Pages

Sunday, December 15, 2019

SELAIN BERBOHONG TENTANG PENDAPATAN NEGARA, LIM GUAN ENG BERBOHONG TENTANG TINDAKAN POLIS KE ATAS LAGU NEGARAKU BERBAHASA MANDARIN!!!



DAP terutama dari mulut Lim Guan Eng seringkali mendakwa dan menuduh UMNO-BN dan PAS merupakan pihak yang paling kerap membangkitkan isu-isu agama dan perkauman untuk kekal relevan dalam politik negara. Malah lebih tidak malu lagi, Lim Guan Eng dan DAP seringkali memberikan gambaran bahawa DAP adalah yang terbaik, yang paling tidak perkauman, yang paling toleransi dan yang paling memperjuangkan kebersamaan walaupun pada masa yang sama, merampas, mencuri dan merompak hak-hak Melayu-Bumiputera dengan cara-cara yang sopan, sepertimana yang mereka lakukan terhadap GLC-GLC yang menjaga kepentingan Bumiputera dan orang Islam Malaysia seperti Tabung Haji dan Felda.

Dengan bermodalkan, pembohongan dan putar belit inilah, Lim Guan Eng dan DAP yang sekarang ini berada di puncak kuasa, terus-menerus meniupkan api kebencian sesama kaum memandangkan kekuatan DAP sebenarnya berakar umbi kepada kebencian antara kaum.

Tahun 1969 adalah buktinya... dan kini, setelah berkuasa, DAP dengan Lim Guan Eng yang menguasai Kementerian Kewangan selain Kementerian Komunikasi dan Multi Media, melakukan pelbagai perkara yang tidak terlintas di fikiran Melayu-Bumiputera dan umat Islam pun.


Selepas kemelut perhimpunan semula komunis di Banting dan Kajang, Dong Zhong yang merupakan antara 'anak syarikat' DAP, kembali melaksanakan agenda tersusun mereka untuk memperemehkan Bahasa Kebangsaan mahupun apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu-Bumiputera walaupun perkara berkenaan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dan yang lebih menarik lagi ialah bilamana DAP memperkatakan tentang kedudukan sekolah-sekolah vernakular khususnya sekolah-sekolah aliran Cina dalam Perlembagaan Persekutuan walaupun sebenarnya, kedudukan tersebut langsung tidak wujud. Benci sekolah-sekolah vernakular bermakna, memerangi Perlembagaan Persekutuan, kata mereka.

Ramai yang tidak peduli tentang Perlembagaan Persekutuan, menerima bulat-bulat pembohongan tersebut!

Berita dan video tular tentang lagu Negaraku yang dinyanyikan dalam Bahasa Mandarin di sebuah sekolah vernakular, menjadi perhatian dan hebat diperkatakan oleh warga netizen beberapa minggu lepas.

Seolah-olah mahu menunjukkan bahawa Bahasa Mandarin tidak bersendirian, lagu Negaraku dalam Bahasa Arab turut divideokan dan ditularkan. Bahkan turut ketinggalan lagu Negaraku dalam Bahasa Kadazan!

Pihak berkuasa telah menyatakan bahawa mereka akan menyiasat kes lagu Negaraku yang dinyanyikan dalam bahasa selain Bahasa Kebangsaan sejajar dengan Seksyen 8(3) Akta Lagu Kebangsaan 1968 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng untuk menunjukkan dia adalah seorang pejuang dan hero dalam hal ini?

Semasa Konvensyen DAP Pulau Pinang baru-baru ini, Lim Guan Eng yang tidak pernah gagal untuk berbohong, segera mengambil kesempatan untuk menipu dan mengapi-apikan sentimen perkauman, terutama di kalangan ahli-ahli DAP yang kita semua tahu, apa majoriti bangsanya dengan kebanyakan daripada mereka hanya faham bahasa yang dituturkan oleh Lim Guan Eng.

Kata, Lim Guan Eng, polemik lagu Negaraku dalam Bahasa Mandarin 'had left many non-Malays and non-Muslims slighted and feeling that they were targeted.'

"When the Negaraku was sung ini Arabic by a school, there was no action taken," Lim Guan Eng dipetik sebagai berkata. (RUJUK SINI)


Mempropagandakan bahawa orang bukan Melayu (baca: Cina) dianaktirikan dan kerap dijadikan sasaran, merupakan hujah yang paling kerap digunakan oleh kepimpinan DAP khususnya Lim Guan Eng. Setiap kali wujud polemik tentang bahasa, kaum dan agama, setiap kali itulah DAP akan mengeluarkan kenyataan seolah-olah rakyat bukan Melayu dan bukan Bumiputera akan dijadikan sasaran, walaupun hakikatnya polemik tersebut dimulakan oleh bukan Melayu dan bukan Bumiputera seperti dalam isu tulisan Jawi dan seni kaligrafi khat.

Hakikatnya, polis turut menyiasat kes lagu Negaraku yang dinyanyikan dalam Bahasa Arab, sama seperti kes Negaraku yang dinyanyikan dalam Bahasa Mandarin. (RUJUK SINI)

Mengapa Lim Guan Eng sanggup membohongi perwakilan-perwakilan DAP negeri dan rakyat tentang perkara yang memang jelas dilaporkan oleh media-media mereka sendiri?

Sampai bila Lim Guan Eng dan DAP terus bergantung kepada sentimen kecinaan mereka dan rasisme melampau yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dan kemudian menyalahkan UMNO-PAS apabila kontroversi tersebut mencetuskan masalah yang lebih besar?

Adakah Lim Guan Eng dan DAP beranggapan semua orang Cina itu bodoh, buta perut, dan hanya bergantung kepada pembohongannya setelah melihat 95% orang Cina menyokong Pakatan dalam pilihanraya-pilihanraya lalu terutama sekali pada PRU-14 dan di kawasan-kawasan bandar?

Adakah Lim Guan Eng sengaja mahu mencetuskan keraguan dan rasa tidak selesa antara kaum di negara ini sepertimana yang dilakukan oleh bapanya dan partinya sebelum tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969?

1 comment: