Pages

Thursday, January 2, 2020

MASZLEE MALIK AKHIRNYA KECUNDANG DAN TERPAKSA LEPAS JAWATAN SEKALIGUS MEMBERI PETUNJUK UEC DAN DAP JAUH LEBIH POWER!!!



Tidak beberapa jam selepas Maszlee Malik dikritik hebat oleh Lim Kit Siang kerana kertas peperiksaan yang disediakan oleh Universiti Malaysia Perlis dan mendesak Ahli Parlimen Simpang Renggam itu mengambil tanggungjawab, akhirnya Maszlee Malik yang gigih mempertahankan kedudukan dan jawatannya, terpaksa mengalah.

Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata, Maszlee Malik tidak boleh mencuci tangan sekiranya kursus hubungan etnik di universiti dan institusi membuatkan salah faham, kecurigaan dan kebencian antara kaum serta antara agama bertambah buruk berbanding mempromosikan toleransi, kepercayaan dan kefahaman di Malaysia. (RUJUK SINI)

Banyak pihak khususnya pro-Pakatan marah apabila kertas peperiksaan UniMAP bagi Kursus Hubungan Etnik yang diadakan pada 29 Disember yang memuji penceramah kontroversi, Zakir Naik. Kertas peperiksaan itu juga dikatakan mengandungi soalan yang dilihat menghina rakyat berkulit gelap, dan soalan yang nampak seperti mengejek pengkritik langkah kerajaan memasukkan pengenalan Jawi dalam silibus sekolah.


Lim Kit Siang dan DAP cuba menjadi juara anti perkauman walaupun pada masa yang sama, DAP merupakan juara melebarkan jurang perkauman dengan memperlekehkan Perlembagaan Persekutuan terutama yang berkaitan Bahasa Melayu, Melayu-Bumiputera, Islam dan Raja-Raja Melayu. Malahan DAP secara berterus-terang mahu menjadikan UEC sebagai sistem pendidikan utama menggantikan Dasar Pendidikan Nasional yang tidak berkompromi berhubung Bahasa Melayu dan Malaysia sebagai terasnya. Sebaliknya UEC yang kiblatnya adalah Taiwan dan supremacy Cina menjadi fokus utama DAP.

Disebabkan itulah, Maszlee Malik walaupun keberaniannya tidaklah sebesar mana malahan cuba mencari tempat dalam kerjaya politik dengan menjadikan tulisan Jawi sebagai senjata utamanya meraih sokongan, akhirnya terpaksa berundur setelah rakyat dapat melihat bagaimana Timbalannya, Teo Nie Ching dari DAP, jauh lebih berkuasa berbanding Maszlee.


Teo Nie Ching beberapa jam sebelum Maszlee Malik meletakkan jawatan selaku Menteri Pendidikan, berkata, Pakatan Harapan tidak akan mengitar semula janji mereka untuk mengiktiraf UEC kerana tindakan tersebut akan memberi kesan kepada kredibiliti Kerajaan.

"Saya mengakui bahawa progres (untuk pengiktirafan UEC) tidak menepati kehendak semua orang. Saya ingin meminta maaf, tetapi kami tidak akan berputus asa," katanya seperti yang dipetik oleh Sin Chew Daily semasa dialog Bajet 2020 di Kuala Lumpur malam semalam. (RUJUK SINI)

Mengiktiraf UEC merupakan antara janji-janji utama DAP kepada para penyokong mereka dan ianya terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan.

Perletakan jawatan Maszlee Malik ini dilihat bakal membolehkan UEC diiktiraf kerana ramai yang berkeyakinan bahawa Mahathir telah ditekan oleh DAP untuk memecat Maszlee Malik dan jawatan Menteri Pendidikan digantikan oleh seseorang yang boleh dilentur mengikut kehendak DAP sepertimana Mat Sabu yang menerajui Kementerian Pertahanan.


No comments:

Post a Comment