sepatutnya berakhir pada Jun 2023.

Pengerusi SPR, Art Harun atau Azhar Azizan Harun berkata, semua parti dan calon yang bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai diingatkan bahawa kempen yang dibuat dari rumah ke rumah, perlu mendapatkan permit dari Polis Diraja Malaysia (PDRM). Alasannya, ia juga merupakan suatu bentuk berkempen. (RUJUK SINI)

Art Harun ketika zaman pentadbiran Barisan Nasional merupakan antara individu yang galak dan lantang bercakap tentang ketelusan, kejujuran dan pertandingan seimbang antara Kerajaan dengan Pembangkang. Namun setelah dilantik menjadi Pengerusi SPR, Art Harun dilihat lebih cenderung untuk memastikan Pakatan Harapan tidak kalah terutama dalam beberapa pilihanraya kecil seperti di Cameron Highland, Rantau dan Semenyih.


Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Art Harun sebagai sesuatu yang benar-benar menakjubkan memandangkan tidak pasti di bawah akta mana peraturan baru tersebut dikeluarkan.

"Kalau kempen atas kenderaan, kenderaan itu kena berhenti tidak boleh berkempen sewaktu kenderaan bergerak. Begitu juga kempen rumah ke rumah. Kalau dulu tidak ada permit, ceramah sahaja yang perlukan permit," kata dalam FB peribadinya. (RUJUK SINI)

Dalam kenyataannya itu, Art Harun berkata, program tinjauan mesra (walkabout) juga turut dianggap sebagai kempen bergerak dan perlu mempunyai tempoh masa serta lokasi yang jelas bagi tujuan pemantauan.

Ismail Sabri Yaakob turut mempersoalkan pengumuman Pengerusi SPR itu.

"Saya pun tak faham dengan SPR ini. Dari segi mana? Sepatutnya mereka adalah badan berkecuali dan bukannya badan yagn dikuasai oleh Kerajaan.

"Apa yang nak dilakukan oleh SPR mestilah berdasarkan undang-undang dan akta. Jadi saya tidak faham, kenapa perkara seperti ini timbul di PRK Tanjung Piai. Adakah kerana pihak PH nampak mereka mempunyai jalan sukar untuk menang?" kata Ismail Sabri Yaakob lagi.

Sementara itu, bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berpendapat, keputusan terbaharu SPR itu dilihat sebagai bercanggah dengan prinsip kebebasan untuk calon bertemu pengundi bagi tujuan berkempen.


Susulan itu, dia mempersoalkan tindakan SPR ini kerana dilihat menyusahkan calon, ejen kempen dan parti untuk bertemu dengan pengundi secara bersemuka. Menurutnya, dalam tempoh rasmi berkempen, SPR sepatutnya perlu memudahkan parti yang bertanding dan calon untuk berkempen serta bertemu pengundi.

“Meletakkan syarat mendapat permit polis untuk mereka berkempen bertemu pengundi di rumah adalah keterlaluan dan tidak sesuai dalam pelaksanaan proses demokrasi yang bebas serta adil.

“Ia (kempen rumah ke rumah) sudah lama menjadi budaya dalam proses politik negara sejak merdeka.

“Apatah lagi ia membabitkan pelbagai parti, calon dan kepentingan rakyat selaku pengundi yang akan menentukan wakil untuk dipilih mewakili mereka di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Mengapa sekarang perlu disusahkan (kempen) selagi mereka tidak melanggar kesalahan di bawah undang-undang atau peraturan yang ditetapkan,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun menegaskan parti dan calon yang hendak berkempen dari rumah ke rumah perlu mendapat permit polis.

Peraturan ini kali pertama dikeluarkan SPR ketika tempoh kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai berbaki dua hari lagi.

SPR sebelum ini tidak pernah meletakkan syarat atau mengeluarkan arahan kepada mana-mana parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya perlu mendapatkan permit jika mahu berkempen dari rumah ke rumah. (RUJUK SINI)

1 comment:

  1. Mana tak panik ,kalau trend ni berterusan hingga ke PRU15,mereka semua akan menerima nasib yg sama atau mungkin lebih teruk dari nasib yg di terima oleh bekas sekutu kerajaan BN,bila BN tewas dalam PRU14 lalu.Mereka ni lebih di benci rakyat kerana banyak berbohong,kononnya nak bangunakan demokrasi tulin ,nak adakan piliharaya telus,bersih dan bebas rasuah.Taik kucing semuanya.

    ReplyDelete