Dan seperti biasalah, apabila ada pihak menjulang, tidak kurang jugalah akan wujud kumpulan lain yang masih tidak berpuas hati setakat Maszlee Malik meletak jawatan sahaja. Mereka beranggapan, tindakan Maszlee Malik 'menyerahkan jawatan' sebagai Menteri Pendidikan sebagai tidak cukup.
Sebaliknya, mereka mahu terus memalukan Maszlee Malik semahu-mahunya. Mereka mahu Maszlee Malik dipakukan dalam keranda politik dan ditalkin buat selama-lamanya. Mereka mahu Maszlee terus berundur, letak jawatan sebagai Ahli Parlimen dan meninggalkan terus dunia politik yang bukan kerjayanya, bahkan dia tidak mempunyai akar umbi mahupun jentera propaganda yang boleh menyokongnya.
Terlalu ketara apabila cubaan Maszlee untuk menampilkan dirinya sebagai hero dan konon-kononnya sangat bernilai kerana tidak dipecat atau disuruh meletakkan jawatan, dikantoikan oleh portal-portal berita Pro-Pakatan sendiri.
Pendedahan yang dibuat oleh Malaysiakini yang diketahui pro-DAP khususnya menunjukkan yang Maszlee Malik telah diarahkan sendiri oleh Dr. Mahathir agar melepaskan jawatan kerana terlalu kecewa dengan prestasinya selaku Menteri Pendidikan, lebih-lebih lagi apabila Maszlee Malik mengacau ganggu kepentingan kroninya dalam isu 1Bestari Net selain desakan dan tekanan dari Don Zong dalam isu tulisan Jawi dan DAP secara keseluruhan prestasinya. (RUJUK SINI)
Portal pro-PH mendedahkan yang Mahathir telah mengutuskan surat 17 perenggan kepada Maszlee Malik pada 27 Disember 2019 yang antara lain adalah memaksa Maszlee Malik meletakkan jawatan. Pendedahan tersebut tidak lama selepas Maszlee Malik pulang ke Simpang Renggam untuk memberitahu dan berbohong kepada keluarga, rakan-rakan dan penyokong-penyokongnya tentang pemecatannya.
Seperkara yang Maszlee terlupa ialah, dia tidak tahu kedudukannya sendiri. Kalau sudah Perdana Menteri dan Pengerusi parti sendiri pun tidak pertahankan dia selain memandang rendah kepadanya, sepatutnya Maszlee Malik sedar lebih awal.
Sedangkan Azmin Ali dari PKR yang dikaitkan dengan video semburit pun, dipertahankan oleh Mahathir malahan tiada sepucuk surat pun diutuskan supaya Azmin meletakkan jawatan, berbanding Maszlee, seharusnya Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berasa sangat malu dan terhina.
Sebenarnya jauh lebih baik Maszlee Malik turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Simpang Renggam daripada terus berusaha memujuk hatinya sendiri dengan berbohong kepada orang ramai terutama sekali pengundi-pengundinya di Simpang Renggam. Apatah lagi, dengan jawatan sebagai Ahli Parlimen itu, Maszlee boleh membuat tuntutan yang jauh lebih baik dengan jawatan tinggi di IPTA sebagai pertukaran dengan jawatan Ahli Parlimen Simpang Renggam yang disandangnya.
Namun, seandainya kita amat-amati, apa yang berlaku kepada Maszlee bolehlah dianggap sebagai kifarah. Sebelum ini, bukan main lagi dia menghentam Najib sampai tak ingat dosa dan pahala. Niat dia masuk politik pun sudah jauh menyimpang. Dalam satu forum, dia beritahu, salah satu sebab dia masuk politik adalah untuk menjatuhkan Najib dan BN. Bukan kerana rakyat, jauh sekali untuk memperbetulkan dasar pendidikan sebagaimana yang didakwanya memandangkan selama 20 bulan memegang jawatan Menteri Pendidikan, dia hanya menjalankan dasar-dasar yang ditinggalkan oleh Kerajaan Najib Razak dengan sedikit pengubahsuaian pada jenama dan nama.
