Hampir dua minggu, pertanyaan tentang rasional penjual 76.2% ladang-ladang milik TH Plantation yang selama ini memberikan pulangan yang baik kepada pencarum dan penceposit Tabung Haji, langsung tidak berani dijawab oleh Mujahid Yusof, orang yang paling memberikan sokongan besar kepada DAP dan Lim Guan Eng menerusi pengambilalihan harta-harta Tabung Haji bernilai lebih RM19.9 bilion atas alasan Tabung Haji rugi selama ini.
Kata Asraf, di bawah Akta Tabung Haji, menteri bertanggungjawab, bukan Perdana menteri. Justeru sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam dan umat Islam di mana Tabung Hajinjuga berada di bawah bidang kuasanya, Mujahid perlu bertanggungjawab bagi kejahatan dan pengkhianatan yang telah dilakukan ini.
Jurunilai baru itu telah menyusutkan nilai dari RM380 juta menjadi RM170 juta sahaja!
Mujahid menjadi emosi dan akhirnya mengeluarkan perkataan 'TAHI' sehingga dia didesak menarik balik perkataan itu kerana dianggap menghina Dewan Rakyat, apabila dia terus didesak menamakan individu yang mengetuai SPV tersebut memandangkan SPV itu bertindak seperti penjajah dan penjahanam harta umat Islam di Tabung Haji.
Hari ini, Mujahid cuba lepas tangan dengan menyatakan dia tidak campurtangan dan semua keputusan tersebut dibuat oleh THP sendiri, seolah-olah akta Tabung Haji sudah tidak wujud dan THP dan TH sudah menjadi syarikat sendirian berhad. Malah lebih menarik lagi bila dia memberikan alasan, pengurusan Tabung Haji lama dan Kerajaan BN telah membeli tanah-tanah tersebut pada harga mahal, membuatkan Pakatan dan pengurusan yang baru terpaksa menjual dengan harga murah!!! (RUJUK SINI)
Tabung Haji dan anak-anak syarikatnya mengalami kerugian besar sebaik-baik sahaja Pakatan Harapan mengambilalih kerajaan Malaysia. Pertukaran kerajaan dari Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan menyaksikan semua bidang perniagaan dan perolehan Tabung Haji selama ini merudum jatuh ke tahap paling menghinakan. Bursa saham, pasaran modal serta hartanah yang merupakan bidang pelaburan utama Tabung Haji yang memberikan pulangan tinggi kepada pencarum dan pendeposit telah jatuh teruk menyebabkan susut nilai ketara pada semua aset dan pelaburan Tabung Haji.
Untuk mengelakkan daripada dikecam, pengurusan Tabung Haji yang baru serta Kerajaan Pakatan menerusi Mujahid cuba meletakkan kegagalan itu kepada Kerajaan Barisan Nasional.
Antara alasan yang diberikan ialah, TH dan kerajaan Barisan Nasional menyorok kerugian berjumlah RM10 bilion pada tahun 2017. Pada November 2018, Pakatan mengumumkan TH mengalami defisit sebanyak RM4.1 bilion kerana BN memberikan hibah dan dividen tinggi kepada pencarum dan pendeposit selama 4 tahun berturut-turut.
Defisit tersebut dikesan dalam audit khas yang dibuat oleh syarikat audit PWC yang baru mendapat job berkenaan walaupun Jabatan Audit Negara tidak mengesan sebarang defisit seperti yang ditemui oleh PWC selepas mereka dilantik Lim Guan Eng.
#######
SKANDAL PERLUPUSAN ASET THP: PENGKHIANATAN KEPADA 9.4 JUTA PENDEPOSIT TABUNG HAJI
Pada sebelah petang tadi, saya dan rakan-rakan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah mengadakan satu sidang akhbar bagi mengulas isu penjualan anak-anak syarikat milik TH Plantation Berhad (THP) kepada syarikat swasta.
(a) Selaku salah seorang pendeposit di Lembaga Tabung Haji (TH), penjualan tanah-tanah yang dilakukan oleh THP, sebuah syarikat subsidiari TH dengan 73.84% pegangan saham di dalam THP perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan kepentingan ekonomi bagi 9.4 juta pendeposit.
