Pages

Friday, December 6, 2019

TERLALU KETARA... SELEPAS DAP BERKUASA, SEMUANYA NAK DIPELBAGAI BAHASAKAN TERMASUKLAH LAGU NEGARAKU!!!



Antara alasan yang paling kerap diberikan ketika ditanya mengapa Lagu Negaraku yang merupakan lagu kebangsaan Malaysia tidak dihormati, ada yang menjawab, lagu kebangsaan itu adalah lagu saduran daripada lagu Mamula Moon yang popular pada tahun 1940-an dinyanyikan oleh Felix Mendelssohn dan kumpulannya Hawaian Serenades.

Kali pertama perkara ini disebut ialah pada tahun 2007 oleh Hishamuddin Rais apabila secara keras mengutuk lagu Negaraku yang katanya diciplak daripada lagu Terang Bulan (Indonesia) (RUJUK SINI) sebelum dia memberikan fakta baru tentang Pierre Jean de Berenger (1780-1857) sebagai orang yang mencipta lagu Mamula Moon sebelum dipopularkan oleh Felix Mendelssohn. (RUJUK SINI).

Bagi yang buta sejarah, cerita separuh masak Hishamuddin Rais akan diterima bulat-bulat meskipun pada masa yang sama, mereka juga sedar, Hishamuddin Rais bukanlah sesiapa melainkan seorang gelandangan yang keciciran akademiknya tetapi mempunyai tempat dalam politik negara kerana pembabitannya selaku aktivis. Bermula dengan menentang UMNO dan cuba mempopularkan aliran Marxisme-Sosialis dan kemudian kekal sebagai golongan Reformasi yang menjilat Mahathir, orang yang sama-sama diperanginya pada tahun 1998 di jalanan.


Sepatutnya sejarah lagu Negaraku bermula dengan pembuangan Sultan Abdullah Perak ke Pulau Seychelles setelah pembunuhan JWWW Birch pada tahun 1877. Ketika di Seychelles, baginda yang tinggal di Union Vale, Male, mendengar dan tertarik dengan lagu La Rosalie yang dicipta oleh Pierre Jean de Berenger terutama setelah lagu tersebut kerap dimainkan oleh salah seorang puteri baginda, Raja Hadyah yang merupakan seorang pemain piano handal di Seychelles.


Selepas melawat Raja Abdullah di Seychelles, Raja Chulan telah memperkenalkan irama La Rosalie kepada kekandanya yang juga merupakan anakanda sulung Raja Abdullah iaitu Raja Mansur. Raja Mansur telah mengarang senikata dan akhirnya terciptalah Lagu Kebesaran Negeri Perak iaitu Terang Bulan yang sekarang ini judulnya adalah Allah Lanjutkan Usia Sultan.


Lagu rasmi negeri Perak ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur . Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan telah terpilih. Keputusan jemaah hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu. Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan Negaraku gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.

Pada tahun tahun 1956 semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Walau bagaimanapun, belum ada sebuah lagu kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara. Y.T.M. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada ketika itu telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan dicipta sebelum merdeka. Beliau mencadangkan agar diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan. Hasilnya sebanyak 514 buah lagu telah diterima dari seluruh dunia. Namun demikian tidak ada sebuah lagu dari 514 lagu yang dikemukakan yang dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.


Jawatankuasa ini kemudian berpendapat satu cara lagi untuk memperolehi lagu kebangsaan yang baik ialah dengan menjemput beberapa penggubah lagu yang ternama untuk menciptanya. Dengan itu jawatankuasa ini membuat keputusan mempelawa beberapa penggubah lagu yang masyhur bertaraf antarabangsa untuk mencipta khas lagu kebangsaan ini. Mereka yang dijemput khas untuk menggubah lagu kebangsaan ini adalah terdiri daripada Benjamin Britten, Sir William Walton yang menggubah lagu perbarisan untuk permahkotaan Ratu Elizabeth II, penggubah opera Amerika Gian Carlo Menotti dan Zubir Said. Namun, hasil gubahan mereka juga ditolak.

Akhirnya Jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu negeri yang sedia ada bagi mengenalpasti sama ada di antara lagu-lagu kebesaran negeri ini ada yang sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan negara. Setelah mendengar kesemua lagu negeri, Lagu Kebesaran Negeri Perak adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lagu kebangsaan negara. (RUJUK SINI)








Walau atas alasan apa sekalipun, lagu Negaraku adalah Lagu Kebangsaan Malaysia. Wujud Akta Lagu Kebangsaan 1968 atau lebih dikenali sebagai Akta 808 yang melarang sebarang pengubahsuaian melodi mahupun liriknya dalam bahasa lain selain Bahasa Melayu. Pihak berkuasa boleh menangkap tanpa waran bagi mereka yang melakukan kesalahan-kesalahan tidak menghormati Lagu Negaraku.





