Pages

Thursday, December 26, 2019

HAPUS BAYARAN INSENTIF PERKHIDMATAN KRITIKAL, PEMIMPIN PELAKON PAKATAN SEGERA MENYALAHKAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM!!!

Macam biasalah... bila dah teruk kena hentam dengan netizen, maka para pemimpin Pakatan Harapan akan segera mencari alasan untuk mengkambinghitamkan individu atau pihak yang paling mudah mereka mangsakan.

Dalam isu penghapusan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), yang benar-benar terjejas turut melibatkan jururawat, pegawai perubatan, pegawai pergigian, pensyarah perubatan dan pensyarah pergigian yang akan mula berkhidmat pada 1 Januari 2020.


Jikalau kita merujuk Pekeliling JPA, keputusan menarik balik elaun kritikal tersebut telah pun diputuskan semasa Mesyuarat Khas Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir sendiri! (RUJUK SINI)

Keputusan Kerajaan Pakatan yang dilaksanakan oleh JPA ini, bukan sahaja mengejutkan rakyat Malaysia, tetapi juga turut dibantah ramai. Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut membuat petisyen untuk membantah keputusan Kerajaan Pakatan Harapan ini. (RUJUK SINI)


Bagaimana keputusan Kerajaan Pakatan ini akan memberikan kesan yang besar kepada penjawat awam dan perkhidmatan kesihatan secara amnya?

Seorang doktor junior (yang akan mula bekerja pada tahun 2020) akan bertugas sebagai MO pada tahun 2022. Walaupun junior, mereka juga akan dibebankan dengan kerja yang banyak dan tempoh bekerja yang sama seperti MO senior tetapi dengan gaji yang lebih rendah.


Sekaligus menjadikan MO junior itu, telah dijadikan hamba abdi atau buruh murahan yang dipaksa merawat pesakit!

Gaji mereka juga akan dikurangkan sebanyak 15%. Pengurangan tersebut sangat besar berbanding bebanan kerja yang tidak akan berkurangan malahan akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

Dengan status 'doktor kontrak', mereka juga akan berhadapan dengan masalah untuk menyambung pelajaran kepakaran.

Kerajaan Pakatan dan Kementerian Kesihatan di bawah Pakatan bercakap tentang mewujudkan nisbah 1 doktor untuk 450 pesakit. (1:450). Sedangkan apa yang mereka lakukan sekarang ialah, ditambah pula dengan pengurangan penjawat awam terutama dalam bidang perubatan sehingga kita boleh melihat sendiri kesesakan luar biasa di hospital-hospital kerajaan, 1 orang doktor bagi 10,000 orang pesakit.


Bertahun-tahun belajar dan kemudian memberikan tumpuan serta masa bekerja yang melebihi waktu kerja manusia biasa, seorang doktor di mata Pakatan Harapan, lebih hina daripada seorang menteri atau timbalan menteri yang belajar pun tak habis. Gaji doktor-doktor itu pula, jauh lebih rendah berbanding elaun parking menteri.

Malang betul rakyat Malaysia kerana mendapat kerajaan yang gagal memilih keutamaan dan lebih seronok memangsakan rakyat. Sepatutnya yang dipotong adalah elaun-elaun Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri yang melampau tinggi berbanding kualiti kerja dan perkhidmatan mereka.


Dr. Mahathir sepanjang menjadi Perdana Menteri buat kali kedua ini, sudah beberapa kali berseronok bercuti di luar negara menggunakan wang negara, sedangkan rakyat pula, kebanyakan peruntukan mereka bukan sahaja dipotong, malahan banyak yang dihapuskan.

Kecenderungan Kerajaan Pakatan untuk membela taukeh-taukeh yang lari cukai menerusi pengenalan semula SST, mungkin membuatkan mereka rasa rakyat terlalu bodoh dan mudah dizalimi. Nilai cukai yang dilarikan itu bernilai ratusan ringgit. Dan disebabkan itulah, rakyat menerima kesan termasuklah pemotongan elaun BPIK ini mahupun peruntukan-peruntukan lain.


Dan mungkin sedar mereka dihentam dengan teruk, Syed Saddiq merupakan Menteri Pakatan yang paling awal cuba berlakon konon-kononnya menentang perlaksanaan penghapusan tersebut. Alasan yang diberikannya membuatkan FB peribadinya dihurungi netizen yang meluahkan rasa meluat dan jijik mereka dengan lakonannya.

Kemudian Menteri Kesihatan pula cuba cuci tangan dan buat kerja tuding jari - amalan yang menjadi kebiasaan bagi para pemimpin Pakatan.

Konon-kononnya ini adalah kerja 'daulah terpendam' atau 'deep state' dalam usaha untuk memburukkan Kerajaan Pakatan. 'Daulah terpendam' yang dimaksudkan itu sudah tentulah kakitangan awam yang mereka tidak dibenarkan menggunakan media sosial dan mereka tidak boleh bersidang media untuk menyanggah segala tuduhan oleh pemimpin kerajaan.


Para pemimpin Kerajaan Pakatan yang lebih lajak dari laju itu, terlalu memandang rendah kepada kakitangan awam serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Yang patut mereka tujukan kemarahan atau komplen, atau kritikan atau tuduhan adalah Perdana Menteri, Dr. Mahathir. Bukannya JPA memandangkan keputusan memansuhkan elaun tersebut adalah keputusan mesyuarat jawatankuasa kabinet yang dipengerusi serta dipersetujui oleh PM ke-7.

Agak aneh apabila Menteri Kesihatan dan Menteri KBS kata mereka tak tahu, sedangkan dalam mesyuarat kabinet, sudah tentu mereka ada sekali. Takkan masa mesyuarat, mereka tidur, terlelap atau sibuk main game online?

Para pemimpin Pakatan tak perlulah berdrama dan gemar menyalahkan kakitangan awam dengan alasan 'Daulah Terpendam' itu.

Yang pastinya, mereka sendiri yang setuju mansuh. Mereka sendiri yang bantah. Bila kena hentam, mereka pula sibuk menyalahkan pihak lain sambil cuba menampilkan diri sebagai hero!

No comments:

Post a Comment