Transaksi penjualan dua anak syarikat milik penuh THP iaitu Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisanmas Sdn Bhd (MW) dengan harga jualan sebanyak RM170 juta kepada syarikat swasta, TAMACO Plantation Sdn Bhd amat mencurigakan. Semakan kami mendapati 5 pengarah TAMACO adalah Lim Sing Hua, Lim Chun Leng, Lim Wai Foong, Lim Chun Hsiung dan Lee Ban Loong
Semakan nilai buku (Book Value) bagi kedua-dua BSV dan MW pada tahun 2017 adalah RM380 juta. Dengan harga jualan yang dipersetujui di antara THP dan TAMACO iaitu RM170 juta tunai, THP sanggup menelan 'kehilangan' RM210 juta jika nilaian buku 2017 digunapakai. Namun apabila THP menukar jurunilai dan memakai kaedah penilaian baru pada tahun 2018, nilaian tersebut menurun kepada RM122 juta. Situasi ini membangkitkan persoalan mengapakah jurunilai ditukar dan apakah asas andaian yang digunapakai bagi menurunkan nilai buku BSV dan MW?
(b) Saya dan rakan-rakan juga turut membangkitkan persoalan akan keperluan syarikat-syarikat BSV dan MW ini dijual tatkala harga Buah Tandan Segar (BTS) dan Minyak Sawit Mentah (CPO) berada di paras tinggi dan stabil jika dibandingkan dengan harga tahun 2018 dan 2019.
Semakan di dokumen THP yang difailkan di Bursa Malaysia sendiri menyatakan bahawa lebih 75% tanah ladang milik BSV dan MW telah ditanam pokok sawit dan profil umur pokok adalah diantara 5 hingga 11 tahun. Sumber yang sama juga menyatakan bahawa kadar pengeluaran (yield) sawit di ladang-ladang ini berada di dalam trend menaik.
Alasan yang difailkan di Bursa Malaysia bahawa penjualan ini adalah sebahagian dari program rasionalisasi kewangan THP dengan merendahkan jumlah hutang semasa THP, adalah tidak masuk akal!
Semakan pada Laporan Tahunan THP tahun 2018 mendapati, Hutang & Pinjaman THP berjumlah RM1.24 bilion dan RM1 bilion daripadanya adalah Sukuk yang dilanggan oleh TH sendiri.
Sekiranya THP mengalami kesukaran untuk menyelesaikan komitmen hutang yang dijadualkan, THP boleh berunding kembali dengan TH untuk penstrukturan semula bayaran kembali Sukuk atau meminta bantuan kewangan dari TH dan Kementerian Kewangan (MOF) seperti amalan yang biasa sebelum ini.
Tuntasnya, penjualan BSV dan MW ini menimbulkan banyak persoalan dan diragui justifikasinya.
Justeru, saya dan rakan-rakan Pemuda UMNO mengemukakan 3 TUNTUTAN iaitu:
1. YB Menteri di JPM, Dato Dr Mujahid Yusof Rawa tidak boleh lagi menyepi dan harus tampil mengambil tanggungjawab bagi pihak 9.4 juta pendeposit sebagaimana dikehendaki dalam Akta Tabung Haji berkenaan dengan perlupusan aset-aset THP ini.
2. THP harus segera menghentikan penjualan baki 11 anak syarikat yang memiliki ladang-ladang sawit atau pihak Pemuda UMNO meneliti untuk mengambil tindakan injunksi mahkamah oleh pendeposit TH.
3. Pemuda UMNO telah membuat laporan Polis dan seterusnya selepas ini kepada SPRM untuk segera menyiasat keputusan menukar jurunilai dan kaedah nilaian yang menyebabkan nilaian syarikat-syarikat yang menjadi pemilik ladang-ladang sawit bernilai ini hilang sebanyak RM210 juta.
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
24 Januari 2020
Ini menteri hanyakah baruwah lge dan dap untuk menjarah aset2 umat islam. Demi kuasa,,mujahid sanggup menjadi baruwah kpd kafir. Aku nak kata...ini menteri macam BABI dap saja.
ReplyDelete