Tular hari ini ialah klip video Lagu Negaraku yang dinyanyikan oleh sekumpulan pelajar yang lirik lagu Negaraku telah ditukar ke Bahasa Cina. Berdasarkan maklumat, klip video tersebut telah dirakamkan pada 26 September 2018 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ma Hwa, Kampung Baru Rasah, Negeri Sembilan. (RUJUK SINI)

Turut tular ialah satu lagi klip video lagu Negaraku yang dinyanyikan oleh sekumpulan pelajar Melayu dalam Bahasa Arab. Bagaimanapun, lokasi dan sekolah mana tidak pula dinyatakan oleh pemuatnaik klip video berkenaan.

Sesuatu yang menarik dan perlu diberikan perhatian ialah, selain Hishamuddin Rais yang tumpuannya kepada lagu Negaraku dan Jalur Gemilang, satu lagi pihak yang cukup garang memperjuangkan kepelbagaian bahasa sekaligus menafikan kepentingan dan keutamaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sebagaimana yang termaktub dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan adalah DAP!


Antara yang cukup kuat memperjuangkan persamaan bahasa terutama sekali Bahasa Mandarin dengan Bahasa Melayu adalah Teresa Kok.

Dan kebetulan pula, semua kejadian penukaran lirik Bahasa Melayu dalam Negaraku ini berlaku pada zaman DAP berkuasa sebagai kerajaan. Kalau sebelum itu, perjuangan DAP lebih terarah kepada penggunaan pelbagai bahasa selain Bahasa Melayu pada papan tanda sehingga DYMM Sultan Selangor mengeluarkan titah agar hanya Bahasa Melayu sahaja dibolehkan pada papan tanda jalan (RUJUK SINI) yang kemudian menimbulkan polemik, kontroversi antara Nga Kor Ming dengan Najib Abdul Razak kerana sikap biadap terhadap DYMM Sultan Selangor (RUJUK SINI).


Lebih ketara lagi ialah bilamana semua polemik, kontroversi dan provokasi ini berlaku ketika DAP menguasai Kementerian Pendidikan menerusi Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching yang juga tidak kurang kuatnya mahu memperkasakan Bahasa Cina dan Pendidikan Cina berbanding Bahasa Melayu dan Agenda Pendidikan Nasional. (RUJUK SINI)

Papan tanda walaupun tidak dibenarkan di Selangor, tetapi di Perak, Johor, Pulau Pinang, Melaka malah di mana-mana sahaja Ahli PBT DAP berkuasa, ia sudah menjadi seperti perkara biasa. Bahasa Melayu tidak lagi dianggap dan diiktiraf kerana kebanyakan pemimpin DAP adalah orang Cina yang berbahasa Cina dan latar belakang akademik mereka juga adalah pendidikan Cina.

Untuk tidak kelihatan terlalu rasis, maka digandingkan sekali Bahasa Tamil dan Bahasa Arab pada papan tanda tersebut. Mungkin tidak lama lagi, papan tanda-papan tanda di Malaysia akan turut mengandungi Bahasa Nepal, Bahasa Vietnam, Bahasa Bangladesh dan sebagainya memandangkan sudah semakin ramai orang asing yang bukan sahaja tinggal di Malaysia, bahkan telah menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia!


Menariknya, Kementerian Pendidikan Malaysia segera memberi respons setelah tular berita tentang lagu Negaraku versi Bahasa Cina dengan menyatakan, akan melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu. 

Cerita tentang AKAN DISIASAT, DALAM SIASATAN, MENGARAHKAN SIASATAN dan yang berkaitan dengannya pada zaman Pakatan Harapan menjadi Kerajaan ini, hanyalah untuk menggelikan telinga sahaja. 

Nga Kor Ming pun boleh terlepas, bahkan Nga Kor Ming pula dengan bebas cuba menyalahkan Najib Razak yang memetik dari laman page Nga Kor Ming Super Friends sebagai menfitnahnya. Apa sangatlah dengan lagu Negaraku dalam versi Bahasa Cina. 



3 comments:

  1. Biasa lah..akan siasat..selepas beberapa bulan akan cakap dah diserah pada AGC..lepas tu senyap sunyi..dan seterusnya lenyap tanpa khabar berita..phee eh kan..kencing lah

    ReplyDelete
  2. sad to say we will kick ph come next election. we are happy to kick nr. it is time to kick at el.










    ReplyDelete
  3. Zaman sekarang sultan pun kena turun buat report polis

    ReplyDelete