Pages

Friday, December 27, 2019

HEBATNYA SYED SADDIQ... SEMUA PORTFOLIO DAN KEMENTERIAN DILANGGARNYA SAMPAIKAN MAHATHIR DI JEPUN PUN, DIA BOLEH JUMPA DAN BINCANG UNTUK TANGGUHKAN KEPUTUSAN KABINET!!!



Salah satu perkara kelakar yang melibatkan Kerajaan Pakatan Harapan adalah kesungguhan beberapa orang menterinya untuk berlakon dan menampilkan diri mereka sebagai pejuang rakyat dengan apa cara sekalipun.

Antara menteri yang paling gila publisiti sebegitu adalah Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan.


Dua hari lepas, Syed Saddiq dalam satu kenyataan menerusi Twitter yang kemudiannya dipanjangkan ke Facebook menyatakan tentangannya terhadap tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memansuhkan 9 jenis elauan kritikal bagi 38 bidang kerja profesional. Walau bagaimanapun, Syed Saddiq hanya menyentuh tentang doktor muda dan jururawat sahaja.

Menurutnya, dia terkejut dan sama sekali membantah perlaksanaan pemotongan tersebut. Reaksi netizen bagaimanapun jauh berbeza daripada jangkaannya. Teruk Syed Saddiq kena bantai dalam page FB dia sendiri. Malahan netizen mempersoalkan, dia selaku Menteri Kabinet mengapa tidak menentang dari awal terutama ketika mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet.


Beberapa orang menteri lain termasuklah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah juga cuba menimbulkan persepsi bahawa keputusan memansuhkan BIPK dibuat oleh JPA sekaligus membenarkan teori konspirasi Deep State yang dipopularkan olehnya sebelum ini. (RUJUK SINI)

Bagaimanapun, JPA dalam kenyataannya menyatakan bahawa keputusan tersebut dibuat oleh Jawatankuasa Khas Kabinet dan dipersetujui serta diluluskan oleh Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad pada 23 Oktober 2018 menerusi ciapan Twitter Ketua Setiausaha Negara, Ismail Bakar. (RUJUK SINI)




Antara yang hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Transformasi Perkhidmatan Awam itu termasuklah:

1. Mahathir Mohamad
2. Muhyiddin Yassin
3. Lim Guan Eng
4. Azmin Ali
Apabila viral berita yang JPA akan memotong elaun kritikal untuk penjawat awam termasuklah yang melibatkan doktor dan jururawat, Syed Saddiq cuba mengambil kesempatan untuk mempromosikan dirinya apabila menerusi media sosial, dia berkata, elaun kritikal untuk doktor-doktor muda dan jururawat tidak seharusnya dimansuhkan, sebaliknya yang perlu dipotong adalah elaun Menteri dan Ahli Politik.


Justeru, sebagai bersolidariti dengan doktor-doktor muda dan jururawat, menurut Syed Saddiq dia akan meneruskan potongan gajinya sebanyak 10% dan pulangkan elaun percutian dan memendekkan percutiannya.

Dan seperti biasalah, golongan muda paling mudah terpengaruh dan terpesona dengan drama terbaru Syed Saddiq sebelum masing-masing menutup mulut selepas Syed Saddiq teruk kena belasah oleh netizen kerana terus berdrama.


Awal pagi tadi, Syed Saddiq dengan penuh bangga kata, dia telah berjumpa dengan Perdana Menteri walaupun Perdana Menteri sekarang sedang bercuti di Jepun. Menurutnya, Perdana Menteri telah bersetuju untuk menangguhkan perlaksanaan Pekeliling JPA berkenaan pemansuhan Elaun Kritikal penjawat awam.

Menariknya, dia mendabik dada itu adalah kejayaannya (Youth Power) walaupun sebenarnya adalah kerana desakan dan suara rakyat. Kalau rakyat dan netizen terus diam, pemansuhan tersebut tidak akan sama sekali ditangguhkan atau dibatalkan memandangkan JPA kata, Mesyuarat Kabinet sendiri sudah bersetuju dengan pemansuhan itu.

Namun ramai yang turut mempersoalkan kenyataan Syed Saddiq itu kerana kemungkinan-kemungkinan berikut:

1. Rancangan itu mungkin ditangguhkan sekarang tetapi akan mula dilaksanakan pada bila-bila masa dalam tahun 2020 atau 2021 tanpa sebarang pengumuman lagi.

2. Tidak mansuh tetapi elaun akan dipotong dengan alasan, "Kerajaan memahami bebanan penjawat awam dan disebabkan itu, kerajaan bersetuju untuk meneruskan pembayaran elaun kritikal pada nilai RM100 (atau kurang) sebulan."

Bukankah alasan dan amalan yang sama dibuat dalam isu BR1M yang diubah menjadi BSH tetapi jumlahnya dikurangkan dan jumlah penerima juga dikurangkan lebih separuh? Apatah lagi, dalam isu elaun kritikal ini, Kerajaan Pakatan telah pun mengeluarkan kenyataan lebih awal tentang lambakan doktor, jururawat, pembantu perubatan, doktor gigi, ahli farmasi dan sebagainya di pasaran.

3. Memotong elaun semua penjawat awam tanpa mengira junior atau senior pada kadar tak kurang 10% seperti yang dilakukan oleh pentadbiran Mahathir pada tahun 1998.

4. Menaikkan kadar caj di hospital-hospital dan klinik kerajaan seperti caj wad dan sebagainya.

5. Menaikkan kadar cukai pendapatan perjawatan-perjawatan yang memperolehi elaun kritikal ini.

6. Elaun kritikal tak dimansuhkan dan kekal macam sekarang tetapi tiada kenaikan pangkat, bonus dan gaji untuk beberapa tahun.

Sebab itulah, tak perlu terlalu gembira dengan pengumuman bersendirian Syed Saddiq.

Apatah lagi, Syed Saddiq cuba mempotretkan dirinya sebagai antara menteri yang paling berkuasa dengan melanggar semua kementerian dan portfolio.


Ingat lagi tentang Food Panda, masalah yang sepatutnya di bawah Kementerian Sumber Manusia tetapi Syed Saddiq cuba menonjolkan diri sebagai juara dengan berkata, masalah tersebut selesai menerusi pertemuannya dengan Perdana Menteri. Hakikatnya, masalah itu tidak selesai, malahan Mahathir sendiri kata, yang kata selesai itu adalah Syed Saddiq dan itu adalah pendapatnya sendiri.


Masalah elaun kritikal ini juga melibatkan beberapa kementerian termasuklah Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan selain Kementerian Sumber Manusia. Tetapi sekali lagi Syed Saddiq mahu tunjuk hero. Lebih menarik, Kementerian Kesihatan baru sahaja bercadang hendak berjumpa dengan JPA tetapi Syed Saddiq terlebih dahulu mengeluarkan kenyataan bahawa pemansuhan tersebut ditangguhkan.


Itulah kehebatan Syed Saddiq. Dia cukup cekap untuk memintas apa-apa sahaja isu yang timbul dan akan mempergunakannya untuk tujuan meraih publisiti buat dirinya. Cuma dalam kes yang melibatkan Kementeriannya sendiri, terutama sekali melibatkan prestasi buruk di Sukan SEA, Syed Saddiq tiba-tiba sahaja diserang penyakit apendiks dan terpaksa masuk hospital dan selama seminggu, dia tidak boleh menerima pelawat.


No comments:

Post a Comment