Pages
▼
Sunday, November 30, 2014
KERAJAAN PUSAT SERAHKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI KELANTAN UNTUK BENTANG RANG UNDANG-UNDANG HUDUD DI PARLIMEN!!!
Kerajaan Persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan ke Parlimen rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di negeri itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan, bukannya bidang kuasa Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hukum berkenaan.
"Kita (Kerajaan Pusat) tidak ada masalah mengenainya (rang undang-undang tersebut), dan ianya adalah hak kerajaan negeri," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran GLCs Peringkat Kebangsaan kali Pertama 1436/2014M di Balai Islam di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Mustapha dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Jamil Khir mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini berkaitan hukum hudud di negeri itu.
Mohd Amar berkata, Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hudud akan bermesyuarat Disember ini untuk merumus dan mencadangkan kepada kerajaan negeri serta pusat bagi memastikan ia dapat direalisasikan tahun depan.
Beliau berkata mesyuarat kali ketiga itu juga akan turut memutuskan keperluan untuk meminda Akta 355 atau Perkara 76 (A) yang memerlukan satu rang undang-undang persendirian untuk dibawa ke Parlimen.
Sementara itu, Jamil Khir memuji langkah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mengadakan tilawah berkenaan, dan berharap ia turut dilakukan di peringkat antarabangsa.
Tilawah itu dianjurkan oleh Telekom Malaysia (TM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Wakil dari Petronas Mohd Hazrizal Abd Aziz telah diumumkan sebagai johan bahagian qari, manakala Nor Syahidah Ismail dari Tabung Haji johan qariah.
Seramai 16 peserta yang mewakil sembilan GLC menyertai tilawah berkenaan. - Bernama
Pas.... Pas.... Nak potong tangan pun tak tahu nak guna alat apa setelah lebih 20 tahun bertempik nak laksana hudud?
ReplyDeletePAS : the religous clown that has no direction.
ReplyDeleteHudud bertentangan dengan kandungan Al-Quran. Sila bandingkan ayat berkenaan curi & zina. Taubat sentiasa diterima tetapi tiada peruntukan tersebut dalam kanun hudud Kelantan.
ReplyDeleteTiada hukuman dlm Quran jika murtad.
sampai kiamat pas tak akan laksana hudud.. hudud pas hanya sebagai modal atau politik pemimpin nya cari makan.. kalau dilaksanakan juga dah tentu pemimpin pas yang kena dulu..modal hilang untung lesap...hahahaa pas memang penipu tahap gaban..hahaha
ReplyDelete