Tentu ramai yang masih ingat, hari pertama dia memegang kuasa, perkara pertama yang dia lakukan adalah memberhentikan langganan Utusan Malaysia ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia dan insitusi-institusi pengajian di bawah Kementerian Pendidikan. Alasannya, akhbar tersebut milik UMNO.
Bagaimana pula dengan pemecatan ramai tenaga kerja di IPTA-IPTA untuk digantikan dengan kawan-kawannya dari IKRAM? Maszlee langsung tidak berasa bersalah dengan ribuan orang yang kehilangan kerja. Malahan dia cukup berbangga kerana dapat mengangkat supremacy DAP menerusi Pakatan Harapan. (RUJUK SINI)
Benci Maszlee kepada UMNO dan Najib mengatasi segala-galanya. Malah benci dia kepada orang Melayu terkandung jelas dalam klip video yang mana dia menghina orang Melayu sebagai penerima BR1M walaupun sebahagian besar penerima insentif tersebut bukan Melayu dan bukan Bumiputera. Dia mempersenda-sendakan orang Melayu, kononnya tanpa BR1M, orang Melayu tak boleh hidup seolah-olah kejayaannya dalam bidang akademik, tidak setitik pun ada jasa Melayu menerusi UMNO dan dasar-dasar BN sebelum dia menjadi Menteri Pendidikan.
Dalam usahanya untuk membodek dan mengampu DAP terutama sekali Lim Guan Eng dan Tony Pua, Maszlee pernah kata, dia mahu masukkan isu Skandal 1MDB dalam silibus sekolah. Walaupun ianya langsung tidak kena-mengena dengan pendidikan tetapi Maszlee Malik cukup berbangga kerana dia dapat mengembangkan pembohongan dan putar belit Lim Guan Eng serta Tony Pua dalam usaha memburuk-burukkan Najib Razak. Maszlee Malik langsung tidak peduli sama ada cerita itu sahih atau tidak. Selagi ianya keluar dari mulut Lim Guan Eng, Tony Pua dan Mahathir Mohamad, Maszlee Malik akan terima bulat-bulat.
Bagaimana pula dengan kenyataannya bahawa Kementerian yang diterajuinya gagal dalam melaksanakan janji Pakatan sendiri seperti PTPTN yang menjadi modal kempen masa PRU-14? (RUJUK SINI). Bukankah untuk menutup kelemahan dan kegagalannya, dia menyalahkan Najib dan menuduh Najib telah menghabiskan serta merompak wang negara sehingga Pakatan gagal melunaskan janji-janji mereka sendiri?
Malahan, Maszlee sendiri mendakwa, cincin Rosmah yang dibeli dengan harga berjuta-juta ringgit menggunakan wang rakyat. Begitu juga dengan beg tangan berjenama Hermes serta jenama-jenama lain, semuanya Rosmah Mansor beli dengan merompak wang rakyat.
Tapi kalau dia seorang yang menyamar atau menganggap dirinya sebagai seorang Islam, lebih-lebih lagi dengan fikrah Wahabi, mungkin dia tak rasa bersalah sedikit pun. Sebab golongan berkenaan, lebih suka menyalahkan orang lain berbanding dirinya. Malahan sanggup pula menipu dan memutarbelitkan fakta sebenar.
tu bukan wahabi tu wa barbie
ReplyDeleteSentiasalah... Melihat & merenung aib kita yg byk & d tutupi Allah dpd asyik melihat aib org lain...!
ReplyDeleteLantiklah mana-mana individu, Pendidikan hanyalah sekadar lubuk buat duit di Malaysia.
ReplyDeleteIstighfar banyak2 dan muhasabah diri...mungkin orang yg kita hina dan aibkan itu lebih mulia di sisi Allah dari kita yg hanya pandai menghina dan mencerca..
ReplyDelete